Tuesday, July 8, 2014

MEE JAWA ~ menu 5 Ramadhan ^__^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Mee Jawa hidangan kami untuk hari ke 5 puasa..Menu kegemaran suami yana..memang selalu lah buat sebab dia suka..Tukang masak pun suka jugak heheee..Tq pada Kak Chef Hanieliza share resepi yang sedapp sangat nii..jom semak resepinya ~~~


MEE JAWA
Resepi : Kak Hanieliza
Sumber cuci mata : Kak Mas @ Duniaku

BAHAN-BAHAN:-

1 kg mee kuning ~ dicelur
1/2 kg daging ~ rebus lembut dan hiris nipis
300 gm tauge ~ buang kakinya
2 tangkai daun bawang ~ dihiris
5 biji cili merah ~ dihiris
3 keping tauhu goreng ~ dihiris nipis
3 biji telur rebus ~ dibelah
3 biji limau nipis ~ dibelah
Sedikit bawang goreng

BAHAN KUAH :

1/2 kg keledek ~ direbus dan dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
5 ulas bawang merah ~ dikisar
3 batang serai ~ dikisar
sedikit halia ~ dikisar
sedikit lengkuas ~ dikisar
100gm udang kering ~ dikisar
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari daging
air rebusan daging
garam dan gula secukup rasa
1 ketul kiub ayam ~ yana & Mas tambah

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah dan cili kisar hingga garing dan pecah minyak
  2. Masukkan keledek yang dikisar halus tadi. Tambah air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan hingga kuah mendidih
  3. Masukkan mee yang dicelur dalam pinggan dan letakkan bahan2 sampingan dan kemudian tuangkan kuah atas mee tadi. Sedia dinikmati...sangat sedapp ^_^

Selamat Mencuba ;-)

Monday, July 7, 2014

ASAM PEDAS IKAN PARI ~ menu 4 Ramadhan ^__^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Alhamdulillah..masih dapat bersiaran di bulan yang penuh keberkatan ini..Bizi memanjang dengan tugas harian..tak sempat nak menghupdate everyday..Cepat masa berlalu kan..hari ni dah 9 Ramadhan..Banyak lagi yang harus dikejar sementara peluang masih ada ni ^_^ 

Okess..layan je lah menu 4 Ramadhan kami..Asam pedas Ikan Pari yang simple2 je ikut stok apa yang ada kat dapur..versi yana suka yang kuah pekat2 gitu..boleh makan dengan nasi dan juga roti.. sedappp ^__^


ASAM PEDAS IKAN PARI

BAHAN-BAHAN:-

600gm ikan pari
1/2 ikat daun kesum
1 cawan air asam jawa
air biasa
1 biji buah tomato ~ belah 4
bendi

BAHAN KISAR

2 - 3 sudu besar cili kisar
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 biji buah keras
sedikit belacan ~ dibakar kejap
1/2 inci kunyit hidup

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan air asam jawa dan air biasa secukupnya. Kemudian perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
  3. Bila sudah mendidih masukkan ikan pari dan daun kesum. Biarkan seketika hingga ikan masak. Akhir sekali masukkan bendi dan buah tomato. Masak hingga sayuran tersebut lembut.
  4. Dah cukup semua rasa bolehlah tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba :-)

Saturday, July 5, 2014

KUIH LOMPAT TIKAM ~ menu 3 Ramadhan ^__^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah..akhirnya tercapai jua hasrat yana nak buat kuih kegemaran di bulan puasa~~ kuih Lompat Tikam..Suka sangat kuih nii..dah dapat makan haruslah teringat kampung halaman tercinta..rindunya nak balik~~

Okess ler..tak mau beremosi lebih2 yer..minggu depan insyaAllah dah janji dgn incik suami nak balik kampung..rasa dah tak sabar sangat nak balik..dah terbayang2 depan mata pelbagai jenis kuih kegemaran dibazar ramadhan..cepatlah masa berlalu heheee

Tq kepada Kak Azie share resepi kuih Lompat Tikam nii..Rasa macam yang beli kat pasar pasir mas jee..InsyaAllah lepas ni boleh buat lagi..tak sangka pulak anak2 pun suka..berebut2 mintak suap ^_^



KUIH LOMPAT TIKAM

BAHAN-BAHAN :-

Lapisan Hijau :
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air pandan
1/2 sk garam
1 sk air kapur

Lapisan Putih : 
1 senduk leper tepung beras ( sukatan menggunung )
2 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam

