Saturday, May 24, 2014

CHEEZY CHEESE BALL ALA KFC

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Jom layan Chezzy Cheese Ball yang dah lama ku buat hihii..Dah 2 bulan terperap dalam folder baru terperasan picnya..Ekceli, Cheezy Ball ni buat suka hati yana jee..takde sukatan pun main campak2 je ^__^ Tapi untuk sesiapa yang nak mencubanya bolehlah cuba buat ikut resepi Kak ChaqFB..ramai yang buat ikut resepi nii..yana males nak mengarang so, kopipes je yang Kak Chak punyer heheee..




CHEEZY CHEESE BALL ALA KFC
Sumber cuci mata: FB Kak Chak

BAHAN-BAHAN:-

350gm ubi kentang yg dilecek ( yg direbus dgn sedikit garam, toskan sampai kering airnya baru dilecek ) ~ yana guna ubi kentang US
250gm tepung gandum ( diayak )
5 biji telur
Serbuk lada hitam ( Aji-Shio )
250gm keju cheddar (kraft) ~ yana guna Keju Cheddar Bega + mozarella dipotong dadu
bread crumb secukupnya 

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Potong dadu keju ( ketepikan ), tepung dan kentang digaul sebati, tabur dengan serbuk lada hitam. Gaul sehingga sebati ( Kak Chaq tak guna air sebab kentang dah lembut ) kemudian ambil adunan sebesar guli leperkan dan masukkan keju. Bulatkan.
  2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul sedikit kemudian masukkan 2 atau 3 sudu dalam pinggan, golekkan adunan yang disalut dengan serbuk roti tadi.
  3. Golekkan semula dalam serbuk roti hingga betul2 tertutup aduna tadi. Ulang sehingga habis adunan.
  4. Dah siap goreng..sedia untuk dinikmati..

Selamat Mencuba :-)

Friday, May 23, 2014

PULUT MANGGA ( KHAO NIAW MA MUANG )


Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Sape suke makan pulut sila angkat mangkuk..Yana dgn anak2 memang hantu pulut..Seminggu sekali wajib kena kukus pulut..Walaupun ada penyakit hangin tapi still jugak makan pulut ~ tak sedar dirikan ~kalau hangin datang mula laa tercungap2 nak bernafas..minum air 100 plus takpun telan 2 sudu besar gaviscon..huuuuu baru lega hihiii

Yang ni menu minggu lepas kot..rasanya dah 2 3 kali buat bulan nii..tak puas pulak makan pulut mangga..Yana suka mangga yang masam2 manis gitu..tak nak yang manis sangat..Jom layan resepi resepi yang simple jee nii..mokcik mahu ke dapur..incik lalink dah request nak makan nasi lomak pulak lunch krg..harus mokcik pecut sebelum anak2 bangun ~~~




PULUT MANGGA
BAHAN-BAHAN :- ( 3 - 4 org )

2 cawan beras pulut ( seeloknya pulut susu ) rendam 2 jam
1 1/2 cawan santan
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil tepung jagung
2 helai daun pandan ( disimpulkan )
3 sudu makan gula pasir
mangga yg masak ranum secukupnya

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan pengukus terlebih dahulu, kukus beras pulut hingga 1/2 masak, kemudian masukkan 1/2 cawan santan yang telah dicampur dengan garam. Letak daun pandan sekali dan kukus sehingga masak
  2. Untuk kuahnya: baki 1 cawan santan tadi dimasak bersama daun pandan, gula pasir. Bila agak mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Bila agak pekat tutup api.
  3. Sendukkan pulut ke dalam mangkuk atau pinggan, tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga. 
Selamat Mencuba :-)

Thursday, May 22, 2014

KUIH SERI MUKA JAGUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^



KUIH SERI MUKA JAGUNG

BAHAN-BAHAN:-

Bahan Lapisan Bawah
1 1/2 cawan pulut
1 1/4 cawan santan cair
sedikit garam
1/2 cawan jagung biji dalam tin

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan 1 jam sebelum dimasak
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik
  5. **Sapu plastik dengan sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas selapis demi selapis
Bahan Lapisan Atas
1 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
1 1/2 cawan gula ~ yana ltk 1 cawan gula kastor
2 biji telur
450 ml santan pekat
300ml air
1/2 sudu kecil garam
Perisa/pewarna merah dan hijau atau apa2 kaler

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  3. Masukkan pewarna hijau, merah dalam setiap bahagian ~ yana guna hijau & kuning
  4. Masukkan 1 senduk adunan hijau ke atas lapisan pulut tadi dan kukus selama 7 minit
  5. Lapiskan pula 1 senduk adunan merah dan kukus lagi 7 minit
  6. Lapiskan lagi adunan hijau diikuti warna merah
  7. ( ** bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus lagi selama 20 minit )
  8. Kuih hendaklah betul2 sejuk barulah dipotong dengan menggunakan pisau plastik

Selamat Mencuba :-)

