Friday, February 25, 2011

MACARONI GORENG


Slamat tengah hari Jumaat..penghulu segala hari..cepatnya pagi ni berlalu hehee..tengah hari ni yana tak masak pe2 pun juz makan macaroni menu semalam je pagi tadi..perut kenyang lagi..nak masak malas..bukan ada orang nak makan pun hikhik..hubby pun bukan nak makan nasi kalau malam..krg pikir plak apa menu utk malam ni..pe2 pun kita tgk dulu hasil simple yang terjadi malam tadi tapi panaskan balik untuk jd sarapan pagi tadi hehee..

MACARONI GORENG

Macaroni secukupnya
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
isi ayam
fishball
kubis
garam
serbuk perasa
Minyak untuk menumis

 CARA NAK BUAT :-

Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar, sos tomato dan sos tiram. Kacau kejap dan masukkan isi ayam serta fishball. Kemudian masukkan sikit je air. kemudian masukkan kubis dan bolehlah masukkan garam dan bahan perasa. Last sekali masukkan macaroni dan gaul bagi rata. Siap untuk dihidangkan. Nak lagi sedap bleh lah tambah telur..Yana tak letak telur coz hubby tak leh makan telur..alergik hehee.. Slamat mencuba :-)









No comments: