Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^
Terima kasih pada semua yang masih sudi berkunjung ke dapur kecik yana yang makin slow jer skg nii..InsyaAllah jika berkesempatan yana akan berkunjung balas ^_*..Skg ni Yana agak sibuk dengan tugas harian yang makin bertambah..apa la yang di sibukkan sangat tu~ lain kali je lah yana citer ekk..
Pagi ni kita layan kek dulu..Marble Cheese Brownies ^_^..Tiba2 jer teringin nak makan kek ni..sebelum ni agak malas sikit nak buat kek yang ada krim cheese sebab my laling dgn cik puteri damia x suka sgt dgn krim cheese..Bagi dia makan, habis dibuangnya bahagian atas..dah lah cheese tu mahal sayang ooii huhuuu..pe2pun kita layan dulu kek yang comot je nii..
psstt~ 1st time yana buat kek Marble Cheese Brownies..lepas ni rasanya xtak nak buat dah sebab makan x hingat dunia..sedapp sangat ^__^
psstt~ 1st time yana buat kek Marble Cheese Brownies..lepas ni rasanya xtak nak buat dah sebab makan x hingat dunia..sedapp sangat ^__^
MARBLE CHEESE BROWNIES
Resepi : Jasmeenskitchen
Sumber cuci mata : Kak MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan Choc Cake
250g butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur B
1 1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt esen vanila
Lapisan Cheese
250g Cream Cheese
1 cawan gula kastor ( MaDiHaA letak 2/3 cawan ~ yana pun )
1 biji telur B
2 sudu kecil tepung jagung ( MaDiHaA tambah ~ yana tambah jgk )
CARA PENYEDIAAN:-
- Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata.
- Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula ( guna whisk je ) sampai sebati.
- Kemudian campurkan dgn bancuhan butter tadi. Kacau sampai sebati.
- Masukkan susu cair > kacau lagi
- Masukkan tepung, BP & SB ( klu rajin ayak dulu ) - kacau sehingga sebati & masukkan esen vanila
- Panaskan oven
- Alaskan loyang saiz 10x10x1inci dgn griss paper ( biarkan terjuntai sedikit )
- Masukkan bancuhan coklat ke dlm loyang. Tinggal 2-3 sdb & masukkan ke dalam plastik ( utk buat corak marble )
- Bakar selama 20 minit - guna api atas bawah
Sementara tunggu bahan choc masak sedikit, kita sediakan bahan cheese
>Pukul cream cheese sehingga gebu
>Masukkan gula > pukul lagi hingga sebati
>Masukkan telur & tepung jagung >pukul lagi hingga sebati
**Selepas 20 min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi..tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek..
**paipkan baki choc atas cheese & lorekkan ikut suka.
**Bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak ( guna api atas sahaja )
**siap ^__^
Selamat Mencuba :-)









