Wednesday, January 23, 2013

BAKED PASTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^___^..

Jom kita cuci mata dengan Baked Pasta hidangan beberapa hari sebelum berpindah..Ni kes nak habiskan mozarella cheese..makan pun dengan paksa rela huhuu..habis program diet ku *_*

Ekceli, Baked Pasta ni dah banyak di derhaka kan..mintak maaf banyak2 yer Kak Dj ^_^..banyak stok kehabisan kat rumah so, kita guna jer apa yang ada..janji sodap ^_*..InsyaAllah, lain kali yana cuba full resepi..xmau derhaka lagi hihii..Untuk resepi asal boleh ke dapur Kak Dayang..memang nampak sungguh mengiurkan..x percaya?!! sila klik SINI yer ^_^..




BAKED PASTA
Resepi Asal : Kak Dayang Jack
Sumber cuci mata : Kak Nor @ Secubit Garam

BAHAN-BAHAN ( utk 4-5 orang makan )

2 cawan makaroni
1 cawan pasta spiral ~ yana guna pasta fusili
100 g minced chicken
2 ulas bawang putih ( dicincang )
1 labu bawang besar ( dihiris dadu kecil )
1 tin kecil atau 230 g kacang panggang keju - yana xletak xde stok
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam
1/2 botol sos spagetti atau sos bolognese ~ yana xletak xde stok
1 sudu besar mentega
3 batang sosej ~ yana tambah

BAHAN SOS PUTIH

1 1/2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum ( dibancuh dengan sedikit air )
1 slice cheesedale
sedikit garam dan gula
lain-lain : keju parut dan oregano ~ yana guna keju mozarella

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Untuk Pasta : Rebus pasta bersama sedikit garam hingga lembut ala dente. Kemudian angkat dan toskan. Ketepikan
  2. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang2 hingga naik bau. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. Barulah masukkan sos spagetti. Gaulkan sebati.
  3. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula jika perlu. Akhir sekali masukkan pasta tadi dan gaul rata. Tutupkan api.
  4. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan sedikit dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalam dan ratakan. Kemudian ratakan pula dengan kacang panggang di atasnya.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : cairkan mentega di dalam sauce pan. Kemudian masukkan cheesedale. kacau hingga cair barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat.
  6. Tutupkan api dan tuang sos di atas pasta dan ratakan. Tabur keju parut dan oregano.
  7. Bakarlah selama 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160c.
**untuk sukatan dalam cawan, dyg menggunakan cawan metrik. Harap maklum.


Selamat Mencuba :-)

Thursday, January 17, 2013

NASI KUNING & AYAM MASAK HITAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

~ Kita terus jew layan menu minggu lepas ^_^..minggu lepas merupakan minggu abiskan stok barang2 dapur..semua harus clear sebelum kami meninggalkan rumah kecil yang banyak meninggalkan kenangan ^^..Ekceli, ketika ini yana tidak lagi bersiaran dari Kepala Batas Penang..Sekarang ni kami sekeluarga sudah bermaustatin di Seri Manjung Perak.. Alhamdulillah..Rezeki suami yana bersambung disini pula..

Lain kali je lah kita citer pasal penghijrahan nii ekk..kita semak dulu resepi Nasi Kuning mabeles dari Kak Amie cayang..Mula2 nak makan bersama sambal ikan tongkol macam Kak Amie tapi en.suami dan damia x nak makan ikan pulak..hmm..terpaksa lah ikut kemahuan mereka berdua yang nak makan Ayam Masak Hitam..memang feveret mereka berdua..best jugak bergandingan dgn nasi kuning ni..tambah pulak dgn jelatah campak2..makin best dan nikmat jer makan hihiii...

Tq Kak Amie untuk resepi Nasi Kuning yang sedap berlemak nii..rasa macam nasi lemak pun ada ^^.. Dan tq jugak pada Zai95 untuk resepi Ayam Masak Hitam..Mintak izin yana share kat sini pulak yer ^__^


NASI KUNING

5 pot rice cooker Prince of Rice
1 batang serai - dititik
3 cm halia - hiris halus
1 sudu teh serbuk kumyit
1 sudu teh garam
500 ml santan

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
  2. Masukkan santan bersama serai, halia, serbuk kunyit dan garam ke dalam kuali. Buka api dapur dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan beras dan kacau sekali sekala sehingga beras kembang dan mengering.
  4. Pindahkan beras dari kuali ke dalam periuk pengukus.
  5. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.

