Friday, May 16, 2014

KEK BELANG COKLAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Kek Belang Coklat ni yana buat minggu lepas lagi..Lepas Kak Izah Daut tayang kat blog dia ari tu memang dah berkobar2 nak membuatnya tapi terpaksa ditangguh sebab kena balik kampung.. Balik je dari kampung terus on projek.. Memang sedap seperti yang dikatakan Kak Izah..moist je kek Chef Zubaidah nii..Tak sempat tunggu sejuk anak2 dah bising suruh potong..Tak tahan bau wangi gabungan coklat + strawbery..memang sedappp ^__^

Tq pada Chef  Zubaidah yang memang terkenal dengan kek2nya yang simple sedappp gitu..Harus cari buku beliau lepas nii ~~




KEK BELANG COKLAT
Resepi : Chef Zubaidah Che Pa ~ Buku Resepi Jamuan Kek

BAHAN-BAHAN:-

5 biji telur
40g air
10g ovalette
280g tepung naik sendiri
190g gula kastor ~ yana guna 170g je..manis2 manja bg yana ^__^
200g majerin dicairkan
1 sb emulco coklat
*Yana & Kak Izah tambah emulco strawbery

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Pukul semua bahan kecuali majerin cair dan emulco sehingga gebu dan ringan
  2. Kemudian masukkan majerin cair sedikit demi sedikit dalam adunan. Gaul sehingga sebati
  3. Bahagikan kepada 3 adunan. 2 dicampurkan emulco dan 1 dibiarkan kosong 
  4. Tuang adunan berselang seli ke dalam loyang saiz 8'
  5. Bakar pada suhu 150c selama 50 minit


Selamat Mencuba :-)

Wednesday, May 14, 2014

APAM KAMPUNG PERISA ROS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu sarapan beberapa hari yang lalu hehee..Kuih feveret anak2 yana..Dalam sebulan 2 3 kali yana akan buat kuih apam..suka tengok dorang makan sambil cicah kelapa parut tu..Tq Kak Yatie resepinya..memang lembut je kuih apam nii..suka sangat kejadianyaa~~

Mata mokcik dah ngantuk nii..mahu tidur awal..karang nak bangun sahur pulak..esok mahu puasa hehee..Layan pic je laa ekk..semua dah habissss ^__^



APAM KAMPUNG PERISA ROS

BAHAN-BAHAN:-

Bahan A 
  • 2 sudu kecil rata yis mauripan
  • 1/4 cwn air suam
  • 1 sudu kecil gula halus
Bahan B
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1 1/4 cawan air
  • secubit garam 
  • 1 sudu kecil perisa ros/sirap
  • 1 sudu kecil pewarna merah

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Satukan bahan A, kacau rata dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Satukan bahan B dlm mangkuk besar dan gaul rata.
  3. Masukkan bahan A tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1/2 jam.
  4. Lenserkan loyang  9x9x3 inci dngn sedikit minyak, gaulkan lagi adunan tadi sebati dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 1/2 jam lagi. Kukus adunan selama 40 minit.
  5. Biarkan kuih  betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
  6. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.
**Selalunya saya gaul sebati adunan, kemudian perap 1/2 jam. Setelah setengah  jam, saya gaul rata lagi, barulah tuang dlm loyang yg telah di gris minyak. Saya perapkan lagi dlm 1/2 jam dan terus kukus dlm 40 minit. Saya buat mcm ni supaya apam ni naik cantik dan halus je texture nya. Kalau kita terus tuang kat loyang dan perap, kemudian kukus...apam naik tinggi tapi texture nya kasar. Terpulang pd selera masing2 ya.

** Jangan biarkan adunan apam terlebih naik, nnti apam rasa masam dan menurun bila di kukus. Kalau nak apam naik tinggi sikit, guna loyang 8 inci utk adunan ni. 

Selamat Mencuba :-)

Tuesday, May 13, 2014

AYAM MASAK MERAH BEREMPAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Lauk yang simple2 je deh..mood nak masak dah kelautan hindi heheee..Ayam Masak Merah Berempah ni yana buat beberapa hari yang lepas..makan dengan nasi putih jee..Tq pada pada Kak Nor share resepi yang simple nii..Tambahan rempah ratus dalam ayam masak merah ni menjadikan rasanya ada sedikit berlainan..apa yang lain tu..hurmmm..yang tu uols kena cuba buat sendiri..baru tahu tapi yang pasti sedappppp ^__^



AYAM MASAK MERAH BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:-

1/2 ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

1/2 sudu kecil garam

bahan penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan blend:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia
1 btg serai

