Thursday, January 17, 2013

NASI KUNING & AYAM MASAK HITAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

~ Kita terus jew layan menu minggu lepas ^_^..minggu lepas merupakan minggu abiskan stok barang2 dapur..semua harus clear sebelum kami meninggalkan rumah kecil yang banyak meninggalkan kenangan ^^..Ekceli, ketika ini yana tidak lagi bersiaran dari Kepala Batas Penang..Sekarang ni kami sekeluarga sudah bermaustatin di Seri Manjung Perak.. Alhamdulillah..Rezeki suami yana bersambung disini pula..

Lain kali je lah kita citer pasal penghijrahan nii ekk..kita semak dulu resepi Nasi Kuning mabeles dari Kak Amie cayang..Mula2 nak makan bersama sambal ikan tongkol macam Kak Amie tapi en.suami dan damia x nak makan ikan pulak..hmm..terpaksa lah ikut kemahuan mereka berdua yang nak makan Ayam Masak Hitam..memang feveret mereka berdua..best jugak bergandingan dgn nasi kuning ni..tambah pulak dgn jelatah campak2..makin best dan nikmat jer makan hihiii...

Tq Kak Amie untuk resepi Nasi Kuning yang sedap berlemak nii..rasa macam nasi lemak pun ada ^^.. Dan tq jugak pada Zai95 untuk resepi Ayam Masak Hitam..Mintak izin yana share kat sini pulak yer ^__^


NASI KUNING

5 pot rice cooker Prince of Rice
1 batang serai - dititik
3 cm halia - hiris halus
1 sudu teh serbuk kumyit
1 sudu teh garam
500 ml santan

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
  2. Masukkan santan bersama serai, halia, serbuk kunyit dan garam ke dalam kuali. Buka api dapur dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan beras dan kacau sekali sekala sehingga beras kembang dan mengering.
  4. Pindahkan beras dari kuali ke dalam periuk pengukus.
  5. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.

AYAM MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN:- ( 4-5 orang )

5-6 ketul ayam - dibersihkan, digaul garam dan kunyit. Kemudian goreng separuh masak
1 biji bawang besar - separuh dihiris dan separuh lg ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
5 sudu besar cili kisar ~ yana letak 3 sudu besar je
3 sudu besar kicap pekat masin ~ yana letak kicap masin je 1 sudu besar
5 sudu besar kicap pekat manis - agak2 lah klu kurang hitam tambah lagi
sedikit gula dan serbuk perasa ~ yana ltk kiub ayam
garam ~ yana xletak
minyak utk menumis
1 sudu teh jintan manis - yana guna serbuk
1 sudu teh lada hitam - yana guna serbuk
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
sedikit air

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Ayam dibersihkan, digaul dgn garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng separuh masak.
  2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang besar yang dihiris, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. 
  4. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi. Biar agak garing sikit kemudian masukkan cili kisar, jintan manis, lada hitam, kicap masin dan kicap manis. Biar hingga terbit minyak.
  5. Kemudian masukkan sedikit air, biar hingga mendidih. Masukkan sedikit garam, gula dan serbuk perasa. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masak hingga kuah agak pekat dan ayam empuk..siap 
Selamat Mencuba :-)

7 comments:

Amie said...

Selamat pagi Yana.... terima kasih sudi cuba resepi ni... sebenarnya boleh makan dengan apa saja lauk kegemaran, cuma di Sabah memang terkenal dengan sambal ikan tongkol! Lama juga kakak tak buat nasi kuning ni...

Sheila Shafeareen said...

Salam hemmm sdp tu menarik npk nye....nasi kuning ngan ayam masak hitam tepikat pulak...boleh lah cuba hari ni buat aym masak hitam tu...

tun_telani said...

morning kak yana cayangggg... dh jadi org perak ye skrg.. tun dpt bayang kepenatan berpindah, dgn baby lagi.. byk lg ke brg dlm kotak? huhu..
mmg nmpk resepi mcm nasi lemak tp kaler kuning. hihi... ayam masak hitam tu xpenah masak lagi, nmpk bahan2 mcm sedap tu.

Chik Mimi said...

Yana dah pindah ke Manjung ye,nanti balik Teluk intan bolej g Manjung jumpa Yana heheh

zila norazila said...

sedapnya..akk baru amik resepi dr dapur kak amie ..h ehhee alahaii terliur tgk ayam tue.

rahel said...

Salam....ada orang kat uma?
hehe...nampak sangat menyelerakan ayam masak hitam tu Yana...teringin la

Mas Sani said...

wah..kat sini pun ada nasi kuning...baru je nampak kat dapur kak amie td..bila tgk resepi..owh resepi kak aimie rupenya... sedap tu :)