Pulut Merah :
1 cawan beras pulut
Santan cair secukupnya

Air Gula Melaka :
1 keping gula melaka
Air secukupnya

CARA LAPISAN HIJAU:-
  1. Gaul rata semua bahan lapisan hijau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk diangkat, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk kayu.
  2. Masakkan adunan ini ke dalam kuali dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Mula2 saya kacau dengan whisk,lagi mudah. Lepas tu dah mengeras baru guna senduk kayu.
  3. Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.
CARA LAPISAN PUTIH:-
  1. Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.
  2. Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
NOTA : Lapisan putih mesti rasa masin sedikit baru sedap

CARA PULUT MERAH :-
  1. Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10 - 15 minit
  2. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak2 sehingga pulut menjadi lembut. Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik2kan pulut supaya masak rata
  3. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.
CARA AIR GULA MELAKA:-
  1. Masak gula melaka dengan air dan daun pandan hingga hancur dan mendidih. Tapis dan sejukkan.
CARA MENGHIDANG:-
Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalm pinggan. Masukkan juga sedikit pulut
Kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya. Akhir sekali, tuang air gula melaka..

Selamat Mencuba :-)

Friday, July 4, 2014

IKAN SIAKAP MASAK PESMOL ~ menu 2 Ramadhan ^__^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Ikan Siakap Masak Pesmol yang terlajak laris kat umah yana hehee..dah banyak kali yana buat..suami dan anak2 suka sangat..Tapi kali ni yana buat versi tak pedas sebab nak bagi kanak2 bawah umur makan..kalau buat versi pedas harus lagi sedappp menjilat pinggan ^__^

Okess..tak mau citer panjang2..puan tanah sudah mengantuk..dah kul1 pagi.kejap lagi mahu sahur pulak..kita semak je resepinyaa..kepada kengkawan semua harus cuba tau resepi nii.. memang sedapp..tak tipu punyer~~~ ^__^


IKAN PESMOL
Resepi asal : Chef Wan

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ikan siakap dibersihkan
garam, lada hitam yg baru dikisar
1 batang serai ~ dititik
2 cm lengkuas ~ dititik
10 tangkai cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam ( MaDiHaA & yana x letak )
2 cawan santan pekat ~ yana guna susu cair
Air perahan daripada 1 biji limau nipis
gula
buah tomato ~ belah 4 ( yana tambah )

BAHAN KISAR

5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2.5 cm halia

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Lumurkan ikan dengan garam dan lada hitam. Goreng ikan dengan minyak yang penuh sehingga garing.
  2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
  3. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut dan daun salam. Kacau rata-rata.
  4. Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula.
  5. Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.
Selamat Mencuba :-)

Tuesday, July 1, 2014

NASI LOBAK MERAH ~ menu 1 Ramadhan ^__^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah..hari ni baru berkesempatan nak hupdate blog..tersangat lah bizi dengan tugas harian yang tak pernah habis ~~cepat masa berlalu..hari ni dah 3 Ramadan..hmm..Rasanya belum terlambat lagi untuk yana ucapkan selamat berpuasa kepada semua pengunjung Dunia Cinta Kami..sama2 la kita memperbanyakkan lagi amalan pada bulan yang mulia ini...Azam yana Ramadan ni semoga dapat khatam Al-Quran 30 juzuk..sedih tahun lepas tak dapat nak habiskan..tinggal 3 juzuk je lagi :-(

Okess lah..kita kembali pada menu yana sefamily 1 Ramadan yang lalu..yana buat nasi lobak merah jee.. xlarat nak masak banyak2..Masak nasi lobak merah lepas tu ayam bakar, kurma telur and acar campak2 je.. Alhamdulillah..rezeki 1 Ramadan kami..kuih muih dessert pun takde..dengar je azan makan kurma lepas tu terus makan nasi ^__^


NASI LOBAK MERAH

BAHAN-BAHAN:-

6 cawan beras basmathi ~ basuh dan toskan
2 cawan lobak merah 
1/2 cawan susu cair
8 cawan air
1 kiub ayam knorr
1 sudu kecil gula
garam

BAHAN TUMIS

2 sudu besar rempah kurma
5 ulas bawang merah ~ mayang @ tumbuk kasar
3 ulas bawang putih ~ mayang @ tunbuk kasar
2 cm halia ~ mayang
3 sudu besar minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar ~ racik kasar
Daun pandan ~ simpulkan

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Panaskan minyak sapi dalam Rice Cooker dan masukkan bahan tumis, bawang & halia yang dimayang serta daun pandan
  2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
  3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendidih
  4. Masukkan beras, lobak merah dan daun ketumbar.
  5. Alihkan periuk kedalamrice cooker dan biarkan masak seperti biasa.
  6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur
Selamat Mencuba :-)