Friday, June 6, 2014

MUFFIN PISANG COKLAT CHIPS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Muffin Pisang untuk anak2 tersayang~~ agak tidak berpuas hati buat muffin kali ni..hmm..tidak diketahui di mana silapnya beliau tidak mahu naik membumbung seperti biasa huhuuu..intai dalam oven nampak ok je beliau naik tapi letak je atas redai terus makin turun..sedih makcik~~

Pe2pun muffin ni dah habis..walaupun tak naik beliau tetap sedapp..makan yang suam2 gitu dengan secawan teh panas..alahaiii habis 2 ketui makcik telan hehee ^__^


MUFFIN PISANG COKLAT CHIPS
Resepi : CMG

BAHAN-BAHAN:-

1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh sodabicarbonat* (* digaul rata dan ayak )
5 biji pisang emas ~ dilecek hancur
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 biji telur A
1/3 cawan susu segar
100 gram mentega ~ cairkan dan sejukkan
beberapa titik esen pisang ( boleh juga esen vanila) yana guna esen vanila
1/4 cawan coklat chips
Badam keping untuk hiasan
Sedikit coklat chip untuk hiasan

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan oven pada suhu 180c, alas acuan muffin dengan papercup atau guna paper cup jenis keras. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula perang dan susu. Kacau rata dengan whisk hingga sebati dan gula larut.
  2. Tambah pisang lecek dan mentega cair. Kacau hingga semua rata. Masukkan tepung dan gaul. Tambah esen pisang atau esen vanila. Masukkan 1/4 cawan coklat chips, gaul rata. Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh. Tabur dengan sedikit coklat chips dan badam keping. Buat hingga siap.
  3. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25 minit atau hingga keemasan. Bila masak, keluarkan dan biar sejuk atas redai. Boleh juga dinikmati semasa muffin masih suam
Selamat Mencuba :-)

Thursday, June 5, 2014

SOTO MADURA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu semalam punyer..Tibe2 pulak rasa nak makan Soto Madura..dah lama tak buat..last buat bulan puasa tahun lepas ^__^ Alhamdulillah..kena dengan selera kami anak beranak..sedap tau soto nii..selera anak2 makan..Tq Kak Yatie share resepinya..mintak izin yana letak sini pulak yer..layann~~


SOTO MADURA

BAHAN-BAHAN:-
  • 1 ekor ayam – dipotong 4
  • 1 s/k garam dan sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ayam.
  • 2 kotak santan kara/ayam brand ( 1 kotak 200ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik, tak pecah..
  • 4 cwn air atau secukupnya
  • 3 batang serai – dititik
  • 1 btng kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
  • Garm dan sedikit gula
BAHAN YG DIKISAR:-
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 labu bwng besar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 sudu kecil lada putih/sulah- di tumbuk halus
Lain2 bahan yang diperlukan :
  • sambal kicap
  • Taugeh buang ekor, cuci dan toskan-tak perlu di celur
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • Nasi impit secukupnya

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Ayam 3 keping tu di rebus hingga separuh masak bersama 3 cwn air. Manakala selebihnya di cincang kecil utk di masak bersama kuah soto nanti.
  2. Ayam yg telah di rebus tadi, angkat dan toskan. Lumurkan dngn sedikit garam dan kunyit serbuk. Goreng hingga masak. Sekiranya dah sejuk, bolehlah di siat2 kecil dan ketepikan...bila nak makan soto madura nnti, barulah letak ayam tadi dan siramkan kuahnya.
  3. Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar...masukkan lada sulah yg telah di tumbuk lumat.
  4. Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik. Masukkan ayam yg diptng kecil.
  5. Kemudian masukkan air, dan kacau sentiasa. Masak hingga mendidih. Masukkan juga air rebusan ayam tadi ya.
  6. Masukkan santan dan gaul sebati. Masak lagi sehingga mendidih dan guna api sederhana.
  7. Masukkan garam dan perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah matikan api.
*** Hidangkan bersama nasi impit,ayam yg telah di goreng dan di potong kecil/siat2kan, sambal kicap dan taugeh mentah/di celur. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup. Siap utk di makan


Selamat Mencuba :-)

Wednesday, June 4, 2014

JUS AVOCADO @ JUS ALPOKAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Dah lama yana ingin merasai jus avocado atau dikenali juga sebagai jus alpokat..sana sini kengkawan duk tayang kat FB mewar2kan kesedapan jus yang mahal nii..Terasa jakun sekejap diri ini sebab tak pernah tahu kewujudan jus avocado ^__^

