Wednesday, January 30, 2013

NASI KURMA & AYAM KURKAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Alhamdulillah..masih berkesempatan mengupdate blog walaupun agak sibuk dengan tugasan harian ^^.. Terima kasih pada mereka-mereka yang masih sudi berkunjung ke sini walaupun puan blog kejap ada kejap xde hihiii..

Kembali pada menu ^^..Nasi Kurma dan Ayam Kurkar..dah lama tersimpan rapi dalam folder..baru-baru ni jer baru teringat nak mencubanya selepas teringat kan resepi Ayam Kurkar..macam pelik jer nama resepi ni tapi sedap..ada kelainan bila rempah kari kawin dengan rempah kurma heheee.. Tq Ibundo untuk resepi nasi yang simple dan ayam yang mabeles nih..Insya Allah lain kali boleh buat lagi..Kali ni buat nasi berempah xde jelatah or acar sebab esbox dah empty..Kita godek2 je apa yang ada..huhuuu ^__^




NASI KURMA

1 ulas bawang besar ~ dihiris nipis
2 ulas putih ~ dihiris nipis
1/2 inci halia ~ dihirs nipis
2 sudu besar rempah kurma
rempah 4  sekawan secukupnya
sup nasi ayam secukupnya untuk menanak beras
2 sudu besar mentega

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan mentega. Tumis bawang dan rempah empat sekawan sehingga wangi dan perang. 
  2. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga masak.
  3. Tuang ke dalam periuk nasi yang telah berisi beras basmathi. Tambah air sup secukupnya ( yana ganti dgn kiub ayam jer ). Tambah garam jika perlu. Bundo tidak bubuh garam sebab sup dah cukup terasa garamnya. 


AYAM KURKAR

2 ekor ayam kampung ~ yana guna ayam xberapa nak kampung ^_^
santan dari 1 biji kelapa
3 biji kentang ~ potong 4
5 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah kari 
3 sudu besar pes tomato puri
2 sudu besar pes cili giling ( cili kering )
4 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih
1 inci halia ~ dihiris mancis
2 batang serai ~ dititik

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Masukkan rempah kurma, kari, pes tomato dan cili ke dalam mangkuk. Tambah sedikit air dan jadikan pes.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih dan halia sehingga wangi. Masukkan pes rempah dan serai titik. Tumis sehingga masak dan berbau harum wangi.
  3. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.
  4. Tambah santan. Apabila ayam setengah masak masukkan kentang,
  5. Masaklah sehingga ayam empuk dan kuah pekat. Jangan lupakan garamkan. Tak payah bubuh asam sebab tomato puri memang dah ada rasa masam.
Selamat Mencuba :-)

Friday, January 25, 2013

KARI LAKSA ALA CINA

Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat yang indah ^__^

Hari ni kena cepat2 setle kan keje umah..my laling nak blk ke kedah pulak^^..InsyaAllah petang ni kami bertolak..Isnin baru kembali ke Manjung..Sebelum memulakan tugas sebagai puan suri, mai kita jamu mata dulu dengan Kari Laksa Ala Cina..yana buat untuk lunch 2 ari lepas ^_*..

Lepas Tun tayang ari tu terus kepingin nak buat..tengok bahan2 pun xde lah susah sangat..semua ada kat dapur tapi masa p shoping bahan2 tambahan ada jugak yang terlupa nak beli :-( daun sup.. tengok pic pun macam xde keserian kan sebab xde kehijauan daun sup hehee..

