Thursday, June 13, 2013

RED VELVET CUPCAKES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Finally!! terrrbuat jugak kek velvet yang tersangat ler femes amos itu ^__^..orang lain dah bertahun buat..kita je baru nak cuba hihii..setelah sekian lama projek pembikinan asyik tangguh je maka baru minggu lepas jadi ^^ Yana buat versi cupcakes..saje nak main deko2 dengan damia yang ntah apa2 dekonya hihii..Nak tengok deko yang cantik yang lawa sila gugel sendiri la ekkkss~~~ 

Yana copypaste je resepi cupcakes ni dari dapur tokey kek yang sedang rancak bisnesnya Kak Ana ~~ moh kita cuci mata dengan cupcakes yang comot je nii..tangan ku betul2 keras nak mendeko~~




RED VELVET CUPCAKES
Sumber : Nurul@cake2u
Sumber 2 : Kak AnnaQawina

BAHAN A :

300 gm tepung gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1camt garam

BAHAN B :

125 gm mentega tawar ( * Kak Ana & yana guna buttercup )
280 gm gula kastor

BAHAN C

2 biji telur ( gred B )

BAHAN D :

1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih
1 camt pewarna merah

BAHAN E :

240 ml buttermilk ( saya guna jenama pauls-ada dijual di cold storage & kedai2 bakeri supply ) * Kak Ana & yana guna bancuhan susu segar/susu cair dgn cuka ( campurkan 240ml susu segar ( susu cair) dan 1 sdb cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan )

Cream Cheese Icing :

360 gm cream cheese
70 gm mentega
200 gm gula icing

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Ayak ( A ) - ketepikan
  2. Pukul ( B ) sampai kembang dan ringan. Masukkan ( C ) satu persatu dan pukul lagi
  3. Masukkan ( D ) - pukul hingga sebati
  4. Masukkan tepung yang diselang seli dengan buttermilk - pukul hingga sebati
  5. Masukkan batter/adunan dalam acuan cupcakes dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. Isi 1/2 cup sahaja ya..
  6. Sejukkan dan hias dengan cream cheese icing.
UNTUK ICING:-
  1. Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masukkan gula icing..kacau sebati
  2. Hiaskan ikut suka

Selamat Mencuba :-)

6 comments:

mama sara nur said...

assalam Yana
nak dua he hee sedap tu lemak2 cheese
lagi. sweet ni mesti anak2 nampak laju je makan
akak bln lepas dah buat
tp rasa cam nk makan lg je lg

tun_telani said...

Salam kak yana cayangg.. tun sampai sekarangggg pun x buat lagiiii.. haha.. teruk sungguh. teringin nk makan, tp xsampai seru nk buat.

Mayang ABDUL RAZAK said...

SALAM NANA.. DONE FOLLOW ... JOM FOLLOW AKAK GAK EKK.. BEST BLOG NI BYK RESEPI MAKANAN ... SUKE SUKE SUKE

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Yana..
Inilah resepi kek RV yang kak Nadz dok ulang buat exp utk tempahan sbb kek ni moist kan.. Customer pun mmg suka kek yang ni.. Cantik deco..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam yana,simpankn k.atie 2 biji CC tu yer :)

zila norazila said...

Rajin yana..akk pernh buat resepi lain..rvc nie mcm2 resepinkn..nnt akk try yg nie plk la..nmpk lmbut..