1st time merasainyaa..alahaiii sdapnya jus nii..lemak2 gitu..tambah pulak dengan sos coklat..aduss lagi nikmat makcik menikmatinya hihii


JUS ALPOKAT ( JUS AVOCADO )

BAHAN-BAHAN:-

1 biji buah avocado yang masak ranum
1 cawan susu segar
2 sudu besar susu pekat
sedikit coklat cair ( Hershey's atau home made sos coklat ) 
Ais

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Potong buah avocado dan masukkan ke dalam blender bersama susu segar dan susu pekat
  2. Blend hingga halus ( semakin lama, jus akan menjadi bertambah pekat ), tambah air jika mahu sedikit cair.
  3. Picitkan coklat cair disekeliling gelas, tuang jus dan hiaskan dengan coklat cair di atas ( tambah rasa ). Masukkan ais. Siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba :-)

BUN KENTANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Dah lama tak makan roti fresh dari oven sendiri..asyik beli je..tersangatlah males nak meroti ^__^.. Semalam merajinkan diri buat bun kentang nii..kesian pulak tengok incik BM dah lama tak menunaikan tanggungjawab dia menguli hihiii

Okess..macam biasa yana guna resepi dari Ros untuk bun kentang yang lembut dan gebuss nii.. yana suka makan letak sambal bilis kat dalam bun nii..ala2 bege malaysia gitu..sambal pulak harus pedas..makin best menikmatinyaa bersama secawan kopi panas~~~



BUN KENTANG

BAHAN-BAHAN;-

350gm tepung roti
90gm kentang ( yang direbus dan dilenyek baru ditimbang )
1 sudu besar susu tepung
1/2 biji telur - tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan bun nanti
150ml cecair ( 100ml susu kacang soya+50ml air suam) - susu soya boleh ganti dgn susu segar
1/2 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar gula
4 gm yis ( 1 1/2 sudu kecil )

sedikit kastard utk dijalurkan atas bun nanti

BAHAN KASTARD:-
2 sudu besar tepung kastard bird kastard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula

CARA PENYEDIAAN; ( SOS KASTARD )
  1. Campurkan semua bahan dalam periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan, kacau selalu jika terlalu pekat tambah lagi sedikit susu. Sejukkan dan baru dipaip atas bun nanti
CARA PENYEDIAAN : ROTI

  1. Jika menggunakan bread maker (BM) masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON, setelah siap boleh terus dibentuk bebola kecil, kalau tiada BM masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan doh betul2 lembut.
  2. Setelah menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dan masukkan doh di dalam plastic, ramas2 beberapa minit lebih kurang 5 hingga 10 minit. keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil dan susun di dalam loyang petak atau dulang pembakar. ( pastikan loyang atau dulang pembakar di sapu dahulu dengan sedikit merjerin bagi memudahkan bun keluar apabila siap dibakr nanti )
  4. Biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali gliss permukaan bun dengan baki telur yang ditambah dengan 1 sudu kecil susu segar dan paipkan sos kastard diatas permukaan bun. Bakar pada suhu 180c selama 25 minit. Setelah siap di bakar sejukkan atas redai dan sedia dihidangkan.

Selamat Mencuba :-)

Tuesday, June 3, 2014

PUDING LAICI DANGDUT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Dessert berbuka minggu lepas..baru berkesempatan nak update hehee..Layan je lah puding yang tersangat femes dikalangan blogger sedikit masa dulu..rata2 dah buat puding nii..yana pun dah banyak kali buat..jom semak resepi dari akak chef  yang femes jugak nii Kak Hanieliza..tq yer akak chef..mintak izin yana share kat sini pulak~~~



PUDING LAICI DANGDUT
Resepi : Chef Hanieliza

BAHAN-BAHAN :-

10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa ( 28 gram )
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici ( asingkan airnya )
1 tin susu cair

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Masakkan agar2 serbuk atau agar2 biasa bersama air sehingga mendidih
  2. Masukkan gula. Biarkan mendidih lagi. ( Jika gunakan agar2 biasa kena tapis )
  3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan ( terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil ). Bila dah sejuk masukkan dalam peti sejuk
  5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.
NOTA:
Puding laici ni agak lembut sedikit..so, kalau nak makan potong ( jika gunakan acuan besar ) atau tuang dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya..


Selamat Mencuba :-)