Tuesday, August 12, 2014

AYAM KASHMIR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Resepi ulang tayang jee..Dah takde idea nak masak apa..jadi laa Ayam Kashmir kegemaran kami seisi keluarga..Sesuai dimakan bersama nasi dan juga roti..Layan je la ekk..dah banyak kali yana buat ^_^


AYAM KASHMIR
Resepi : Kak Dayang

BAHAN-BAHAN:-
1/2 ekor ayam ( dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka )

BAHAN A
6 biji bawang merah ~ dihiris
1/2 labu bawang besar ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
1 inci halia ~ dihiris
1 batang serai ~ diketuk
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari

BAHAN B
3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato ~ di potong kecil
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
2 biji kentang ~ dipotong ( yana potong wedges & goreng dulu )

CARA NAK BUAT:-
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. 
  2. Satukan serbuk cili di dalam mangkuk dan bancuh dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan masak.
  4. Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
  5. Hidangkan setelah masak.
Selamat Mencuba :-)

Monday, August 11, 2014

KEK BLACK FOREST ~~ birthday Damia yg ke 4 ^__^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Entry yang sudah lama tersimpan..lupa untuk dipublishkan hihii..Sory sayang Damia..ibu sibuk sangat sampai lupa nak publishkan entry birthday mia ~~takde lah gempak sangat birthday anak ibu nii..Takde parti pun..buat makan2 untuk kami sefamily je ^__^

Hokess..sempena birthday mia yang lalu ibu merajinkan diri buat kek spesel untuk mia..Kek Black Forest kegemaran mia dgn ayah kan..ibu hepi sangat bila mia puji kek ibu buat cantik and sedapp walaupun deco kek masih lagi kecomotan heheee..Al maklum je laa..tangan ini masih lagi kaku bab deco mendeco kek..masih banyak lagi dengan praktis ^__^

~~Untuk Mia..Happy Birthday sayang ibu ayah NUR DAMIA..moga mia jadi anak yang baik buat ayah dan ibu..jadi contoh yang terbaik buat adik2 mia nanti yer sayang..Mia syurga kami..semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT..Aminn ~~



KEK BLACK FOREST
Resepi : Buku Resepi Chef Noraini Zakaria
Sunber cuci mata: Rahel

BAHAN UTK KEK SPAN

BAHAN-BAHAN:-
200 gm tepung kek
200 gm gula kastor
110 gm mentega cair/minyak masak ~ yana guna minyak jagung
100 gm air
40 gm serbuk koko
20 gm ovallete
6 biji telur A
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh emulco coklat

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Griskan acuan bulat berukuran 9 inci. Lapik dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180c.
  2. Satukan gula kastor, ovallete, tepung kek, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan air, emulco coklat dan serbuk koko. Pukul lagi selama 5 minit
  4. Tuangkan mentega cair dan gaulkan dengan senduk kayu hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 45 minit ( sehingga masak )
BAHAN HIASAN
1 liter krim putar Baker Mix ( non-diary whipping cream )
100 gm coklat masakan ~ dihiris nipis
10 biji ceri marachino
10 keping hiasan coklat
1 tin ceri hitam
Sedikit jus oren

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Kek span coklat dihiris 3 bahagian ( i hiris 3 bahagian ). Ketepikan.
  2. Pukul krim putar dengan kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga kembang dan gebu. Simpan sebentar dalam peti sejuk.
  3. Letakkan kek span di atas papan kek berukuran 10". Renjis jus oren di atas lapisan pertama.Ambil sedikit krim putar & sapukan atas kek tadi. Susun buah ceri hitam di atasnya. 
  4. Kemudian letak lapisan kek span kedua. Renjis jus oren & sapu krim putar pada permukaan dan tepi kek. Hias tepinya dengan hiasan coklat atau coklat urai
  5. Guna bag piping dan bentukan rosette dikeliling kek. Hias dengan ceri marachino dan coklat hiris.
Tips :
*Untuk memudahkan menghiris coklat, guna pisau penghiris buah. ( peeler )
*Ceri marachino hendaklah dibasuh dan keringkan dengan haba
*Kek ini hendaklah sentiasa disimpan di dalam peti sejuk kerana ia tidak tahan panas

Selamat Mencuba :-)

Sunday, August 10, 2014

ROTI JALA TANPA TELUR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Request dari kakak damia nak makan roti jala..1st time yana cuba resepi tidak menggunakan telur.. lembut jugak kejadiannya..Lepas ni bolehlah selalu guna resepi nii..suka sangat kalau resepi yang tidak menggunakan telur..jimat sikit hihii ^__^

