Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Pagi ni layan Kek Batik Empire dulu..Ekceli dah lama buatnya..bulan lepas lagi kot~~Sedap jugak kek batik ni kat tekak yana tapi anak2 tak berapa layan sangat..duk makan yang coklat tu je..yang ijo tu tinggal bagi ibu habiskan..huhuuu
Tq pada tuan empunya resepi..peminat kek batik boleh cuba resepi ni..ada kelainan dari kek batik biasa yang selalu dibuat..ala2 kek lumut sarawak pulak rasanya sebab letak horlick tu kot..wangi je bau masak kukus..okess..jom semak resepi ^_^
KEK BATIK EMPIRE
Resepi : Kongsi Resepi
Sumber cuci mata : Kak Fiza
BAHAN-BAHAN:-
200gm mentega
1/4 cawan gula halus ~ boleh kurangkan
4 biji telur B
1/4 cawan seri kaya
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan horlick
150gm biskut marie ~ dipatah 4
1 sudu besar serbuk koko + 1/2 sudu besar coklat emulco
Pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN:-
- Pukul mentega dan gula sampai kembang
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul kembang
- Masukkan serikaya, susu pekat manis dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati
- Masukkan tepung gandum, horlick dan gaul rata, Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan (serbuk koko + coklat emulco ) + 1/2 bahagian biskut marie yang telah dipatahkan. 1 bahagian lagi pewarna hijau + 1/2 bahagian biskut marie
- Sapu mentega pada dasar loyang/bekas acuan dan alaskan bekas acuan dengan kertas kek ( Kak Fiza lapik plastik )
- Masukkan adunan hijau. Ratakan keseluruh permukaan loyang. Goyang dan hentakkan loyang supaya adunan menjadi mampat
- Panaskan kukusan dan kukuslah menggunakan api sederhana hingga separuh masak.
- Kemudian tuangkan adunan warna coklat ke atas adunan warna hijau yang telah dikukus tadi. Ratakan. Goyang-goyang dan hentak loyang biar mampat
- Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus selama 1 jam atau sehingga masak
Selamat Mencuba :-)