3 sudu besar cili mesin ~ kurangkan jika tak suka pedas
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
air asam jawa
sedikit air
garam dan gula
minyak

bahan2 sampingan:
2 bj cili hijau ~ dipotong 2
2 bj cili merah ~ dipotong 2
1bj tomato ~ dipotong 6
1 labu bawang besar ~ dipotong 6

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak tp jgn terlalu garing. 
    Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan cili mesin. Tumis hingga cili mesin menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
  3. Goreng lg hingga kering sedikit dan masukkan sedikit air, masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih (yg dah digaul dgn sedikit air panas hingga menjadi paste) serta sos tiram.
  5. Goreng hingga wangi dan garing baru lah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan 1/2 cawan air dan masukkan gula dan air asam jawa.
  7. Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
  8. Masukkan ayam dan bahan2 sampingan (cili hijau, cili merah, tomato dan bawang besar)
  9. Masak lah hingga kuah hampir pekat, angkat dan hidangkan.

Selamat Mencuba :-)

Sunday, May 11, 2014

BISKUT KACANG PEAS @ GREEN PEAS COOKIES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Tiba2 pulak teringin nak makan sekut kacang peas yang lemak2 gebus gitew ^__^..Bila dah teringin memang harus kena buat..kalau tak asyik duk teringat je..Yana buat 1 adunan dapat banyak jugak..seminggu baru abis~~

Tq pada AlongRoz untuk resepinya..menepati citarasa kami sekeluarga..InsyaAllah nanti jadi biskut raya plak..Jom layan resepi yang simple je niii~~~




BISKUT KACANG PEAS
Resepi : AlongRoz@HomeKreation

BAHAN-BAHAN:- ( 50 biji )
1 cawan tepung kacang peas
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula aising ~ yana kurangkan 1 sudu besar, xnk manis sgt
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
Minyak Mazola ~ anggaran dlm 1/2 cawan
1 biji telur kuning

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Gaulkan kesemua bahan2 kering sehingga sebati. Tuangkan minyak mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
  2. Bentukkan bulat2 seperti guli.
  3. Berus atasnyadgn kuning telur.
  4. Bakar pada suhu 180c selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Selamat Mencuba :-)

Friday, May 9, 2014

MEE KETAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Sebelum balik kampung hari tu yana dapat rezeki 2 ekor ketam dari abang..hurmm..2 ekor banyak gak tu sebab yana je makan..incik suami dgn anak2 tak boleh makan..alergik yang melampau dengan mr.krab nii hehee..

Malas nak makan dengan nasi, so yana cuba buat mee ketam sebab tak penah makan hokeyy ^__^..walllaaweyy..sedapppp mee ketam resepi Kak Nieza nii..ala2 mee bandung pun ada~ abih je semangkuk insaf kejap~~ makin bertambah lagi kolestrol dalam badan niii..xpe2 pahni dah nekad nak diet..hari ni kita abiskan dulu mee ketam yang sedapp nii :-P

Tq Kak Nieza share resepinya..tibe2 rindu pulak kat Kak Nieza yang dah lama cuti berblog..pe2pun semoga akak sentiasa sihat dan berada di bawah lindungaNYA..Amiinn~~ jom semak resepi ^__^



MEE METAM

BAHAN-BAHAN:-

300gm mee kuning
1/2kg ketam ( dibersihkan dan belah 2 )
8 biji cili merah ( mengikut kepedasan masing2 ) ~ Yana letak 2 sudu besar cili giling
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 tin tomato soup
1 liter air
1 biji telur ( dipukul sedikit ) ~ Nieza & yana tambah 2 biji telur yg tdk dipukul
2 kiub ayam
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
2 biji tomato dibelah 4
Daun bawang dipotong 1'
sedikit sayur sawi
1 batang carrot ~ dipotong nipis
Bawang goreng
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Cuci bersih ketam dan toskan
  2. Blend cili merah + bawang merah + bawang putih 
  3. Tumiskan bahan blend tadi dan masukkan soup tomato, kicap, sos tiram, sos tomato dan cili sos
  4. Masukkan air dan kiub ayam
  5. Bila kuah mendidih, masukkan telor dan kacau
  6. Kemudian masukkan ketam, tomato yang dibelah 4 tadi, carrot dan sayur sawi
  7. Rasakan kuah..boleh tambah garam jika perlu
  8. Tutup api..dan hidangkan bersama mee yang dicelur tadi
  9. Taburkan daun bawang yang dipotong dan bawang goreng sebagai hiasan


Selamat Mencuba :-)