Thursday, June 9, 2011

MUFFIN PANDAN~ dah berzaman tak buat :-)

Assalamualaikum..skali lagi n3 nak cepat..malam ni confem tak sempat nak pgg lappy..malas nk berebut dgn en.hb yg bz dgn keje dia..saje nak tayang muffin yg br je kuar dr oven..my baby dh mkn satu tadi..ibu tgu waktu bebuka br bleh mkn and test skali..tak tau la best ke tak tapi my baby mkn cam best jee hehee..ekceli dah lama tak memufin..rosak bahasa ku :)..so, ari ni saje buat nak tgk jadi ke tak..resultnya tak begitu menjadi.. tapi bleh la di mkn..nak bg org lain try xleh g coz xlulus g hikhik..dan ini bermkna kna byk blaja lagi.. walaupun tak begitu jadi tapi tetap nak tayang jgk kat sini bt tatapan diri sendiri..lepas ni kita buat lagi baik.. saje nak sedapkan ati hikhikk..Alamak! panjang plak bebelan ni..jap g nak buka pose..jom kita intai resepinyaa..yana amek resepi DI SINI..tq tuan empunya resepi..nnt singgahlah kat sana..mcm2 ada..yana mintak izin nak share kat sini plak yee..

MUFFIN PANDAN

mufin ke apam nii..;-)

BAHAN-BAHAN:-

200gm tepung gandum 
1 1/2 tsp baking powder 
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus 
120gm gula castor 
200ml santan kelapa (dalam kotak) 
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence

Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.( yana xletak pe pun..jgn ikut yana ek :-)


CARA NAK BUAT:-

1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.

2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalamsebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker. 

3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemuabahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).

4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya. 

5. Bakar selama 20minit.

SLAMAT MENCUBA :-)

Wednesday, June 8, 2011

MEE SUP TOMATO BERTELUR

Assalamualaikum..dah mkn tengah hari ke semua..yana baru lepas menjamu selera bekpes dan juga lunch hehee..kenyang la plak..jap g mesti cari bantal tumpang tido kat sebelah my baby yg baru je lena tuu..Tak mau bebel byk2..jom kita intai resepi mudah tapi best..bg yana best lah kot hehee..slalu je masak cani..Kejap je masak and bleh mkn..jom layann..:)



MEE SUP TOMATO BERTELUR

1 mangkuk mee
2 ulas bawang putih ( tumbuk kasar )
1/2 biji buah tomato ( potong dadu )
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar cili kisar/cili boh
1 biji telur
1 1/2 cawan air
carrot
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis

CARA NAK BUAT:-


  1. Tumiskan bawang putih, buah tomato dan cili kisar hingga sedikit garing. Kemudian masukkan sos tomato dan carrot. Kacau rata.
  2. Masukkan air dan kacau lagi. Rasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
  3. Masukkan mee dan kacau kejap. Kalau air kering bleh tambah lagi. Last, masukkan telur dan biarkan telur masak. Bleh tutup api dan hiaskan untuk dihidang..yana tabur dgn cili api..baru best mkn panas dan pedas..Slamat Mencuba :)

Tuesday, June 7, 2011

IKAN MASAK KICAP PEDAS BERKUAH

Assalamualaikum..betul2 nak cepat nii..Dah nak magrib..curi masa jap je..dah berapa hari xngedit blog sejak blk dari kg..byk keje nak setle..bz dgn si kecik yg makin membesar lagi..malas nak pgg lappy..jom je kita ke dapur..resepi nak cepat gak nii..campak2 jee hikhikk..layannn :)


IKAN MASAK KICAP PEDAS BERKUAH




BAHAN-BAHAN:-

3 ekor ikan selar ( goreng dulu )
2 ulas bawang putih ( tumbuk halus )
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
2 sudu besar cili kisar
6 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar cili sos
1 1/2 cawan air
1/2 labu bawang besar ( hiris bulat )
1 biji buah tomato ( potong 4 )
Garam
Gula
serbuk perasa

CARA NAK BUAT:-

  1. Tumiskan bawang putih, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. Bila dah naik bau masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak. 
  2. Masukkan ubi kentang dan gaul. Masak 5 minit baru masukkan air bersama kicap manis dan masin. Kacau lagi. 
  3. Masukkan cili sos dan rasakan bahan perasa. Masak hingga ubi kentang empuk dan masukkan ikan yang telah digoreng tadi, bawang besar dan buah tomato. Tutup api bila dah mendidih dan siap untuk  dihidangkan..Slamat mencuba :-)

Sunday, June 5, 2011

VIETNAMESE SPICY LEMONGRASS CHICKEN~i'm back!!

Assalamualaikum dan slamat kembali..rindunya kat blog nii..yana baru je blk dari percutian kat kg En.Hb kat Pendang Kedah..byk betul mkn kenduri..rasanya dh xlarat nak tgk gulai..kari..daging..dh jemu ari2 mkn kat kenduri..ari ni ingat tak nak masak tapi bila En.Hb ada kat umah kna lah masuk dapur walaupun badan kita still penat..sampai umah bkn bleh duk diam..byk kena buat..ari ni plak hujan..kain baju berbakul tak xcuci lg..hehee..Byk plak membebel..jom lah kita intai jap resepi spesel yang telah di C&P dari dapur Duniaku Kak Mas..Resepi asal dari dari Tulip77 maceh byk2 yee..mintak izin share kat cni plak..resepi ni simple je tapi best..ada rasa masam manis pedas..Jom je kita layaannnn..



VIETNAMESE SPICY LEMONGRASS CHICK




Bahan ( 5 org ) :
  • 3 keping isi ayam, potong saiz kecil2 * Yana ikut K.Mas & K.Izah goreng sebentar 
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 batang serai - ketuk
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • lada merah & lada hijau - dipotong menyerong

Cara memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga bertukar warna gelap. Masukkan ayam dan bawang.
  2. Lepas 5 minit masukkan serai dan lada. Perlahankan api dan masuk bahan2 lain dan gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air.
  3. Rasa dan adjust apa2 yg terkurang. Hidang panas2 dengan nasi putih.

Slamat Mencuba :)

Wednesday, June 1, 2011

KEK PISANG GEBU~slamat bercuti

Assalamualaikum..ari ni dah 1 Jun 2011..cepat masa berlalu..dan setengah tahun kita berada dlm tahun 2011.. yana tak mo citer panjang2 coz jap g nak kemas umah..petang ni InsyaAllah nak balik kampung hubby kat pendang..biasa lah cuti sekolah byk plak kendurinyaa..Tengah ari ni sempat masak lauk yg simple je..nak abis kan lauk yg ada dlm esbox..sblm tu kita tgk dulu resepi kek pisang gebu nii..yana buat pagi tadi..nak abiskan pisang berangan yg x brapa laku plak minggu nii..biasa 2 ari dah abis..k lah..jom kita semak jee..yana juz c&p resepi ni dari blog glamer kita Jintan Manis..mintak izin ye nak share kat sini plak.. resepi yg simple tapi best..layannn :)

KEK PISANG GEBU


BAHAN-BAHAN:-

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat 
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur






CARA NAK BUAT:-


1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam. 

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba


Slamat bercuti...;)