Saturday, April 5, 2014

BIHUN SOTO

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^___^

Bihun soto ~ tak pernah puas menikmatimu heheee..Salah satu makanan feberet yana..memang selalu buat untuk diri sendiri..kalau bulan puasa 2 3 kali juga akan diulang bihun soto nii..memang best sangat dapat makan dengan begedil and paling penting harus ada sambal kicap yang pedas menggiler..hirup kuah yg masih panas+pedas..fuhhhh..heaven kejap hehee..

Bihun Soto ni yana selalu guna resepi Kak Yatie..memang kena dengan selera yana sekeluarga..tq yer kak untuk resepinya..lagi sekali yana share kat sini ^___^


MEE HOON SOTO 

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ayam ~ di potong 4, 2 keping bahagian dada di goreng bersama sedikit garam
2 batang serai ~ dititik
1/2 inci lengkuas ~ di hiris
2 sudu besar rempah sup adabi
2 sudu besar rempah kurma adabi
1 rempah sup bunjut adabi
1 sudu besar lada putih ~ ditumbuk halus/lumat
Minyak untuk menumis
6 cawan air satau secukupnya
garam dan sedikit gula

BAHAN KISAR:-

5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia

BAHAN TUMIS;-

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 ulas bawang merah ~ di mayang
2 ulas bawang putih ~ di hiris

CARA NAK BUAT:-
  1. Bersihkan ayam, potong 4 besar, 2 keping bahagian dada di goreng. Bila dah siap, sejukkan dan di siat2kan. Ketepikan dulu. Sementara ayam yang selebihnya di cincang kecil.
  2. Panaskan periuk dan masukkan 1/2 cawan minyak masak. Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan2 kisar, kacau sebati dan masukkan serai dan lengkuas.
  3. Masukkan rempah sup dan rempah kurma yang di bancuh dengan sedikit air. Masukkan pula lada putih yang ditumbuk halus. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan ayam dan masukkan sekali air secukupnya.
  5. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula. Perasakan.
  6. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama mee yang telah dicelur.
BAHAN-BAHAN PENYEDIAAN MEE SUP:-
  1. 1 bungkus mee hoon ~ direndam, di celur dan di toskan
  2. 1 mangkuk taugeh ~ buanf akar, cuci, celur dan toskan
  3. Daun sup, daun bawang ~ cuci, toskan dan dihiris halus
  4. Bawang goreng
CARA NAK BUAT:-
  1. Masukkan mee yang telah di celur ke dalam mangkuk. Taburkan daging ayam di goreng dan disiatkan tadi. Masukkan taugeh dan tuangkan kuah sup.
  2. Taburkan daun bawang sup/daun bawang dan bawang goreng. Siap dan boleh di makan bersama sambal kicap.
SAMBAL KICAP

10 tangkai cili padi merah
15 tangkai cili padi hijau
3 ulas bawang putih ~ bakar sebentar
1/2 cawan kicap manis
2 sudu besar gula
1 sudu kecil minyak masak ~ supaya biji cili hancur
2 biji limau kasturi ~ ambil jusnya

CARA NAK BUAT:-
  1. Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bawang putih bersama kicap tadi.
  2. Tuangkan dalam mangkuk dna campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
  3. Boleh di makan bersama mee hoon sup tadi. Sedap juga di makan bersama begedil ayam.
Selamat Mencuba :-)

1 comment:

Amie said...

Memang sedap giler ni Yana... Kak Amie suka buat menu gini time raya tau, masa tu orang dah muak makan ketupat & rendang, bila jumpa makanan berkuah sup gini memang berselera nak hirup!