Kita layan je lah Kari laksa yang sudah kehabisan nih..Tq Tun share resepinya..K.yana ingat nak cari jugak buku Chef Sarji tuh..suka jugak makanan cina^_^


KARI LAKSA ALA CINA
Resepi : Chef Sarji @ buku Resepi Ala Gerai Masakan Cina
Sumber cuci mata : Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-

BAHAN A
2 ketul leher ayam ~ yana guna 2 ketul kepak ayam
6 cawan air
1/2 cawan minyak masak ~ Tun & yana kurangkan dan gunaolive oil
2 cawan santan

BAHAN B
1/2 labu bawang besar
1 inci halia
1 batang serai
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering ~ Tun & yana guna 2 sb cili boh
1/4 cawan udang kering

BAHAN C
3 ekor udang ~ yana letak lebih
2 sudu makan isi kerang ~ yana xletak
3 biji bebola ikan ~ yana letak bebola sotong

BAHAN D
1 inci kulit kayu manis
1/2 cawan serbuk kari daging 
15 helai daun kari

BAHAN F
2 cawan laksa - rendam dlm air panas ~ yana guna spagetti
1 biji telur rebus
2 sb hirisan timun
1 biji tauhu pok ~ Tun & yana letak banyak
1 tangkai daun sup
1 sk bawang goreng

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B yg telah dikisar hingga harum dan kering
  2. Masukkan bahan D, ayam dan kacau
  3. Masukkan santan, tutup periuk dan kecilkan api. Masak 10 minit hingga santan pecah.
  4. Masukkan air, bahan C dan E. Masak selama 1/2 jam.~ Tun & Yana masukkan tauhu pok sekali.
  5. Masukkan bahan F dalam mangkuk dan tuangkan kuah.
  6. Tabur bawang goreng dan daun sup
Selamat Mencuba :-)

Thursday, January 24, 2013

KUIH CARA MANIS & SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul ^__^


Bekfast hari ni..Kuih Cara Manis jew ^_^..Jemput makan semua..sorry, hari ni puan dapur tak boleh nak singgah menyinggah lagi..banyak keje rumah nak disiapkan..kejap lagi nak keluar berfoya2 pulak bersama suami dan anak2 hihiii..InsyaAllah..malam nanti jika berkesempatan yana bw yer..Jumpa lagi ^^


KUIH CARA MANIS
Resepi : Kak Nannie
Sumber cuci mata : CMG

BAHAN-BAHAN:-
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa ( nak sedap guna yang fresh )
2 biji telur
3 helai daun pandan
beberapa titik pewarna hijau
gula pasir secukupnya, sebagai inti
garam secukup rasa ( bagi rasa lemak2 masin )
Sedikit minyak masak, untul lenser acuan

CARAPENYEDIAAN:-

  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. Tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara ( acuan kuih bahulu ) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pasa setiap ruang acuan ( guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya)
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung ( kole atau teko ) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih ( anggaran 1/3 camca teh ). Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kuih menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan...
Selamat Mencuba :-)

Wednesday, January 23, 2013

BAKED PASTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^___^..

Jom kita cuci mata dengan Baked Pasta hidangan beberapa hari sebelum berpindah..Ni kes nak habiskan mozarella cheese..makan pun dengan paksa rela huhuu..habis program diet ku *_*

Ekceli, Baked Pasta ni dah banyak di derhaka kan..mintak maaf banyak2 yer Kak Dj ^_^..banyak stok kehabisan kat rumah so, kita guna jer apa yang ada..janji sodap ^_*..InsyaAllah, lain kali yana cuba full resepi..xmau derhaka lagi hihii..Untuk resepi asal boleh ke dapur Kak Dayang..memang nampak sungguh mengiurkan..x percaya?!! sila klik SINI yer ^_^..




BAKED PASTA
Resepi Asal : Kak Dayang Jack
Sumber cuci mata : Kak Nor @ Secubit Garam

BAHAN-BAHAN ( utk 4-5 orang makan )

2 cawan makaroni
1 cawan pasta spiral ~ yana guna pasta fusili
100 g minced chicken
2 ulas bawang putih ( dicincang )
1 labu bawang besar ( dihiris dadu kecil )
1 tin kecil atau 230 g kacang panggang keju - yana xletak xde stok
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam
1/2 botol sos spagetti atau sos bolognese ~ yana xletak xde stok
1 sudu besar mentega
3 batang sosej ~ yana tambah

BAHAN SOS PUTIH

1 1/2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum ( dibancuh dengan sedikit air )
1 slice cheesedale
sedikit garam dan gula
lain-lain : keju parut dan oregano ~ yana guna keju mozarella

