Wednesday, December 24, 2014

Bertabahlah........................................

Assalamualaikum.....

ALLAH SWT sedang menguji kita..bertabahlah...  


:-(

Tuesday, December 23, 2014

TELUR SAMBAL BUMBU BALI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Lauk lunch kami kelmarin..Telur Sambal Bumbu Bali..simple2 je..request dari cik princess tak nak makan chicken tak nak makan fish..today nak makan telur katanya..ibu ikut jee permintaan..Dah boring la tu asyik tengok ayam ikan je..resepi ni dah lama yana simpan lepas kak yatie tayang kat FB dulu~~~

Meh kita layan je la ekk..sedap jugak telur sambal bumbu bali ni..Makan dengan nasi lemak pun ok gak rasanya~~


TELUR SAMBAL BUMBU BALI
Sumber cuci mata : Kak Yatie @ Sinar Kehidupanku

BAHAN-BAHAN:- ( 4-5 orang )
  • 6 biji telur rebus - digoreng kekuningan dan kelar2 
  • 4 ulas bawang merah* 
  • 1 labu bwng besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 hiris halia*
  • 5 tangkai lada kering*(saya guna 2 sudu besar cili kisar je)
  • 3 tangkai lada merah*
  • 2 biji buah keras* ( kisar bahan2 bertanda *)
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 2-3 sb kicap manis
  • 2 sb hirisan gula melaka (atau secukup rasa)
  • 2 helai daun salam, 
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 jari lengkuas - diketuk
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya untuk kuah
  • minyak untuk menumis

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar halus, masukkan daun salam, daun limau dan lengkuas.Masak hingga garing.
  2. Masukkan santan, kicap, gula melaka dan garam secukup rasa dan kacau hingga rata. Tambah air jika ingin berkuah.Masak lagi hingga terbit minyak.
  3. Kecilkan api dan masukkan telur rebus, balik2kan dan masak hingga telur dan kuah mesra.
Selamat Mencuba :-)

" Saya mahu CANTIK dan SIHAT dengan VITAMIN E dan VITAMIN C. Jom dapatkannya dgn HARGA PROMO di Ummi Irfan.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Dah hampir seminggu dapat tag join GA ni..hari ni baru terkelam kabut nak buat entry..udahlah due datenya hari nii hihii..agak bizi sedikit sekarang..nak berBW pun tak sempat..update je blog terus sign out..sorry yer kengkawan semua..InsyaAllah ada kelapangan nanti yana singgah yer ^_^

Ok..jom ramai2 kita join GA dari Ummiirfan.com..Ejen Shaklee yang berjaya ni tau..syarat penyertaan pun senang je..anyone pengguna shaklee tu harus terjah blog nii..harga menarik sedang menanti anda..macam2 promosi ada sepanjang disember nii..Jom kite terjah :-)


Okess..DONE ^_^

Sunday, December 21, 2014

VANILLA CUPCAKES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Projek buat cupcakes dengan anak2..Dah lama janji nak buat kek bertemakan frozen nii..Ibu je tak berkesempatan nak layan permintaan anak..sory yer kakak..Dah berbulan2 kakak mintak ibu buat kek frozen baru sekarang ibu dapat buat..Pergi bakery semalam takde edible image saiz besar..ada saiz kecik ni je..Maka projek cupcakes je lah..

Vanila cupcakes ni feberet ibu tapi anak2 layan jugak sebab dah jadi kek frozen..Kalau tak jadi kek frozen gaya gini harus tak laku..Anak2 lagi suka kek coklat..yang tu laju je makan..memang kuat demam frozen ni kan..bila nak hilang pun tak tahu laa..Okess layan je la ekk..Cupcakes ni memang sedap sangat bagi yana.. Sudi2lah menerainya ^___^ ~~~peace ~~~



VANILLA CUPCAKES

BAHAN-BAHAN:-
3/4 cawan butter (6oz )
3 biji telur ~ suhu bilik
2 1/2 cawan all purpose flour ( saya guna tepung gandum )
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster ~ yana guna 1 cawan + 1 sudu besar je )
3 sk vanila ~ boleh lebihkan
1 1/4 cawan susu ~ Kak azie & yana guna buttermilk
2 1/2 sk baking powder

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan oven pada suhu 170c.
  2. Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder
  3. Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.
  4. Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15 - 18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak
  6. Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.