AYAM MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN:- ( 4-5 orang )

5-6 ketul ayam - dibersihkan, digaul garam dan kunyit. Kemudian goreng separuh masak
1 biji bawang besar - separuh dihiris dan separuh lg ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
5 sudu besar cili kisar ~ yana letak 3 sudu besar je
3 sudu besar kicap pekat masin ~ yana letak kicap masin je 1 sudu besar
5 sudu besar kicap pekat manis - agak2 lah klu kurang hitam tambah lagi
sedikit gula dan serbuk perasa ~ yana ltk kiub ayam
garam ~ yana xletak
minyak utk menumis
1 sudu teh jintan manis - yana guna serbuk
1 sudu teh lada hitam - yana guna serbuk
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
sedikit air

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Ayam dibersihkan, digaul dgn garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng separuh masak.
  2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang besar yang dihiris, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. 
  4. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi. Biar agak garing sikit kemudian masukkan cili kisar, jintan manis, lada hitam, kicap masin dan kicap manis. Biar hingga terbit minyak.
  5. Kemudian masukkan sedikit air, biar hingga mendidih. Masukkan sedikit garam, gula dan serbuk perasa. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masak hingga kuah agak pekat dan ayam empuk..siap 
Selamat Mencuba :-)

Thursday, January 10, 2013

MARBLE CHEESE BROWNIES

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Terima kasih pada semua yang masih sudi berkunjung ke dapur kecik yana yang makin slow jer skg nii..InsyaAllah jika berkesempatan yana akan berkunjung balas ^_*..Skg ni Yana agak sibuk dengan tugas harian yang makin bertambah..apa la yang di sibukkan sangat tu~ lain kali je lah yana citer ekk..

Pagi ni kita layan kek dulu..Marble Cheese Brownies ^_^..Tiba2 jer teringin nak makan kek ni..sebelum ni agak malas sikit nak buat kek yang ada krim cheese sebab my laling dgn cik puteri damia x suka sgt dgn krim cheese..Bagi dia makan, habis dibuangnya bahagian atas..dah lah cheese tu mahal sayang ooii huhuuu..pe2pun kita layan dulu kek yang comot je nii..

psstt~ 1st time yana buat kek Marble Cheese Brownies..lepas ni rasanya xtak nak buat dah sebab makan x hingat dunia..sedapp sangat ^__^


MARBLE CHEESE BROWNIES
Resepi : Jasmeenskitchen
Sumber cuci mata : Kak MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan Choc Cake

250g butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur B
1 1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt esen vanila

Lapisan Cheese
250g Cream Cheese
1 cawan gula kastor ( MaDiHaA letak 2/3 cawan ~ yana pun )
1 biji telur B
2 sudu kecil tepung jagung ( MaDiHaA tambah ~ yana tambah jgk )

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula ( guna whisk je ) sampai sebati.
  3. Kemudian campurkan dgn bancuhan butter tadi. Kacau sampai sebati.
  4. Masukkan susu cair > kacau lagi
  5. Masukkan tepung, BP & SB ( klu rajin ayak dulu ) - kacau sehingga sebati & masukkan esen vanila
  6. Panaskan oven 
  7. Alaskan loyang saiz 10x10x1inci dgn griss paper ( biarkan terjuntai sedikit )
  8. Masukkan bancuhan coklat ke dlm loyang. Tinggal 2-3 sdb & masukkan ke dalam plastik ( utk buat corak marble )
  9. Bakar selama 20 minit - guna api atas bawah
Sementara tunggu bahan choc masak sedikit, kita sediakan bahan cheese
>Pukul cream cheese sehingga gebu
>Masukkan gula > pukul lagi hingga sebati
>Masukkan telur & tepung jagung >pukul lagi hingga sebati

**Selepas 20 min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi..tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek..
**paipkan baki choc atas cheese & lorekkan ikut suka.
**Bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak ( guna api atas sahaja )
**siap ^__^

Selamat Mencuba :-)

Thursday, January 3, 2013

DURIAN GORENG

Assalamualaikum ^__^

Salam bersua kembali pada petang yang indah..Bumi Bertam sedang dibasahi hujan sejak dari pagi lagi.. bila dah hujan, perut asyik meminta di isi je huhuu..Meh kita layan Durian Goreng yang rangup lagi sedap nih..12 ulas licin sekelip mata je ^_*

