Wednesday, January 30, 2013

NASI KURMA & AYAM KURKAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Alhamdulillah..masih berkesempatan mengupdate blog walaupun agak sibuk dengan tugasan harian ^^.. Terima kasih pada mereka-mereka yang masih sudi berkunjung ke sini walaupun puan blog kejap ada kejap xde hihiii..

Kembali pada menu ^^..Nasi Kurma dan Ayam Kurkar..dah lama tersimpan rapi dalam folder..baru-baru ni jer baru teringat nak mencubanya selepas teringat kan resepi Ayam Kurkar..macam pelik jer nama resepi ni tapi sedap..ada kelainan bila rempah kari kawin dengan rempah kurma heheee.. Tq Ibundo untuk resepi nasi yang simple dan ayam yang mabeles nih..Insya Allah lain kali boleh buat lagi..Kali ni buat nasi berempah xde jelatah or acar sebab esbox dah empty..Kita godek2 je apa yang ada..huhuuu ^__^




NASI KURMA

1 ulas bawang besar ~ dihiris nipis
2 ulas putih ~ dihiris nipis
1/2 inci halia ~ dihirs nipis
2 sudu besar rempah kurma
rempah 4  sekawan secukupnya
sup nasi ayam secukupnya untuk menanak beras
2 sudu besar mentega

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan mentega. Tumis bawang dan rempah empat sekawan sehingga wangi dan perang. 
  2. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga masak.
  3. Tuang ke dalam periuk nasi yang telah berisi beras basmathi. Tambah air sup secukupnya ( yana ganti dgn kiub ayam jer ). Tambah garam jika perlu. Bundo tidak bubuh garam sebab sup dah cukup terasa garamnya. 


AYAM KURKAR

2 ekor ayam kampung ~ yana guna ayam xberapa nak kampung ^_^
santan dari 1 biji kelapa
3 biji kentang ~ potong 4
5 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah kari 
3 sudu besar pes tomato puri
2 sudu besar pes cili giling ( cili kering )
4 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih
1 inci halia ~ dihiris mancis
2 batang serai ~ dititik

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Masukkan rempah kurma, kari, pes tomato dan cili ke dalam mangkuk. Tambah sedikit air dan jadikan pes.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih dan halia sehingga wangi. Masukkan pes rempah dan serai titik. Tumis sehingga masak dan berbau harum wangi.
  3. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.
  4. Tambah santan. Apabila ayam setengah masak masukkan kentang,
  5. Masaklah sehingga ayam empuk dan kuah pekat. Jangan lupakan garamkan. Tak payah bubuh asam sebab tomato puri memang dah ada rasa masam.
Selamat Mencuba :-)

7 comments:

Sheila Shafeareen said...

Assalmualaikum Yana wahhh sdp tu pg2 dtg sini ada nasi kurma dan ayam kurkar...nasi kurma akk dah pernah try mmg sdp..ingat akk nak try aym kurkar ni lah...npk menyelerakan :-)

Gee® said...

Ye lah... mmg tak sempat nk belek2 blog setiap hari... awal2 tahun ni sgt sibuk... Anywy, sedapnya nasi & lauk ayam tuuuu....

Amie said...

Nampak sunggu menyelerakan Yana! Teringin nak cuba... tapi kena tunggu masa yang sesuai, masuk list dulu!

tun_telani said...

Salam kak yana cayangg~~ sedapnyer nasi kurma... tun baca 2-3 kali nama ayam tu.. hehe.. jakun je dgr ayam kurkar :p

Sue @ Nenie said...

Salam..sedapnya tengok ayam ni ngan kuahnya yang pekat2 gitewwww

zila norazila said...

wahhh sedap nie yana..ayam tue wt akk nk cuba jgk la..campuran 2 rempah..best.

rahel said...

Salam Yana...
Nampak sedap sangat nasi kurma tu...