CREAM AISING

Resepi : Kak Nina @ Coratcoret Nina

BAHAN-BAHAN:-
1kg krimwell
1/2 kg gula icing

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Pukul krimwell hingga kembang
  2. Masukkan gula icing yang telah diayak dan pukul hingga rata
  3. Adun bersama colour ( oil base ) dan dah boleh ubah utk mendeco-deco
Selamat Mencuba :-)

Saturday, December 20, 2014

KEK PISANG LEMBAB

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Kek pisang untuk minum petang 2 hari yang lalu..Agak sedikit kecewa buat kek pisang ni sebab kejadiannya bukan seperti yang diimpikan ^__^..Biasa kalau buat kek pisang suka sangat tengok urat2 pisang yang timbul tapi kek kali ni kurang pula uratnya..tidak diketahui kenapa~~Tak pelah..janji sodap dimakan..Dah habis pun kek nii..sedap makan suam2 bersama teh o panas..wallaaaa~~~~


KEK PISANG LEMBAB

BAHAN-BAHAN:-
4 biji pisang emas ~ lecek ( Kak Azie guna 5 biji )
1 cawan gula kaster ~ yana guna 3/4 cawan
1 cawan minyak jagung
4 biji telur gred A

Bahan ayak:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk soda bicarbinat
1 sk baking powder

Bahan lain:
1 sb jus limau nipis ( Kak Azie & yana tak letak )
1 sk esen vanila

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan oven pada suhu 170c. Lenser mentega pada loyang. Ketepikan.
  2. Putar gula, telur dan minyak dalam anggaran 3 - 5 minit @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata
  3. Masukkan pula tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula
  4. Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 - 60 minit atau sehingga masak
NOTA: 
Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150c. Saya bakar selama 1 jam



Selamat Mencuba :-)

Friday, December 19, 2014

NASI SERAI & AYAM MASAK KARI KERING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Menu beberapa hari yang lalu..Nasi Serai dan Ayam Masak Kari Kering..Tetiba teringin nak makan nasi serai..dah lama tak buat tak makan..Rasanya dulu yana pernah buat versi nasi serai ala2 nasi lemak..Resepi dari kak Nor ni lain sikit..simple je..macam nak buat nasi minyak tapi kedua2nya sedap kat tekak kami sekeluarga ^_^

Untuk geng dengan nasi serai nii yana buat Ayam Masak Kari Kering..Cilok dari dapur Kak Nor jugak..Terima kasih ye kak share resepinya..Sedap sangat kari nii bergandingan dengan Nasi Serai yana yang ijo tu..saje tambah sedikit kaler ijo nak bagi ceria sikit baru selera anak2 nak makan~~~ Peace~~


NASI SERAI


BAHAN-BAHAN:-

2 cawan beras ~ k.nor & yana guna beras siam
1/2 labu bawang holland ~ didadu kecil
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
2 helai daun pandan
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 btg serai ~ dititik/ketuk
1/2 kiub pati ayam
garam
air secukupnya
2 sudu besar minyak sapi ~ k.nor & yana guna windmill

Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan serai.
Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
Masukkan kiub pati ayam dan garam.
Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.


* utk dptkan nasi yg lembut dan gebu, rendam kejap beras yg dah dibasuh bersih lebih kurang 10 - 15 min dan toskan. 



