Thursday, January 31, 2013

KUIH TEPUNG PELITA

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^___^

Kuih Tepung Pelita yang selalu menjadi pilihan pada musim panas ^^..Dah banyak kali yana buat sebab suka sangat..Sejuk tekak dapat makan 2 3 mangkuk sekaligus hikhikkk..Seperti biasa, kuih nih dibuat khas untuk tukang buat je sebab en.laling dgn damia x gemar kuih yang lembik2 macam ni .. yana buat 1/2 adunan jer..dapat lah dalam 9 bekas kecik macam nii..

Okess, tak mau citer panjang lebar pasal kuih nih..kita cuci mata je la ekksss..Yana nak merempit ke rumah kengkawan pulak sebelum kedua2 puteri terjaga dari lena..jumpa lagiii...^__^





KUIH TEPUNG PELITA

BAHAN-BAHAN:-
Lapisan bawah

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
2 sb tepung ubi
4 helai daun pandan diblend dgn sedikit air
Sedikit kapur dan sedikit garam

Lapisan Atas
4 sudu besar tepung beras ( ratakan )
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
1 sk garam

BAHAN TAMBAHAN;-
Gula utk diletak ditgh2 lapisan ~ yana ltk 1/2 sudu kecil gula

CARA NAK BUAT:-
Lapisan bawah
  1. Tepung, air, gula. air pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Masakkan tepung yg diadun dan dikacau hingga masak dan berkilat. ( yana masak smpai dia letup2 )
  3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  4. Taburkan gula atas lapisan jika suka
Lapisan atas
  1. Perah santan, masukkan tepung dan garam. Kacau sehingga sebati.
  2. Masak santan yang diadun tadi dan kacau sehingga pekat.( yana masak smpai letup2 jugak)
  3. Angkat santan dan curah ke atas tepung yang di dalam acuan tadi.
  4. Sejukkan.
Selamat Mencuba :-)

3 comments:

Zaliedana said...

Assalam yana,kuih feberet ct juga nih,last wat n mkn time bln pose ritu..nyum2 dapnyer klo dpt time cuaca pns cam rini..

Hafizah Mohamad said...

Salam Yana...idea bagus ni letak dlm bekas tu...kak fiza teringin nak buat kuih pelita ni tapi x pernah berkesempatan nak buat sbb nak buat bekasnya tu...ha ha ha,,,bab kraftangan ni selalunya fail...ha ha ha...pasni leh la try buat letak dlm bekas comei2 tu...

Amie said...

Yang lembik-lembik manis nilah yang Kak Amie suka Yana...kakak tapau ye 2 mangkuk!