Wednesday, January 7, 2015

KUIH BAKAR KENTANG

Assalamalaikum dan selamat sejahtera ^_^

Semenjak dua tiga menjak ni ramai pulak kengkawan buat tayangan amal kuih bakar kat FB..kita ni pantang betul kalau hari2 duk tengok orang tayang kuih kegemaran nii..mulalah gatal tangan nak buat..So semalam duk godek2 kat dapur..Yana buat half adunan je sebab anak2 tak makan kuih ni..Untuk anak2 yana buat butter cookies..yang tu belum buat entry lagi..tunggu esok ye..InsyaAllah..


Hari ni layan kuih bakar a.k.a bingka a.k.a bengkang ubi kentang dulu..Tersangatlah suka kuih bakar kentang nii..Sedap tau..dah banyak kali yana buat sejak virus 2 3 tahun lepas..kali ni yana buat 2 warna..kuning dan hijau..yang hijau tu yana tambah pandan paste..Kalau perasan kat tengah2 ada jaluran coklat..Sebenornya yana nak buat corak tapi xjadi coraknya..bila potong jadi alunan kasih pulak huhuu..xpe, lain kita try buat lagii sampai jadi seperti yang dikehendaki ~~~~


KUIH BAKAR KENTANG

BAHAN-BAHAN :-
2 biji ubi kentang ~ rebus & kisar/lecek
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau
1/3 sudu besar minyak sapi ~ yana letak 1 sudu besar ~ cairkan
3 sudu besar susu cair

CARAPENYEDIAAN :-

  1. Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
  2. Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
  3. Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
  4. * jun masak dalam acuan kecil2 dan bakar dalam oven selama 15-20min ~ yana masak dalam acuan kemboja selama 30 minit suhu 170c
Cara Yana : blend ubi kentang bersama gula & santan hingga hancur, Kemudian masukkan semua bahan lain kecuali pewarna dan blend lagi hingga halus. Tuang dalam mangkuk bagi 2 bahagian..letak pewarna dan kacau bagi rata..Masukkan kesemua adunan kuning kemuadian adunan hijau. Boleh bakar.


Selamat Mencuba :)

Monday, January 5, 2015

MUFFIN COKLAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu petang tadi untuk anak2 riang..Muffin Coklat..Hari ni anak2 tak nak makan nasi..dah buat lauk kegemaran pun tak nak makan jugak..hurmm..bila petang menjelma mulalah tanya..kuih ada tak..kek ada tak..dah lapar la tu tapi tak nak juga makan nasi..still duk tanya kuih kek..

Okess lah..layan dulu muffin coklat..puan tanah dah tak tau nak bebel apa..malam ni mahu berBW..anak2 sudah tido~~~~peace~~~


MUFFIN COKLAT
Sumber : Mak Lang & Kak Ummi

BAHAN A :-
2 cawan tepung ~ yana & izah guna tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko ~ yana & Izah letak 1 cawan
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonat
3 sudu kecil nescafe
sedikit garam

BAHAN B:-
2 cawan gula kastor ~ yana & Izah kurangkan sedikit
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair @ susu segar
3 biji telur
1 - 2 sudu besar oren sunquick ~ yana & Izah tambah

BAHAN C:-
3/4 cawan air panas

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Campur semua bahan B dan letak tepi.
  2. Ayak tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar ada suhu 175c selama 20 minit
Selamat Mencuba :-)

IKAN KERISI MASAK KICAP PEDAS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Cepatnya masa berlalu..hari ni dah 5hb..next week my little chubby kakak damia dah mula sekolah.. agak berdebaran ibu nii..al-maklumlah baru 1st time nak menghantar anak g sekolah..tadika je pun tapi debaran rasa macam anak dah masuk darjah satu hihii~~

Okess..pagi ni yana nak share resepi yang simple tapi InsyaAllah sedap..Ikan Kerisi Masak Kicap Pedas..Kat rumah yana kalau masak kicap harus laku keras..incik suami dan anak2 memang suka sangat lauk berkicap..tak macam yana a.k.a tukang masak nii..yana lebih suka masakan yang bersup..suka yang hirup2 gitu..

Tq kak Ita share resepi dari Pak Engku nii..memang sedap..InsyaAllah lepas ni boleh buat lagii..Untuk resepi ni yana kurangkan sedikit tahap kepedasannya sebab budak2 bawah umur nak makan..bagi ada rasa pedas2 manja jee ^__^.. Kepada kengkawan yang takde idea nak masak apa hari ni, bolehlah cuba masak kicap pedas nii..insyaAllah pasti sedapp..