AYAM MASAK  KARI KERING

BAHAN-BAHAN:-


1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
sedikit garam dan serbuk kunyit
1 - 2 biji ubi kentang ~ dipotong


Goreng ubi kentang 1/2 masak ~ angkat dan toskan.
Kemudian goreng ayam 1/2 masak ~ biar lembut jer, tak perlu sampai garing.
Angkat dan toskan.
~~~~~~~~~~~
Bahan2 lain:
7 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 - 2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari ~ bancuh dgn sedikit air
2 tangkai daun kari
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
jus asam jawa
garam
gula ~ jika suka

Cara:
Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga garing,
Masukkan cili mesin. Goreng lagi.
Masukkan rempah kari dan goreng hingga sedikit kering.
Masukkan 1/4 cawan air dan juga daun kari. Masak hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ubi kentang, sos tiram, baki air, jus asam jawa, garam dan gula.
Kacau2 dan masukkan ayam.
Masak hingga ayam masak dan juga kuah pekat.
Angkat dan hidangkan panas2.


Selamat Mencuba :-)

Tuesday, December 16, 2014

CHEE CHEONG FUN & YONG TAU FU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Dah bertahun simpan resepi Yong Tau Fu finally buat jugak ^__^..Dah lama plan tapi asyik tangguh jee.. 2 3 hari lepas tengok ada yang tayang kat FB terus bersemangat nak buat maka jadilah Yong Tau Fu untuk dinner kami semalam..Tambah sedikit lagi kerajinan yana buat Chee Cheong Fun sekali..alaaa yang macam laksam tu..dulu2 yana panggil laksam jee..sekarang baru tahu namanya hehee..Okess kita layan je la ekk..dah tak tau nak bebel apa ^__^



CHEE CHEONG FUN
Sumber cuci mata : Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-
230ml air
70gm tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1/4 sudu garam
3 sudu besar minyak masak ~ yana & tun letak olive oil

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati
  2. Alaskan loyang dgn plastik bg memudahkan proses mengeluarkan dan menggulung nanti
  3. Sendukkan adunan ke dalam loyang, buat nipis je tau
  4. Kukus selama 5 minit
  5. Dah masak, bolehlah keluarkan plastik dr loyang dan gulung
  6. Potong2 dan boleh dihidangkan bersama yong tau fu atau sup

KUAH YONG TAU FU
Sumber cuci mata : Kak Ika & Tun Telani

BAHAN-BAHAN:- 5 - 6 orang

10 tangkai cili kering ~ yana & tun guna 3 sudu besar cili giling
Gula melaka atau kurozato ~ anggaran 3 atau 4 sudu besar gula melaka yg dh dihancurkan
Bijan goreng
Gula ( kalau kurang manis ) ~ lebih kurang 1/2 sudu besar ~ yana & tun x letak
1 sudu kecil garam
3 cm ~ bleng sekali dgn lada kering yg digoreng tadi
300ml air
1 sudu besar minyak 
1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 50ml air ~ optional
sedikit ajinomoto ~ yana & tun x letak
1 sk sos tiram ~ yana & tun tambah
1 sb kicap manis ~ yana & tun tambah

CARA PENYEDIAAN:-

    1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil
    2. Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air ~ Yana & tun skip yg ni, just tumis cili giling dan terus tambahkan air dan bahan2 lain
    3. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan
    4. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah
    5. Masukkan garam, ajinomoto dan gula ( jika gula melaka kurang manis )
    6. Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain2
* Untuk sup yana buat macam tun jugak ~ boil kiub ayam, halia dan sedikit garam. Celur bahan2 yong tau fu dalam sup ni juga ^_^

Selamat Mencuba :-)

Monday, December 15, 2014

AYAM SAMBAL HUTAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Menu lunch kami semalam..Ayam Sambal Hutan bukan Sambal Ayam Hutan yer ^_^..Usahlah ditanya kenapa namanya begitu sebab kita pun tak tau..Tau masak tau makan je huhuuu..Resepi ni dah lama yana simpan..sejak 2011 lagi kot and baru semalam sempat mencubanya..Biasalah kan keluar resepi baru terus lupa yang lama~~ 