Tq pada Kak Besah untuk resepinya..gebu jer batternya and masa goreng tuh minyak xde menyerap sangat.. Jom kita semak resepinya..mintak izin yana share kat sini pulak yer kak ^__^ ~~


DURIAN GORENG
Sumber cuci mata : Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-

10 ulas durian
7 sudu makan mumbung tepung gandum
1 sudu makan mumbung tepung beras
1 sudu makan mumbung gula pasir
1 biji telur besar
1 sudu teh rata garam
Minyak untuk menggoreng terendam
Sedikit serbuk kunyit ( yana tambah )

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Dalam mangkuk pukul telur dengan garfu hingga berbuih, campur secawan air serta bahan2 lain kecuali durian. Kacau sebati hingga menjadi batter yang pekat ( pekat sikit dr batter goreng pisang )
  2. Panaskan minyak, bila telah panas masukkan semua durian dalam batter, cedok satu persatu durian dgn sudu besar & masukkan ke dalam minyak. Pastikan seluruh ulas durian tu tertutup dgn tepung. Goreng hingga masak.
  3. Bolehlah dihidangkan..( kena tunggu sejuk baru bleh makan, kalau x bleh melecur lidah :-)
Selamat Mencuba :-)

NASI AYAM BUTTER & AYAM BBQ

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^______^

Entry pembuka tirai 2013 ^_^..Selamat Tahun Baru buat semua teman dan pengunjung yang sudi menyinggah ke dapur kecik yang makin slow jew skg nii ^__^...Kesibukan dengan tugas harian membataskan waktu untuk bersama cik lappy..Alhamdulillah pagi ni ada sedikit masa nak update blog..rindu betul nak menjenguk kengkawan dengan resepi2 baru..hmm..virus apa pulak yang sedang melanda kengkawan kita skg ni huhuuu....

Pagi yang indah ini kita jamu mata dulu dengan Nasi Ayam Butter dan Ayam BBQ..Menu ni hidangan untuk tahun baru..Hari ni baru dapat post kat sini ^_*..Nasi ayam resepi Kak Hana ni memang sedap..suka bau wangi masa menumis..untuk ayamnya, yana guna resepi Ayam BBQ dari minami133..xnak makan ayam goreng skg ni..kita bako jer hihiii.. Tq buat kedua2nya..mintak izin yana share kat sini pulak yer ^__^


NASI AYAM BUTTER
Resepi : Kak Hana
BAHAN-BAHAN:-

Untuk Nasi

3 cawan beras - basuh dan toskan
3 1/2 cawan air rebusan ayam - bergantung jenis beras
rempah tumis ( kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga )
1/2 biji bawang besar - dihiris
1 inci halia - diketuk
1 sudu serbuk pati ayam knorr
1 helai daun pandan - simpul
1 batang serai - ketuk
2 sudu besar butter
garam

CARA PENYEDIAAN :-

Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau. Masukkan bawang, halia..tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.



UNTUK SUP

1/2 ekor ayam size kecil - potong
1 sk serbuk @ kiub pati ayam
1 batang saderi - potong
2 inci halia - ketuk
Air secukupnya
Garam
Daun bawang dan bawang goreng

CARA PENYEDIAAN:-

Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan daun bawang goreng. Siap untuk hidangan sup.

UNTUK SOS MERAH

3-4 batang lada merah*
2 ulas bawang putih*
2 biji tomato*/bleh jgk guna tomato puri
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula

CARA PENYEDIAAN:-

Blend yang bertanda *. Masukkan dalam periuk/kuali dan masukkan sos, cuka, gula dan garam, Didihkan sehingga kuah agak2 pekat dan matikan api.

UNTUK SOS HITAM@KICAP

3 sudu besar kicap
1 sudu kecil madu
2 sudu besar air rebusan ayam

CARA PENYEDIAAN:-

Campurkan semua. Ketepikan.


AYAM BBQ

BAHAN-BAHAN ( 5-6 orang )

2 kg ayam
1 biji bawang besar ( kalau bawang tu bersaiz kecil guna 2 biji )
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam
1 cawan gula 

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar2, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. Kemudian bersih dan toskan ayam tersebut.
  2. Kisar semua bahan2 diatas sehingga hancur.
  3. Masukkan bahan2 kisar tersebut ke dalam bekas dan camourkan dengan ayam.
  4. Perap ayam tersebut 1 malam @ 2-3 malam di dalam peti ais. ( lagi lama perap lagi sedap )
  5. Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. 
Selamat Mencuba :-)