Friday, May 31, 2013

APAM PISANG COKLAT URAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ^__^

Menu petang kami hari ini..apam Pisang Coklat Urai..projek nak abiskan pisang pemberian jiran.. Apam pisang nih memang sedap yer puan2..dah banyak kali yana buat..gebus dan lembut gitew..Makan gitu jew tanpa kelapa parut tetap sedap..jemput makan semua yer ^__^







APAM PISANG COKLAT URAI
Sumber cuci mata : Ct Zaliedana

BAHAN-BAHAN;-

5 biji pisang emas ~ klu pisang besar dlm 3 biji ( yana guna 3 biji pisang bunga )
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh esen pisang ~ yana guna esen vanila
secubit garam
70 ml minyak masak
1/2 cawan gula perang
2 biji telur ~ gred A
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh ovelatte
3 sudu besar coklat urai

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Panaskan kukusan. Balut tutup kukus dengan loyang. Sediakan acuan kecil atau loyang. Oleskan acuan atau loyang dengan sedikit minyak masak.
  2. Lenyek pisang hingga halus kemudian tambahkan esen pisang dan soda bikarbonat ~ ketepikan.
  3. Dalam bekas lain satukan tepung gandum, garam dan baking powder. Kemudian ayak ~ ketepikan.
  4. Dalam bekas lain, pukul telur, ovelatte, gula perang dan minyak.
  5. Pukul adunan sehingga pekat dan berkrim.
  6. Kemudian masukkan adunan pisang yang dilenyek tadi. Kacau sebati. Kemudian masukkan adunan tepung dan gaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan coklat urai dan gaul sempurna.
  8. Tuangkan adunan ke dalam acuan atau loyang.
  9. Kukus adunan selama 20 - minit jika menggunakan acuan kecil dan 45 minit jika menggunakan loyang.
  10. Keluarkan apam dari acuan setelah masak. Bolehlah di makan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Enak juga di makan begitu sahaja.
Selamat Mencuba :-)

Wednesday, May 29, 2013

BINGKA CORNFLAKES

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

~ Tengah2 malam buta baru boleh ngadap lappy..mata dah mengantuk tapi ditahan jua untuk mengupdate blog malam nih^^

Terus jer terjah Kuih Bingka Cornflakes resepi dari Kak Fida yang femes amos kat MyResepi ^__^.. Dah lupa bila yana buat..masa buat kuih nih ada tetamu datang rumah..sempat lah bagi dorang merasa..Alhamdulillah..semua cakap sedap ^^

Terima kasih Kak Fida sudi berkongsi lagi resepi bingka yang sedap..mintak halal yana letak kat sini pulak untuk rujukan yana dan kawan2 lain (^__^)  



BINGKA CORNFLAKES/EMPING JAGUNG
Sumber cuci mata : Kak Yatie @ Sinar Kehidupanku

BAHAN-BAHAN:- ( loyang 8 inc / 3 biji acuan pecah 8

150 gm cornflakes/emping jagung - dikisar halus
3/4 cawan tepung jagung ~ ayak
3 biji telur
1 1/2 cawan santan ( 200ml KARA + air )
1 1/2 cawan susu segar
1/3 cawan gula pasir
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar mentega - Kak Yatie & yana tambah
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla
sedikit pewarna kuning~ yana x letak
bijan

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Satukan kesemua bahan2 di dalam mangkuk dan kacau rata guna whisk hingga adunan sebati.
  2. Sapukan acuan dengan mentega/majerin/minyak di sekelilingnya dan panaskan sebentar dalam oven.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang disapu mentega tadi dan taburkan bijan dipermukaannya.
  4. Bakar pada suhu 170c selama 1 jam atau hingga kuih kelihatan garing.
  5. Sejukkan kuih, potong dan hidangkan.
tinggal yg ni je ler utk kami merasa..Alhamdulillah ^__^
Selamat Mencuba ;-)

Tuesday, May 28, 2013

RATATOUILLE MACARONI

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Alhamdulillah dapat lagi kita bersua di alam maya ini~~ Malam ni yana nak jamu mata semua dengan Ratatouille Macaroni yang tersangatlah lazatnya ditekak yana..Mesti semua pernah dengar Ratatouille kan..yana pun 1st time tahu pasal Ratatouille ni masa tgk muvi si tikus yang pandai masak..banyak kali jugak layan muvi tuh^^

Ratatouille Macaroni ni yana buat minggu lepas lagi..Dah lama berniat nak mencubanya lepas Kak MaDiHaA tayang tahun lepas tapi seru nak mengerjakannya belum sampai hihii~~~Akhirnya dapat jugak merasa keenakkan dan kelazatan Ratatouille ini walaupun takde lauk pauk kat dalamnya hanya sayur je ekkksss..licin dimakan yana dgn Damia (^__*)

Tq pada Kak MaDiHaA kerana rajin mengadaptasi resepi yang meveles nih dari cik allrecipes ^_^.. Memang sedap sangat..patut ler anak2 Kak MaDihaA makan licin tak bersisa ^^ Jom semak resepinya..budak tecik dah nangis..huhuuu..malam nih tak sempat nak BW..sory yer kawan2..esok malam pasti diterjah dapur kalian semua~~~~




RATATOUILLE MACARONI
Di adaptasi oleh : Kak MaDiHaA

BAHAN-BAHAN:-
2 cawan terung panjang yang didadu ~ rendam dalam air
2 cawan hirisan zucchini
2 sudu kecil garam
1 1/3 cawan makaroni
1 cawan bawang besar yang didadu
1 ulas bawang putih ~ dicincang
1 sudu besar minyak zaitun
2 biji tomato masak ~ didadu
2 sudu besar tomato puri ~ yana letak sos tomato
1 sudu kecik serbuk kasar oregano
1/2 sudu kecil basil kering
Serbuk lada sulah secukupnya
garam secukup rasa
Mozarella cheese secukupnya