Tq pada empunya resepi..Yana terskodeng kat dapur kak ayu singapore dan kopipes pulak kat dapur Kak Nor Terengganu..Okess jom semak resepinya ^_^



AYAM SAMBAL HUTAN

Resepi : Hjh Alijah Abdullah


Bahan2:-
1 ekor ayam dibuang kulit dan lemak, dipotong ikut suka
2cm lengkuas, dititik
2 batang serai, dititik
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan kisar:-
2 sudu makan penuh ketumbar biji
2 sudu teh penuh jintan halus
15 biji lada kering
12 biji bawang merah
8 biji bawang puith
2cm kunyit hidup

Cara:-
Gaul ayam yang telah dicuci bersih(Ayu cuci dgn air asam) dengan bahan kisar. 
Panaskan 1 senduk lauk minyak dan tumis serai & lengkuas hingga wangi. 
Masukkan ayam dan gaul rata. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau sehingga rata. 
Masak hingga ayam empuk dan kuahnya menjadi pekat. 
Taburkan gula dan garam secukup rasa. 
Enak disajikan dengan nasi atau roti.


Selamat Mencuba :-)

Sunday, December 14, 2014

PUDING COKLAT BERSOS KASTARD

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Selamat berhujung minggu semua..Hari ni uols breakfast apa yee..mesti yang best2 kan..Yana sefamily makan roti bakar jee..Sebelum tido semalam punya lah plan nak buat waffle laa..nak goreng bihun laa..tup tup lepas solat subuh tadi tertido la pulop..terjaga hampir pukul 8..Makanya terpaksalah berbreakfast dengan sesuatu yang pantas..Roti bako ^__^

Ok..Pembuka hari ini kita layan dulu dessert yang sangat sedap..Puding Coklat Bersos Kastard..Dah lama buatnya tak perasan belum jadikan entry hehee ^__^..Layan je laa noo..Cheq nak layan incik suami dan anak2 pulop ~~peace~~



PUDING COKLAT SOS KASTARD
Resepi: Kak Dayang Jack

BAHAN-BAHAN:- ( utk 5-7 org )

UNTUK PUDING COKLAT:

10 g serbuk agar-agar
500 ml susu segar + 250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar serbuk koko ( bancuh dgn sedikit air panas/suam )
1 sudu besar tepung kastard ( bancuh dgn 2 sudu besar air )
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla

UNTUK SOS KASTARD:

2 cawan susu segar/susu cair ( bokeh campur kedua2nya sekali )
2 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla

CARA NAK BUAT:-
  1. Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 air. Kemudian masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan.
  2. Setelah itu masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan.
  3. Tutupkan api. Tuangkan dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.
  4. Untuk Sos Kastard: Satukan kesemua bahan dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian dipanaskan dengan api kecil sehingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api dan tuang ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian hias dgn coklat urai jika suka
Selamat Mencuba :-)

Saturday, December 13, 2014

IKAN SIAKAP KUKUS ASAM BOI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu lunch kami semalam..Ikan Siakap Kukus Asam Boi..Dah lama tak makan ikan siakap..Pagi semalam pergi pasar and terus terkam siakap segar ni haa..Kalau yang segar macam ni memang sedap sangat kalau masak stim @ kukus gini..Okess moh layan je lah ekk~~~~


IKAN SIAKAP ASAM BOI

BAHAN-BAHAN:-

Ikan yang sesuai utk kukus ( siakap, kerapu etc )
1/2 biji bawang besar ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ ketuk
1 - 2 batang serai ~ hiris
1 inci halia ~ hiris memanjang halus
5 biji asam boi putih @ lebih
1/4 batang carrot ~ hiris memanjang halus
Tomato cherry @ biasa ~ belah 4
Daun ketumbar
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram ~ optional
Hirisan limau atau jusnya
Cili padi dan cili merah ~ ikut kepedasan masing2 ~ hiris@ketuk
Garam ~ jika perlu ~ tak letak sbb sos ikan dah masin
Tepung jagung + air sedikit ( jika ingin kuah pekat ) ~ hana & yana tak letak

