Thursday, July 30, 2015

RED PEARL COOKIES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Biskut raya terakhir tahun ni..Red Pearl Cookies..sangatlah malas nak buat banyak jenis..cukup je 4 jenis..yang lain kita tunjuk2 je yang mana bekenan di hati ^__^ ~~peace~~


RED PEARL COOKIES
Resepi : Jaja FnR
Sumber cuci mata : Zack Zachoes Kak Ita Masam Manis

BAHAN-BAHAN:-

150 gm butter
150 gm tepung gandum
75 gm gula halus @ gula kastor
60 gm cornflakes
50 gm coklat chips
25 gm almond nibs
1 sudu kecil esen vanilla
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Mula2 kita satukan butter dan gula. Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti
  2. Masukkan tepung dan gaul rata
  3. Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanila. Kemudian gaul rata
  4. sudukan atas dulang pembakar
  5. buah ceri pula potong memanjang atau dadu. Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi
  6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170c
  7. bakar biskut selama 20 - 25 minit bergantung pada kepanasan oven masing2
  8. Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara
Selamat Mencuba :-)

4 comments:

cheq da said...

Sedapnya...selamat hari raya yana

Kakzakie Purvit said...

Kakak pun samalah Yana.
Banyak yg beli dari yg buat sendiri tahun ini.

Suzana Ibrahim said...

As Salam Yana..Selamat hari raya,baru follow Yana.

tun_telani said...

Salam kak yana cayanggg.. rindunyerrr.. lamaaa sgt tak ber-bw.. tun tahun ni satu kuih pon xbuat. blk kampung sempat buat 3bijik kek je utk umah mama. biskut raya kakak ngan mama tun beli semua.. hehe