Saturday, June 27, 2015

LAKSA JOHOR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah..pepagi ni ada mood nak hupdate blog..huhuu..pic dah bertimbun dalam folder..tak tahu lah sempat ke tidak nak habiskan sebelum Ramadhan berakhir ^__^


Menu iftar 5 Ramadhan kami~ Laksa Johor..hari ni dah 10 Ramadhan baru sempat buat entry hehee..Ekceli dah lama bebenor yana teringin nak makan laksa johor..Dah cari sekitar manjung takde orang yang jual..Nak buat sendiri agak kemalasan sebab kita sorang je nak makan tapi bila dah cari tak jumpa akhirnya kena buat sendiri jugak ^__^


1st time buat Laksa Johor sendiri..Alhamdulillah..memang sedap Laksa Johor resepi Kak Jee..Menepati citarasa gitew..Bahan-bahan nak buat pun simple je..Incik suami yang tak begitu gemar makan pun habis jua semangkuk..huhuu..nampok sangat sedap atau sebab beliau lapo..puasa kan hihii.. Tq yer kak Jee share resepinya..InsyaAllah lepas ni boleh buat lagi..


LAKSA JOHOR
Resepi : Kak Jee
sumber cuci mata : Kak Azie

BAHAN-BAHAN:-

1 paket spaghetti ~ makan 10 org
1 kg ikan sardin/selayang
3/4 cawan rempah kari ikan Babas
1/2 cawan cili kering yg dikisar
3/4 cawan udang kering ( cuci bersih, kering dan kisar )
2 cawan santan pekat
3 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa

BAHAN KISAR:-

5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar

Ulam-ulam :-
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yang telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.
  2. Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira2 5 minit.
  3. Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
  4. Kuah laksa johor agak pekat, jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.
SPAGHETTI:-

Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila dah mendidih masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Toskan airnya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat

Ulam-ulam:-
Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat2 halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih boleh bubuh

Sambal belacan:-
Cili kering ~ rebus
Belacan bakar
Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat

CARA MENGHIDANGKAN:-

Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah, perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan

Selamat Mencuba :-)

1 comment:

cheq da said...

Sedapnya laksa johor yana...janji dgn ore johor nk bikin tp tak terbikin2 lg