Thursday, January 10, 2013

MARBLE CHEESE BROWNIES

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Terima kasih pada semua yang masih sudi berkunjung ke dapur kecik yana yang makin slow jer skg nii..InsyaAllah jika berkesempatan yana akan berkunjung balas ^_*..Skg ni Yana agak sibuk dengan tugas harian yang makin bertambah..apa la yang di sibukkan sangat tu~ lain kali je lah yana citer ekk..

Pagi ni kita layan kek dulu..Marble Cheese Brownies ^_^..Tiba2 jer teringin nak makan kek ni..sebelum ni agak malas sikit nak buat kek yang ada krim cheese sebab my laling dgn cik puteri damia x suka sgt dgn krim cheese..Bagi dia makan, habis dibuangnya bahagian atas..dah lah cheese tu mahal sayang ooii huhuuu..pe2pun kita layan dulu kek yang comot je nii..

psstt~ 1st time yana buat kek Marble Cheese Brownies..lepas ni rasanya xtak nak buat dah sebab makan x hingat dunia..sedapp sangat ^__^


MARBLE CHEESE BROWNIES
Resepi : Jasmeenskitchen
Sumber cuci mata : Kak MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan Choc Cake

250g butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur B
1 1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt esen vanila

Lapisan Cheese
250g Cream Cheese
1 cawan gula kastor ( MaDiHaA letak 2/3 cawan ~ yana pun )
1 biji telur B
2 sudu kecil tepung jagung ( MaDiHaA tambah ~ yana tambah jgk )

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula ( guna whisk je ) sampai sebati.
  3. Kemudian campurkan dgn bancuhan butter tadi. Kacau sampai sebati.
  4. Masukkan susu cair > kacau lagi
  5. Masukkan tepung, BP & SB ( klu rajin ayak dulu ) - kacau sehingga sebati & masukkan esen vanila
  6. Panaskan oven 
  7. Alaskan loyang saiz 10x10x1inci dgn griss paper ( biarkan terjuntai sedikit )
  8. Masukkan bancuhan coklat ke dlm loyang. Tinggal 2-3 sdb & masukkan ke dalam plastik ( utk buat corak marble )
  9. Bakar selama 20 minit - guna api atas bawah
Sementara tunggu bahan choc masak sedikit, kita sediakan bahan cheese
>Pukul cream cheese sehingga gebu
>Masukkan gula > pukul lagi hingga sebati
>Masukkan telur & tepung jagung >pukul lagi hingga sebati

**Selepas 20 min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi..tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek..
**paipkan baki choc atas cheese & lorekkan ikut suka.
**Bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak ( guna api atas sahaja )
**siap ^__^

Selamat Mencuba :-)

5 comments:

Chekgu Azrine said...

Adoiaii..pg2 dtg skodeng sini trs lapo!!

Amie said...

Yana cayang.... tahu dah memang sedap tuh! Kak Amie bawalah pulang seketul ye... nyum nymmm!!!

zila norazila said...

He hee yana kira lps nie dh tobat la nk buat..he hee x per yana tu x gemuk mana pun tau..yummy..

tun_telani said...

salam kak yana cayang... hahahaha.. bahaya tu xleh berenti makan :p tun penah try buat brownies ni, lupa dh resepi yg mana tun guna, tp resepi tu manis gler, mmmg rasa bersalah habis la bila duk mengunyah. hihi

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

hik hik... takut kan bila terlampau sedap mulalah mkn tak ingat dunia... hasilnya.. mulalah lemak tertempek2.. eheheheee... boleh yana kalau nak buat lagi... sila kecilkan sukatan jadikan setengah resepi ker.. or 1/3 resepi... hehehe.. ataupun.. buat masa kita adakan jamuan mkn2... jd takdelah kita je yg mkn sorang2...