Tq pada empunya resepi Kak Zana..Yana jumpa resepi ni kat rumah Kak Liza tokey kek yang makin maju tuu ^__^..Mintak izin yana simpan kat sini pulak yer kak..senang utk rujukan nanti ~~


ROTI JALA TANPA TELUR
Resepi : Kak Zana
Sumber cuci mata : Kak Liza @ Intai Dapur

BAHAN-BAHAN:-

2 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar/cair ~ yana letak susu cair
2 cawan air
sedikit garam
sedikit mentega @ minyak masak ~ yana letak 1 sudu besar minyak zaitun
serbuk kunyit / pewarna kuning

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Blend semua bahan di atas sehingga adunan sebati
  2. Kalau cair boleh tambah sesudu tepung/ kalau pekat boleh tambah sedikit air
  3. Boleh di kirai atas kuali non-stick
Selamat Mencuba :-

Friday, August 8, 2014

SERI MUKA CEMPEDAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Musim cempedak tiba lagi~~ huhuu..balik kampung time raya hari tu memang banyak sangat makan cempedak goreng..bila balik rumah sendiri baru start menggugel cari resepi baru cempedak..dah boring makan yang goreng..mula2 rasa nak buat kek lapis cempedak..kununnyeee tapi tahap kerajinan takde la tinggi sangat nak buat kek tersebut yang harus ada kesabaran tahap maksima heheee..Akhirnya buat je la kuih seri muka..anak2 pun suka sebab ada pulut..maka projek pun jalan~~

Tq pada empunya resepi..memang sedap kuih seri muka nii..Bau wangi cempedak memenuhi segenap ruang rumah kecilku ini..Tak sabar nak menerainya ^__^.. Bila dah dapat makan..alahaiii sedappnya gabungan buah cempedak dengan pulut..dua2 kesukaan kami anak beranak..Lepas ni nak menerai kuih talam cempedak pulak..banyak lagi cempedak yang harus dihabiskan..kita semak resepi yang dulu ekk ^__^


KUIH SERI MUKA CEMPEDAK
Resepi : Syapex Kitchen

BAHAN-BAHAN:-

Bahan Lapisan Bawah
200 gm beras pulut ~ rendam semalaman
150 ml santan
sedikit garam

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan pengukus. Sapu minyak pada loyang bulat 7 inci. Kemudian alas dengan plastik bersih
  2. Campur semua bahan lapisan bawah dan kukus selama 20 minit
  3. Setelah masak, tekan sedikit pulut supaya mampat
Bahan Lapisan Atas
100 gm isi cempedak
1 cawan santan pekat
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
1/2  sudu makan tepung kastard
1 biji telur
2 sudu makan gula ~ bergantung pada kemanisan cempedak
Pewarn oren
1/2 sudu teh esen vanila
garam

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Satukan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur
  2. Tuang ke dalam periuk dan masak seketika dengan api sederhana. Apabila kelihatan pekat tutup api
  3. Tuang pada pulut tadi dan kukus 30 minit
  4. Sejukkan sebelum dipotong

Selamat Mencuba :-)

Wednesday, August 6, 2014

RED VELVET CHOC CIPS COOKIES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Tak habis lagi citer pasal biskut raya hehee..Biskut Red Velvet Choc Cips yang terpemes raya tahun ni..Tengok orang lain buat kita pun nak buat jugak lah..hurmm..memang sedapp hokess..anak2 dengan incik suami suka sangat ~~tukang buatnyaa lagiii suka  ^__^ ~~ 


RED VELVET CHOC CIPS COOKIES

120 gm margerin planta ~ yana guna Adela
10 gm minyak sapi
100 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm badam cincang
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar pewarna merah
30 gm coklat cips putih
30 gm coklat cips 

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Mula2 ayak bahan kering. Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko. Ayak dan ketepikan
  2. Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170c selama 5 minit
  3. Di dalam mesin pemutar, satukan margerin planta, minyak sapi dan gula kastor. Putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat. Tambah telur dan putar sebati
  4. Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hinga adunan rata
  5. Masukkan bahan yang telah diayak tadi, gaul dengan senduk kayu atau spatula hingga rata
  6. Tambahkan badam, 1/2 daripada choc cips dan 1/2 daripada choc cip putih. Gaul adunan rata. Sudukan adunan di atas dulang pembakar
  7. Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat dan coklat putih
  8. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150c ( ketuhar hendaklah dipanaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh ) Bakar selama 20 minit
  9. Sejukkan di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara

Selamat Mencuba :-)