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Terung ditoskan dan masukkan dalam bekas bersama2 dengan zucchini. Taburkan garam dan gaul rata. Biarkan 30 minit kemudian dicuci bersih dan tos.
  2. Makaroni direbus sehingga lembut dan tos.
  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih dan bawang besar. Biarkan sehingga layu. Masukkan terung dan zucchini dan 'saute' sehingga ianya menjadi lembut.
  4. Tambah buah tomato dadu, tomato puri, oregano, basil, lada sulah dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan makaroni yang direbus tadi dan kacau sehingga rata. Pastikan ianya secukup rasa kemudian tutupkan api.
  5. Panaskan oven suhu 170c. Sapukan butter disekeliling kaserol atau loyang yang sesuai. Masukkan bahan yang dimasak tadi. Kemudian taburkan dengan mozarella cheese secukupnya. Bakar sehingga nampak cheese cair sedikit. Kemudian bolehlah dihidangkan.
Hidangan ini memang menyihatkan kerana menggunakan banyak sayuran dan yang penting ianya sedappp!!

Selamat Mencuba ;-)

Sunday, May 26, 2013

STEW AYAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^___^

Menu yang sudah beberapa kali di ulang sejak ditayang oleh Kak Amie cayang..Stew Ayam..sekarang ni memang yana selalu mencari resepi yang simple untuk dimasak..Kesibukan melayan anak2 yang sedang membesar membataskan waktu untuk berlamaan di dapur so, kena masak yang simple tapi lazat gitew huhuuuu~~~

Terima kasih pada tuan empunya resepi Kak Maria Hakem yang suka berkongsi resepi sedap tapi simple dan senang nak menyediakannya..Terima kasih juga pada Kak Amie yang memanjangkan resepi Stew Ayam ni diblognya..sungguh tergoda yana melihatnya ^__^~~~ jom semak resepinya.. harus dicuba taw ^^


STEW AYAM
Resepi : Kak Maria Hakem
Sumber cuci mata : Kak Amie @ Amie's Little Kitchen

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ayam ( anggaran 1.5 kg ) - potong ikut citarasa
3 labu bawang besar ~ mayang kasar
4 biji tomato ~ belah 4 - lebih baik jika ada tomato chopped utk warna kuah yang lebih merah
1 sudu bawang besar kisar
1 sudu halia kisar
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1 sudu teh lada hitam biji ~ yana letak serbuk
bunga cengkih ~ pilihan
1 sudu makan serbuk cili
garam / gula / perasa pilihan
1/2 cawan minyak
3 tangkai daun ketumbar ~ hiris halus
7 biji cili padi ~ hiris nipis

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Masukkan ayam ke dalam periuk / kuali
  2. Tuangkan minyak ke atas ayam. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan bawang besar, tomato, kulit kayu manis, buah pelaga, bawang putih, halia, serbuk cili dan lada hitam biji.
  4. Kacau sehingga bawang besar serta tomato pecah dan daging ayam keluarkan air.
  5. Tutup periuk / kuali, tetapi pastikan kuah tidak menjadi kering dan api sentiasa perlahan.
  6. jika kuah terlalu kering sebelum daging ayam masak, boleh tambah sedikit air ~ kak Amie & yana tidak bubuh air
  7. Setelah daging ayam empuk, perasakan dengan garam/gula/perasa pilihan
  8. Masukkan hirisan daun ketumbar dan gaul rata.
  9. Tutup api
  10. Hidangkan bersama taburan hirisan cili padi
Ringkas dan mudah bukan cara penyediaannya ?
Menurut Kak Maria, ambil sejemput-sejemput je buah pelaga, lada hitam & cengkih. Jika ada tomato chopped, lebih baik sebab warna masakan menjadi merah cantik


Selamat Mencuba ;-)

Sunday, May 19, 2013

UDANG MAYO

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu simple kami hari ini..Udang Mayo resepi dari Kak Rohah..Rasanya dah 3 kali yana buat lepas Kak Rohah berkongsi resepi kegemarannya ini di dapur Tun..alaa masa Tun buat GA resepi kegemaran ari tu..GA yang kita kalah tuuu hohoho ^__*~~~

Tq Kak Rohah sudi berkongsi resepi ni..dah jadi feveret yana dengan damia pulak ^__^.. En.suami tolak tepi sebab dia alergik melampau dengan udang hihiii..Mintak halal ye kak, yana nak kongsi kat  sini pulak ^_____^


UDANG MAYO
Sumber cuci mata : Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-

600gm udang
1 labu bawang besar holland/merah ~ hiris
4 ulas bawang putih ~ cincang halus
2 tangkai cili hijau ~ hiris
2 inci halia ~ hiris halus memanjang
2 sudu besar mayonis
Sedikit serbuk kunyit ( sedikit je tau )
sedikit air ( sedikit je ye )
garam
gula
minyak masak untuk menumis
kubis bunga ~ yana tambah
carrot ~ yana tambah


CARA PENYEDIAAN:-
  1. Potong sedikit muncung dan bahagian ekor udang. Cuci dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar. bawang putih, halia dan cili hijau hingga naik aroma.
  3. Masukkan serbuk kunyit bersama udang. Kacau hingga udang berubah warna sedikit.
  4. Tuang sedikit air ( sikit je ). Masukkan mayonis dan gaul rata.
  5. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Matikan api dan hidangkan.
Nota: Udang tidak perlu dimasak terlalu lama


Selamat Mencuba ;-)