Wednesday, September 26, 2012

CHICKEN POT PIE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Hari ni xde menu pantang..kita layan je Chicken Pot Pie yang dah berapa kali di ulang tayang..Chicken Pot pie ni bukan yana yang makan tau tapi untuk hubby dengan damia jer..Yana buat untuk bekpes..nak abiskan stok pastry puff yang dah hampir xpired..Inti pulak yana campak2 je apa yang ada dalam esbox..semua nak abiskan stok yang ada ^_*..

Layan je lah pic yang xmengancam nii..xsuka nengoknya..hummm..xpe lah janji bleh update jugak blog ni kan kan kan..^_^




CHICKEN POT PIE

BAHAN-BAHAN:-
150 g daging ayam, cincang halus
1 biji bawang besar ~ didadu
2 ulas bawang putih *
1/3 inci halia * (* tumbuk halus )
1/2 camca teh lada hitam biji ~ tumbuk halus ( yana xletak, abis stok )
2 helai bay leaf ( yana xletak, xde stok )
1/2 cawan susu sejat 
1/4 cawan air
Carrot 
keju Mozarella ( kali ni yana xletak xde stok )
Garam dan gula secukup rasa
Minyak zaitun utk menumis
5 keping pastry puff jenama kawan, bersaiz 4 inci x 4 inci, biar pd suhu bilik
Kuning telur, utk disapu
Bijan utk ditabur




CARA NAK BUAT:-
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar dan bay leaf hingga bawang layu. Tambah bawang putih + halia tumbuk tadi. Masukkan daging ayam, kacau rata. Tuang susu dan air serta lada hitam, kacau dan bila mendidih tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api, tak payah masak hingga kering. Sejukkan.
  2. Ambil sekeping puff pastry, tabur sedikit tepung pad meja kerja. Lenser ramekin tadi dengan sedikit mentega, alas ramekin tadi dengan sekeping puff pastry, tekan2 sedikit dan kemaskan.
  3. Isi dengan no.1 sebanyak 1/5 bahagian, kemudian kemaskan. Sapu kuning telur dan tabur bijan. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190c, selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sebelum dihidang..
Selamat Mencuba :-)

Tuesday, September 25, 2012

AYAM UNGKEP 44 HARI ^_^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ^_^

Chak!! ada yg merindu diri ini tak hihiii..Alhamdulillah bersyukur masih dipanjangkan usia..Hari ni dah 24 hari yana berpantang..adusss rasa lama sangat nak melepasi 44 hari tempoh pantang yang telah ditetapkan huhuu..Sabo je lahh ^_^

Pagi ni sempat jugak curi masa kejap nak update blog sebelum blog mula bersawang..kuikuii..Baby dan kakaknya baik punyer tido..cuaca sejuk sangat..hujan dari semalam belum berenti lagi..bestnya..kejap lagi ibu nak sambung tido jugak hihii..tak mau cakap banyak..sebelum kedua2nya buka mata kita cuci mata dulu dgn menu pantang yana..Ayam Ungkep 44 hari..Resepi ni yana belajar dari mama yana..Dah banyak kali yana buat sejak dalam tempoh pantang..mmg selera je makan..suka sangat bau rempah ratus yang ada dalam resepi ni..membangkitkan selera..





AYAM UNGKEP 44 HARI
Resepi : Yanashaiful

1/2 ekor ayam
3 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
2 batang serai*
2 sudu besar ketumbar*
1 1/2 sudu besar jintan putih*
1/2 sudu besar lada hitam*
2 cm kunyit hidup*
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam

> Bahan bertanda * ditumbuk halus

CARA MENYEDIAKANYA:-
  1. Bersihkan ayam. Kemudian lumurkan dengan bahan tumbuk, garam dan air asam jawa.
  2. Masukkan ke dalam kuali dan tuangkan sedikit air biasa. Kacau sebentar dan tutup kuali.
  3. Biarkan sehingga mendidih dan ayam masak. Boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba :-)

Tuesday, September 18, 2012

CAHAYA CINTA KE 2 KAMI~ NUR DARWISYAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..bersyukur pada Allah SWT kerna masih berpeluang untuk bersua dengan teman-teman di alam maya ^__^..n3 pemanas untuk bulan ni juz nak perkenalkan ahli baru family kami..Alhamdulillah..segalanya telah dipermudahkan oleh Allah SWT..Yana dah selamat melahirkan seorang babygirl seberat 3.06kg pada 2 September 2012 tepat jam 11 pagi..

Terima Kasih pada semua kawan2 atas doa dan ucapan tahniah melalui FB dan jugak phone..Sayang korang semua ^__^..

Perkenalkan NUR DARWISYAH BT MUHAMAD SHAIFUL ANUAR...


Sekian dulu utk kali ni yer..InsyaAllah yana akan kembali sedikit masa lagi..rindu nak menjenguk dapur kawan2 semua ^_^..