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Rendam asam boi dgn panas ) air paras asam boi, jgn byk sgt ) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit
  2. Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan @ mangkuk tahan panas yang sesuai
  3. Susun @ tabur bahan2 lain ke atas ikan. Satukan dalam mangkuk kecik sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.
  4. Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali
  5. Kukus ikan selama 15 minit atau hingga masak
  6. Angkat dan hidangkan menabur daun ketumbar lagi sekali
Selamat Mencuba :-)

Friday, December 12, 2014

NASI LEMAK TUMIS RIANG RIA & AYAM ALA BALI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Alhamdulillah..bertemu lagi kita pada hari Jumaat penuh keberkatan..Terima kasih pada pengunjung DCK yang baru yang lama..Maaf sangat2 sbb puan tanah belum berkesempatan berkunjung balas..Everyday bizi memanjang..Update blog pun sepantas kilat..InsyaAllah ada kelapangan nanti yana akan segera menerjah anda semua :-)

Okess..pagi ni kita layan nasi lemak riang ria dulu yer..Kenapa riang ria yee sbb kita tambah kaler je hihii..nampak macam ceria je kan..sengaja buat nasi lemak kaler maler gini..selera anak2 nak makan..Sekarang ni musim anak2 susah nak makan nasi tapi kalau buat nasi kaler macam ni berselera tak hengat..huhuuu..ibu suka ibu suka ^_^

Resepi asal Nasi Lemak Tumis dari Kak Junjs Myresepi..Resepi yang pernah meletop jugak nih.. Ada sedikit kelainan cara nak masak nasi lemaknya..Nak tau apa rasanya..harus kena cuba yer..memang ada kelainan..Nasi lemak ni yana gandingkan dengan Ayam Ala Bali..Yang ni pun dah banyak kali yana buat..sedappp..mantop la plak bergandingan dengan nasi lemak tumis niii..Pe2pun tq pada kedua2 empunya resepi..Jom kita pakat tambah lemak ^__* ~~~peace ~~~~~


NASI LEMAK TUMIS

BAHAN-BAHAN:-

3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2  sudu besar halba
1 helai daun pandan
1 cm halia ~ hiris halus
1 batang serai ~ titik
2 biji bawang merah ~ hiris
garam secukup rasa
1 sudu besar minyak masak + 1 sudu besar minyak sapi

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan kedua2 minyak, tumis bawang dan halia hingga garing. Masukkan air dan santan. Kacau hingga pecah minyak
  2. Bila mendidih masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam
  3. Pastu masak seperti nasi lemak biasa
  4. Hidang bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis



AYAM ALA BALI

BAHAN-BAHAN:-

950 gm ayam yg telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 inci halia ~ dihiris
1/2 inci lengkuas ~ dihiris
2 batang serai ~ dihiris menyerong
2 - 3 helai daun limau purut ~ dimayang/dicarik2
serbuk kunyit
garam
Minyak untuk menggoreng

BAHAN2 KISAR ( kisar menggunakan food processor )
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing2 )

BAHAN2 A
2 tbsp ABC soy sauce
2 tbsp sos cili maggi
1 tsp perencah pati ayam Tumix
Gula merah secukupnya ~ boleh menggunakan gula melaka
Garam jika perlu

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak yang banyak. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak ( boleh juga menggunakan kuali dan minyak gorengan ayam tadi, tinggalkan sedikit minyak tu utk menumis ) dan tumis bahan2 kisar hingga terbit aromanya. Kemudian masukkan halia dan lengkuas. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi.
  3. Tambahkan bahan2 A dan gaul rata ( Yana tambah setengah cawan air masa ni ) setelah mendidih dan sedikit pekat bolehlah dimasukkan ayam gorengan tadi dan gaul rata.
  4. Masak seketika dan sesuaikan rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas

Selamat Mencuba :-)

Thursday, December 11, 2014

