Assalamualaikum dan salam petang Jumaat semua..sepantas kilat nak update blog hari nii sebelum Damia datang membuat kekacauan hihii..Hari ni perangai dia kurang elok sikit..ada jer yang xkena..sensitif sangat..hmm..2 minggu lagi genap lah Damia 2 tahun..sebab tu kot perangai pun berubah ^^..
Tak mau cakap banyak pasal menu petang nii sebab dah ramai yang mencubanya..kuih Bingka Crakers yang sedap berlemak lagi ni haa..memang berlemak yer..xtipu punya..walaupun yana guna susu cair tapi kuih ni tetap terasa lemaknya..kalau guna santan mesti lagi best rasa kelemakkannyaa hihii..jom layann je lahhh..yana nak BW umah kawan2 pulak..daaa jumpa lagii ^^
BINGKA CRACKERS
Resepi : kh267tm @ MyR
BAHAN-BAHAN;-
140 g biskut cracker @ setengah peket
85 g tepung gandum
210 g gula - kemanisan ikut citarasa masing2 ( yana ltk 100 g gula pasir )
3 biji telur
710 ml santan @ susu cair - hana ltk 1 1/2 tin susu cair dan sedikit air ( yana ikut jer k.hana )
1 sudu besar butter@majerin@minyak sapi - hana & yana guna butter
1 sk pandan paste @ pewarna kuning ( yana tmbh pewarna kuning jer )
Garam secubit
Bijan sangai - jika suka
CARA NAK BUAT;-
- Panaskan oven suhu 180. Lengserkan loyang dgn minyak.
- Blend semua bahan kecualu bijan sehingga semua hancur.
- Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
- bakar selama 1 jam sehingga keperangan.
- Sejukkan dan potong.
Selamat mencuba :-)
6 comments:
salam yana
wahh ramai dah mencubanya akk jew yg ktinggalan nie..wahhh kena buat jgk nie:)
Salam kak yana cayang.. damia saje2 wat perangai tu sbb tau nnti dh ada adik kene share mama dia. hihi...
Pagi Yana cayanggg..
macam2 bingka ada... tapi bingka ubi aje kak Amie tahu buat, hu hu huuu kampungan betul hik hikhikkk
As salam Yana.
Sis pun belum pernah buat bingka ni...nampak sedap,nak cuba juga nanti.
ramainya yg dah buat bingka ni...kita tak tau la bila nak cuba..malas betul..hehehhe
Salam Kak..Ni antara bingka yang masih dalam Q..tak tau bila nyusul pula...Tgk kat sini betul2 terguda
Post a Comment