Thursday, January 24, 2013

KUIH CARA MANIS & SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul ^__^


Bekfast hari ni..Kuih Cara Manis jew ^_^..Jemput makan semua..sorry, hari ni puan dapur tak boleh nak singgah menyinggah lagi..banyak keje rumah nak disiapkan..kejap lagi nak keluar berfoya2 pulak bersama suami dan anak2 hihiii..InsyaAllah..malam nanti jika berkesempatan yana bw yer..Jumpa lagi ^^


KUIH CARA MANIS
Resepi : Kak Nannie
Sumber cuci mata : CMG

BAHAN-BAHAN:-
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa ( nak sedap guna yang fresh )
2 biji telur
3 helai daun pandan
beberapa titik pewarna hijau
gula pasir secukupnya, sebagai inti
garam secukup rasa ( bagi rasa lemak2 masin )
Sedikit minyak masak, untul lenser acuan

CARAPENYEDIAAN:-

  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. Tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara ( acuan kuih bahulu ) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pasa setiap ruang acuan ( guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya)
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung ( kole atau teko ) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih ( anggaran 1/3 camca teh ). Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kuih menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan...
Selamat Mencuba :-)

4 comments:

mama sara nur said...

Slmt menyambut MAULIDUR RASUL

wow sedapnya , ni salah satu feberet akak time breakfast tpppp he heee beli je sb pagi2 tak sempat wat kuih ni
memang sedap yg lembut2 tu kan

Amie said...

Salam maulidur rasul Yana sayanggg....
tak pernah buat kuih cara manis tapi suka makan berketul2!

Yana Shaiful said...

@ Mama Sara Nur > Salam Maulidur Rasul mama sara nur

sama la kita..suka sgt kuih cara.. ari ni merajinkan diri buat sndiri.. klu x beli jugak hihii

Yana Shaiful said...

@ Kak Amie > Salam Maulidur Rasul Kak Amie..

kuih ni mmg kesukaan ramai kan kak.. yana pun time buat xsedar dh berketul2 masuk mulut..dh siap semua br perasan..mcm sikit jer kuih aku buat nih..sape yg mkn hikhikk