Monday, May 19, 2014

COTTAGE PAI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^___^

Dinner minggu lepas..hari ni baru jadi entry hihii..Ekceli dah lama puan tanah ni duk kempunan nak makan Cottage Pie..Nak buat takde lah susah sangat tapi jadi sedikit males bila hanya kita je yang layan benda2 macam nii..anak2 pun tak makan sangat..Encik Laling pun sama..makan 2 3 suap jee..baik makan nasi katanya huhuu..Memang jiwa kampung betul lalink ku ini ^__^

Untuk resepi cottage pie ni yana buat berpandukan resepi dari Kak Nor@Secubit Garam..ada beberapa versi kat dapur kak Nor tapi yana pilih yang ni dulu..Yang lain kita try next time..Resepi ni pun yana tak ikut 100%...pandai2 laa adjust ikut selera anak tekak kita kan hik3..Pe2pun tq Kak Nor share resepi nii..mintak halal ye kak..Yana kopipes kat sini pulak ^__^




COTTAGE PIE

BAHAN-BAHAN:-

Bahagian Atas:
500gm ubi kentang ~ lebih kurang 5 bj yg besar
air secukupnya
2 sudu besar butter
sedikit lada sulah ~ boleh juga kalau nak guna serbuk lada hitam
garam

Bahagian Bawah:
400 gm daging cincang ~ yana guna ayam cincang
1 bj bawang besar (bawang holland)
1 btg carrot
1 btg celery ~ optional ~ yana xletak xde stok
3 sudu besar tomato puree ~ atau boleh guna 5 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar serbuk cili ~ yana x letak
1 sudu besar serbuk cili kasar ~ boleh gantikan dgn serbuk lada hitam ~ yana ltk serbuk lada hitam
1 sudu teh rosemary kering 
1/2 cawan air rebusan kentang
 garam secukup rasa
1/2 sudu kecil gula
1 sudu besar tepung gandum ~ utk memekatkan
3 sudu besar minyak sayur/bunga ~ yana letak minyak zaitun

Bahan Tabur:
2 sudu besar butter sejuk yg dipotong kecil2
parutan keju cheddar ~ yana letak keju mozarella

Cara2:

Bahagian Atas:
Masak air hingga mendidih dan masukkan ubi kentang yg dah dipotong dadu.
Masak lagi hingga mendidih dan ubi kentang masak/lembut.
Angkat dan toskan ubi kentang.
Ambil 1/2 cawan air rebusan dan ketepikan.
Lenyekkan bersama butter, sedikit lada sulah dan garam.
Ketepikan.

Bahagian Bawah:
Bawang, carrot dan celery dipotong dadu.
Panaskan minyak sayur dan masukkan bahan2 yg dipotong dadu td.
Masak dan kacau2 selama lebih kurang 15 minit pastu masukkan daging cincang.
Kacau2 supaya daging tidak berketul2.
Masak sehingga daging berubah warna dan miringkan kuali atau periuk.
Buang lebihan minyak yg ada (biasanya daging cincang mmg terkandung lemak dlmnya).
Masukkan tomato puree/sos tomato, serbuk cili, serbuk cili kasar/serbuk lada hitam.
Goreng hingga naik bau dan masukkan 1/2 cawan air rebusan kentang.
Masak hingga hampir kering dan masukkan garam dan gula (jika suka).
Masukkan pula tepung gandum dan kacau hingga sebati. Pastu masukkan dried rosemary.
Masak lg lebih kurang 2 minit dan bolehlah dipadamkan api.

~ ~ ~ ~ ~ ~

Tuangkan bahagian bawah (daging) ke dlm mangkuk tahan panas atau boleh juga digunakan ramekin. Ratakan.
Letakkan bahagian atas (kentang) ke atas bahagian daging td. Ratakan supaya menutupi keseluruhan bekas.
Dengan menggunakan sudu atau garfu, lorek2kan bahagian atas supaya nampak fluffy (tak flat jer kentang tu) nanti bila kita bakar nanti, akan terasa crunchy sket.
Tabur parutan keju dan potongan butter.
Boleh juga kalau nak tabur sedikit serbuk cili kat atas ni spt yg CFE buat.
Bakar dlm oven yg dah panaskan dgn suhu 190C selama 1/2 jam atau sehingga golden brown kat permukaan atas tu.
Boleh la dihidangkan panas2..

Selamat Mencuba... :)

Saturday, May 17, 2014

PUDING ROTI KARAMEL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Dessert berbuka puasa semalam..Puding Roti Karamel..projek menghabis roti yang hampir expired hehee..Nak buat kuih lain males..buat puding karamel je lah..paling senang..blend je lepas tu tuang dalam satu bekas..kukus dan siap ^__^

Tq pada Kak Rosaliza share resepi nii..mintak izin yana letak sini pulak yer kak~~~



PUDING ROTI KARAMEL

resepi asal : rosaliza@embunkasih

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Cara membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang ( guna api takut hangit ). Kemudian masukkan 1 sudu besar air ( berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan. ~ Yana buat gula hangus dalam loyang 
  2. Panaskan pengukus, Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu .
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanila. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi ke dalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak. ( 40 minit - 1 jam ) Kak Hana & yana kukus 30 minit je )
Selamat Mencuba :-)