Tuesday, June 4, 2013

BASIC BREAD : GARLIC FINGER BREAD

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Jom meroti ^__^ Mood nak meroti baru mari heheee..Dah setahun lebih yana tak meroti..Panjang betul percutian cik BM kali nih..Mood nak meroti memang takde langsung masa preggy hinggalah skg ni baby dah 9 bulan baru rasa terasa rindu pada BM yang dah banyak berjasa..Nasib baik dia tak merajuk hihii

Garlic Finger Bread salah satu virus roti yang menular kawan2 blogger kita sedikit masa lalu hohooo~~~ Masa Garlic Finger Bread tengah hot, mood nak meroti yana betul2 kelaut^^sana sini tayang tapi kita buat tak tau jerk^^ Bread yang montok2 nih yana buat 2 hari lepas..macam biasa, bacis dough yang ni jadi pilihan..macam2 jenis roti boleh jadi dengan basic dough yang tersangatlah gebus dan lembutnya ini^^yana makan bersama Creamy Chicken Soup yang pernah hot jugak dulu~~jom layan



BASIC BREAD RECIPE
Resepi : Puan Roshayati Johari ( no link )
Sumber 1 : Mamafahmi

BAHAN A
500 g tepung roti
100 g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener - optional ~ yana x letak
1 sk bread improver - optional ~ yana x letak
4 sk yis @ 11 g yis mauripan

BAHAN B
250 ml air
1 biji telur - pukul sedikit

BAHAN C
80 g marjerin

BAHAN D
Gula kasar - yana x letak

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Gaul sebati bahan A
  2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin
  3. Masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
  4. Biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30 - 40 minit
  5. Tumbuk2 untuk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. Susun dalam loyang, spraykan sedikit air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda
  6. Taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180c selama lebih kurang 30 minit.
  7. Bila dah masak, keluarkan dan sapu dengan majerin untuk permukaan yang berkilat.
ATAU

KAEDAH BM
  1. Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dlm Bread Maker, pilih setting doh ( dlm sejam setengah )
  2. Bila BM dah siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 untuk buang angin dia.
  3. Bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. Susun dalam loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
  4. Taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180c selama lebih kurang 30 minit.
  5. Biladah masak keluarkan dan sapu dengan majerin untuk dapat permukaan yang berkilat.
CARA IZAH UNTUK FINGER GARLIC FINGER:
 ( Cara Kak Nor sgn67 )

Bila doh sudah diproof dan dibuang angin, ambil doh sebesar 50gm, bulat2kan dan ratakan doh @ canai doh menggunakan penggelek. Kemudian gulung doh tadi menjadi bentuk finger bun. Ulang lagi sehingga semua doh habis.

Proff doh tadi sehingga kembang dan sapu garlic spread diatas permukaan roti. Bakar roti pada suhu 180c selama lebih kurang 25  minit atau hingga permukaan roti perang. Dihidangkan bersama mushroom soup. Enjoy!!

GARLIC SPREAD

50gm butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus ~ yana ganti oregano kering
Sedikit lada hitam kisar ~ yana x letak

CARA PENYEDIAAN:-
Gaul semua bahan. Siap digunakan


Selamat Mencuba ;-)

5 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam yana..k.atie nak tggu mixer br rajin nk meroti....bila la agaknya ya ?(^_^)

tun_telani said...

Salam kak yana cayangggg... BM tun pun dh lama berehat. masa xde BM sibuk nk beli BM, bila dh ada malas nk guna. hahaha.. skrg wat roti guna mixer mata cangkuk je.

rahel said...

Mak oi....nampak sedap betul...suka banget.

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum...saya pun dah lama tak meroti tapi sebelum ni uli manual jee.Bila tengok garlic roti kat sini terus rasa macam nak meroti balik, tapi nak menguli tulah...malaslah pulaaaa

mama sara nur said...

assalam Yna
sedap kan cicah sup tu
ada bm mestilah rajin he hee akak nk kena manual ni tunggu betul2 rajinlah