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Untuk Pasta : Rebus pasta bersama sedikit garam hingga lembut ala dente. Kemudian angkat dan toskan. Ketepikan
  2. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang2 hingga naik bau. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. Barulah masukkan sos spagetti. Gaulkan sebati.
  3. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula jika perlu. Akhir sekali masukkan pasta tadi dan gaul rata. Tutupkan api.
  4. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan sedikit dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalam dan ratakan. Kemudian ratakan pula dengan kacang panggang di atasnya.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : cairkan mentega di dalam sauce pan. Kemudian masukkan cheesedale. kacau hingga cair barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat.
  6. Tutupkan api dan tuang sos di atas pasta dan ratakan. Tabur keju parut dan oregano.
  7. Bakarlah selama 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160c.
**untuk sukatan dalam cawan, dyg menggunakan cawan metrik. Harap maklum.


Selamat Mencuba :-)

Thursday, January 17, 2013

NASI KUNING & AYAM MASAK HITAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

~ Kita terus jew layan menu minggu lepas ^_^..minggu lepas merupakan minggu abiskan stok barang2 dapur..semua harus clear sebelum kami meninggalkan rumah kecil yang banyak meninggalkan kenangan ^^..Ekceli, ketika ini yana tidak lagi bersiaran dari Kepala Batas Penang..Sekarang ni kami sekeluarga sudah bermaustatin di Seri Manjung Perak.. Alhamdulillah..Rezeki suami yana bersambung disini pula..

Lain kali je lah kita citer pasal penghijrahan nii ekk..kita semak dulu resepi Nasi Kuning mabeles dari Kak Amie cayang..Mula2 nak makan bersama sambal ikan tongkol macam Kak Amie tapi en.suami dan damia x nak makan ikan pulak..hmm..terpaksa lah ikut kemahuan mereka berdua yang nak makan Ayam Masak Hitam..memang feveret mereka berdua..best jugak bergandingan dgn nasi kuning ni..tambah pulak dgn jelatah campak2..makin best dan nikmat jer makan hihiii...

Tq Kak Amie untuk resepi Nasi Kuning yang sedap berlemak nii..rasa macam nasi lemak pun ada ^^.. Dan tq jugak pada Zai95 untuk resepi Ayam Masak Hitam..Mintak izin yana share kat sini pulak yer ^__^


NASI KUNING

5 pot rice cooker Prince of Rice
1 batang serai - dititik
3 cm halia - hiris halus
1 sudu teh serbuk kumyit
1 sudu teh garam
500 ml santan

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
  2. Masukkan santan bersama serai, halia, serbuk kunyit dan garam ke dalam kuali. Buka api dapur dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan beras dan kacau sekali sekala sehingga beras kembang dan mengering.
  4. Pindahkan beras dari kuali ke dalam periuk pengukus.
  5. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.

AYAM MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN:- ( 4-5 orang )

5-6 ketul ayam - dibersihkan, digaul garam dan kunyit. Kemudian goreng separuh masak
1 biji bawang besar - separuh dihiris dan separuh lg ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
5 sudu besar cili kisar ~ yana letak 3 sudu besar je
3 sudu besar kicap pekat masin ~ yana letak kicap masin je 1 sudu besar
5 sudu besar kicap pekat manis - agak2 lah klu kurang hitam tambah lagi
sedikit gula dan serbuk perasa ~ yana ltk kiub ayam
garam ~ yana xletak
minyak utk menumis
1 sudu teh jintan manis - yana guna serbuk
1 sudu teh lada hitam - yana guna serbuk
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
sedikit air

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Ayam dibersihkan, digaul dgn garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng separuh masak.
  2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang besar yang dihiris, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. 
  4. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi. Biar agak garing sikit kemudian masukkan cili kisar, jintan manis, lada hitam, kicap masin dan kicap manis. Biar hingga terbit minyak.
  5. Kemudian masukkan sedikit air, biar hingga mendidih. Masukkan sedikit garam, gula dan serbuk perasa. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masak hingga kuah agak pekat dan ayam empuk..siap 
Selamat Mencuba :-)