Wednesday, August 15, 2012

AYAM MASAK KICAP KERISIK

Assalamualaikum dan salam 26 Ramadhan 1433 Hijrah..
Ramadhan sudah makin menghampiri penghujungnya..hati makin sayu untuk mengucapkan selamat tinggal..Moga kita semua dapat lagi bersua dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan pada tahun hadapan..InsyaAllah ^^

Back to the sahur menu tadi..Dalam mood masak yang sudah kelaut dalam ni juz masak yang senang2 aja..Resepi Ayam Masak Kicap Kerisik Kak Fida memang senang dan paling penting sodappp..Berselera sangat makan dengan nasi panas2 gitew..resepi ni yana terskodeng kat umah Kak Mas..tengok kat dapur Kak Yatie pun ada jugak..semua memuji kesedapannya^^..Pada kawan2 yang nak resepi simple dan sedap boleh lah cuba resepi Kak Fida ni..pasti xmenyesal huhuu.. jom kita semak resepinyaaa ^^


AYAM MASAK KICAP KERISIK
Sumber cuci mata : Kak Mas & Kak Yatie

BAHAN-BAHAN :- ( 8 - 10 orang )

1 ekor ayam ( 1.5 kg ) ~ dipotong kecil, bersihkan dan toskan
3 - 4 biji bawang besar *
8 ulas bawang putih *
3 tangkai lada merah @ hijau *
3 batang serai **
1 ibu jari halia **
1/2 cawan pes cili kering
1/2 botol kicap manis @ pekat manis
sedikit belacan bakar
1/4 cawan air asam jawa
3 sudu besar penuh kerisik
garam, gula secukup rasa jika perlu
sedikit air jika perlu
1/4 - 1/2 cawan minyak masak ~ untuk menumis

CARA NAK BUAT;-

  1. Hiris halus bahan2 bertanda *.
  2. Hiris dan cincang halus pula bahan2 bertanda ** dan ketepikan.
  3. Campurkan kesemua bahan2 dengan ayam di dalam mangkuk kecuali minyak masak dan gaul hingga sebati. Perap 1/2 jam atau semalaman ( yana perap 3 jam )
  4. Panaskan minyak masak dalam kuali dan masukkan bahan perapan tadi dan gaul rata. Masak di atas api sederhana dan tutup kuali.
  5. Kacau masakan sekali sekala dan tambah perasa dan air jika perlu dan masak lagi hingga ayam empuk dan pekat.
  6. Sedap disajikan bersama nasi panas dan enak juga dimakan bersama  roti..

Selamat Mencuba :-)

Tuesday, August 14, 2012

NASI TOMATO & AYAM MERAH TOMATO

Assalamualaikum dan salam 25 Ramadhan 1433 Hijrah..
Curi masa kejap nak update blog..lepas ni banyak keje perlu disetlekan sebelum balik kampung ari khamis nii..Dah tak sabar rasanya nak bersahur, berpuasa & berbuka dgn mama tercinta ^^..

Awal pagi yang indah ini jom kita cuci mata dulu dengan Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah Tomato..Kedua2nya resepi dari Kak Ummi Kuantan..tq Kak Ummi share resepi nii..tersangatlah mavelesnya ^^.. Ekceli yana suka masak nasi tumis2 mcm ni sebab xbanyak songeh..masak nasi lepas tu 1 jenis lauk pun dah cukup..tambah rajin sikit buat acar mentah..senang kijo mak hikhikkk.. 




NASI TOMATO
Resepi : Kak Ummi @ HSH

BAHAN-BAHAN:-

3 1/2 cawan beras basmathi ~ basuh & rendam 15 minit. Toskan.
4 1/2 cawan air
1 cawan susu sejat
2 biji tomato ~ didadu kecil
4 sudu besar pes tomato
2 helai daun pandan ~ disimpul
1 sudu besar garam kasar ~ yana xletak
4 sudu besar minyak sapi
1 cawan kismis ~ yana xletak xde stok
1 cawan gajus yg digoreng/dipanggang
Bawang goreng secukupnya
1 kiub stok ayam ~ yana tambah

BAHAN TUMIS
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
7 biji bawang merah ~ mayang nipis

CARA NAK BUAT:-
  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan buah tomato, pes tomato dan kacau sebentar.
  3. Masukkan beras dan daun pandan. Gaul rata sekejap.
  4. Masukkan air, susu sejat dan garam. Kacau perlahan sekejap dan biar nampak mendidih sikit.
  5. Tuangkan ke dalam periuk nasi elektrik ( rice cooker ) dan masak nasi seperti biasa.
  6. Bila nasi sudah kering, kaup nasi perlahan-lahan dari bawah ke atas, rata perlahan dan tabur kismis dan gajus. Biarkan nasi masak elok. Hidangkan dengan taburan bawang goreng, ayam merah tomato dan acar masak atau acar mentah.
Selamat Mencuba ;-)


AYAM MERAH TOMATO
Resepi : Kak Ummi @ HSH

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ayam ~ potong 12/14
2 biji tomato ~ didadu kecil
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar pes tomato
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
1/4 cawan air
garam secukup rasa
minyak secukupnya
kacang peas ~ yana tambah

BAHAN KISAR
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 cm halia

BAHAN TUMIS
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih

CARA NAL BUAT :-

  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Perap 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar, cili kisar serta tomato dadu. Kacau kejap.
  3. Masukkan semua sos, cuka dan air. Masak mendidih sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak hingga agak pekat dan tutup api. Hidangkan dengan nasi tomato atau nasi minyak ikut citarasa.
Selamat Mencuba :-)