Wednesday, September 26, 2012

CHICKEN POT PIE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Hari ni xde menu pantang..kita layan je Chicken Pot Pie yang dah berapa kali di ulang tayang..Chicken Pot pie ni bukan yana yang makan tau tapi untuk hubby dengan damia jer..Yana buat untuk bekpes..nak abiskan stok pastry puff yang dah hampir xpired..Inti pulak yana campak2 je apa yang ada dalam esbox..semua nak abiskan stok yang ada ^_*..

Layan je lah pic yang xmengancam nii..xsuka nengoknya..hummm..xpe lah janji bleh update jugak blog ni kan kan kan..^_^




CHICKEN POT PIE

BAHAN-BAHAN:-
150 g daging ayam, cincang halus
1 biji bawang besar ~ didadu
2 ulas bawang putih *
1/3 inci halia * (* tumbuk halus )
1/2 camca teh lada hitam biji ~ tumbuk halus ( yana xletak, abis stok )
2 helai bay leaf ( yana xletak, xde stok )
1/2 cawan susu sejat 
1/4 cawan air
Carrot 
keju Mozarella ( kali ni yana xletak xde stok )
Garam dan gula secukup rasa
Minyak zaitun utk menumis
5 keping pastry puff jenama kawan, bersaiz 4 inci x 4 inci, biar pd suhu bilik
Kuning telur, utk disapu
Bijan utk ditabur




CARA NAK BUAT:-
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar dan bay leaf hingga bawang layu. Tambah bawang putih + halia tumbuk tadi. Masukkan daging ayam, kacau rata. Tuang susu dan air serta lada hitam, kacau dan bila mendidih tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api, tak payah masak hingga kering. Sejukkan.
  2. Ambil sekeping puff pastry, tabur sedikit tepung pad meja kerja. Lenser ramekin tadi dengan sedikit mentega, alas ramekin tadi dengan sekeping puff pastry, tekan2 sedikit dan kemaskan.
  3. Isi dengan no.1 sebanyak 1/5 bahagian, kemudian kemaskan. Sapu kuning telur dan tabur bijan. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190c, selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sebelum dihidang..
Selamat Mencuba :-)

7 comments:

Kesuma Angsana said...

sedap2 tq share resepi kat sini ye

Nuwairani Ismail said...

aktif kak yana update blog rupanya..nani je yang ketinggalan...cantik bekas ramekin kak yana. ada bunga2 ros lagi...bekas ramekin yang nani beli setengah dozen tu tak tahu nak buat apa..mood masak2 pun ke laut dah.

tun_telani said...

Salam kak yana.. tun suka chicken pie!! tp jarang2 buat sbb malas nk uli pastry, kalau ada jual puff pastry camni kan senang.

Cheq Sue said...

kemain lama dah kiv resepi ni, entah bila nak jadi tak tahu... sama gak cam dak tun tu yana, malas nak uli pastry... kalu beli yang segera pulak bercinta nak habiskan...

NUR said...

Nama resepi mcm canggih. Tapi nampaknya macam SENANG je nak buat..

rahel said...

Rahel tengok ok jer pic ni...hehehe...takpe yang penting pot pie tu sedap..nak jugak..

izahdaut said...

xabis pantang lagi ke yana? heheh.. sabo saboo... sedap nampak ciken pot pie tuh.. tak penrah rasa lagi.. nak membuatnyer waduhhh nak kene cari pot comel2 dulu aa.