IKAN KERISI MASAK KICAP PEDAS
Resepi : Pak Engku ( Buku Santapan Lauk Pauk Tradisi )
Sumber cuci mata : Kak Ita Masam Manis

5 ekor ikan kerisi ~ siang dan cuci bersih
sedikit garam dan kunyit

BAHAN KISAR
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

10 tangkai cili padi

15 tangkai cili kering ~ rendam lembut
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Rempah tumis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
5 biji pelaga
1 helai daun pandan ~ simpul

2 biji tomato ~ belah 2
2 biji lada hijau ~ dihiris kasar
1 labu bawang besar ~ dihiris
2 tangkai daun sup ~ dimayang halus
200 ml air asam jawa
100 ml minyak
1 ketul gula melaka
5 camca besar kicap manis
Garam & gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Gaulkan ikan bersama kunyit dan garam kemudian goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan rempah tumis dan daun pandan hingga harum
  3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak dan wangi. Masukkan air asam jawa, kicap manis dan gula melaka.
  4. Kacau rata dan biarkan merenih, jika kuah pekat tambah air. Masak hingga didih
  5. Masukkan ikan kerisi. Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar dan daun sup.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  7. Angkat dan boleh dihidangkan
Selamat Mencuba :-)

Saturday, January 3, 2015

KARI DEVIL PORTUGIS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Kari Devil Portugis..menu beberapa hari yang lalu..Dah lama sangat simpan resepinya..masa duk selongkar fail baru teringat kembali..Sedap kari orang portugis ni walaupun takde rasa kari..ala2 ayam masak merah gitu..InsyaAllah lepas ni boleh buat lagi..Pada yang sudi bolehlah cuba..lain dari yang lain..Jom semak resepinya~~~~

KARI DEVIL PORTUGIS
Resepi : Majalah Saji
Sumber cuci mata : Kak Ummi @ Home Sweet Home

BAHAN-BAHAN:-
1 ekor ayam ~ potong 12
3 labu bawang besar ~ kisar
6 ulas bawang putih ~ kisar
3 cm halia ~ tumbuk
5 tangkai cili merah ~ hiris
5 sudu besar cili giling
3 biji buah keras ~ tumbuk
3 cm kunyit hidup ~ tumbuk
1 sudu kecil biji sawi
sedikit gula
1 sudu besar cuka
1 biji kentang ~ yana tambah

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Bersihkan ayam, toskan. Tumis semua bahan kisar dan biji sawi sampai pecah minyak
  2. Masukkan ayam dan masak sampai kecut. Boleh juga tuangkan secawan air. Tutup periuk agar ayam cepat masak.
  3. Masukkan semua bahan tumbuk dan gaul rata. Masukkan garam, gula dan cuka secukup rasa.
  4. Kacau hingga sebati dan sesuaikan rasa. Biarkan mereneh dan agak pekat. Siap untuk dihidangkan bersama nasi atau roti
Selamat Mencuba :-)

Friday, January 2, 2015

APAM SUSU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Masih belum terlambat rasanya untuk yana ucapkan selamat tahun baru 2015 kepada semua pengunjung DCK..Banyak suka duka yang berlaku sepanjang 2014..Biarlah semua berlalu..sudah menjadi sejarah..Semoga tahun ini kita semua akan menjadi lebih baik..sentiasa dirahmati dan berada dalam lindungan Allah SWT..

Untuk entry pertama 2015 kita layan dulu Apam Susu yang super duper meletopss kat FB nii.. Orang lain dah berzaman buat yana je baru sampai seru nak mencubanya..memang sedap seperti yang diwar-warkan..gebus lembut..rasa macam kek pun ada..Terima kasih buat empunya resepi ~~~



Resepi : Sabrina Khan
Sumber : Nana Aboy

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
pewarna yang disukai
perasa ~ yana letak perasa strawberi

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam
  2. Mula2 satukan tepung bersama baking powder kemudian diayak. Ketepikan.
  3. Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovallete dan esen vanila. Kemudian putar sampai gebus dan adunan bertukar ke warna putih
  4. Masukkan susu pekat manis. Putar lagi hingga sekata
  5. Tambahkan pula minyak hagung dan putar lagi
  6. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak tadi. Kaup balik adunan rata
  7. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna. Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang disukai jika suka. Gaul rata.
  8. Sediakan loyang 8 inci dan sapukan mentega pada loyang. Tuang adunan berselang seli warna hingga habis.
  9. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit
  10. *tutup kukusan hendaklah dibalut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam. 
  11. Angkat apam setelah masak. Keluarkan dari loyang. Potong bila ianya telah sejuk
Selamat Mencuba :-)