CHICKEN CHOP & BLACKPEPPER SAUCE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Dinner malam minggu yang lalu..Chicken Chop with blackpepper sauce..Dah lama tak layan menu western gini..Sesekali layan best jugak..Kali ni makan dengan fun fries je..Malas nak melenyek kentang hehee..Coleslow guna kubis pepel..yang putih takde..dadu carrot dengan bawang besar sikit..lepas tu gaul je dengan mayonis..perah lemon jus sikit..letak gula sikit..Gaul sebati..Nahhh jadi coleslow ^__^~~

Resepi blackpepper sauce ni pula antara feberet yana..suka sangat guna resepi nii..Selain makan dengan chicken chop boleh jugak buat sos bege dan sos pencicah..Meme sedaplah ^_^ ~~Okess jom layan..Snap pic atas meja makan teruss..Biasalah kalau dinner..Tak menyempat nk posing bagai dah..Big boss dah kelaparan..~~Peace~~ 





CHICKEN CHOP
Resepi : Kak Rohaisha
Sunber cuci mata: QH

BAHAN-BAHAN:-

3 bahagian peha/dada ayam ( 650gm+- ) ~ buang tulang
3 ulas bawang putih ~ kisar halus
6 inci halia ~ kisar halia
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar saus manis ABC
1 sudu kecil serbuk lada sulah/lada putih
garam

BAHAN SALUTAN:-
1 biji telur ~ kacau
2 sudu besar tepung gandum
100gm bread crumbs

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Bersihkan ayam dan gaulkan ayam bersama bahan kisar, sos tiram, saus manis, serbuk lada sulah dan garam. Masukkan dalam tupperware dan perap selama 3 jam dalam peti ais
  2. Setelah cukup masa memerap, gaulkan pula dengan tepung gandum
  3. Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau
  4. Ambil ayam dan celupkan dalam telur kemudian salut dengan bread crumbs. Buat satu persatu
  5. Goreng dengan api sederhana besar agar ayam masak sekata
BLACKPEPPER SAUCE
Sumber cuci mata : QH

BAHAN-BAHAN:-
2 sudu besar butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar ( potong dadu )
sebiji tomato ( potong dadu )
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar lada hitam ~ tumbuk halus * boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung (standby)

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Cairkan butter dengan api kecil
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik wangi
  4. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili ( amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati
  5. Tambah kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sangat, agak2 kecoklatan dah cukup nanti iak cantik bile dihidang apabila masak sos akan lebih likat dan hitam
  6. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
  7. Tambah sedikit gula dan garam secukup rasa
  8. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak
  9. Jika sos kurang likat masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak2 likat. Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  10. Boleh dihidangkan semasa panas..sedapp ^_^ 

    Wednesday, December 10, 2014

    MOIST MUFFIN PANDAN

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

    Selalu sangat buat muffin coklat..boring jugak kan..kali ni try buat muffin pandan..alahai semerbak wanginya..muffin ni yana buat wiken lepas..anak2 nak makan kek tapi ibu kemalasan nak keluarkan mixer so buat je muffin..just guna senduk  sambil tu boleh main masak2 dengan anak2..suruh dia ayak tepung pastu kacau sikit2..tabur badam..suka sangatlah kalau ibu bagi buat semua tu ^_^

    Hokey..jom semak resepinya..sedap tau muffin pandan nii~~~



    MOIST MUFFIN PANDAN

    BAHAN-BAHAN:-

    200gm tepung gandum
    1 1/2 sk baking powder
    1/2 sk soda bicarbonat
    1/2 sk garam
    120gm gula kaster 
    200ml santan ~ guna 100ml santan kotak + 100ml air
    100 minyak jagung
    2 biji telur
    1 sk pandan paste
    1/2 sk pandan essence
    Sedikit pewarna hijau
    Badam hiris atau apa yg disukai ~ tabur ~ yana letak badam cincang

    CARA PENYEDIAAN:-
    1. Panaskan oven pada suhu 190c. sediakan muffin cups
    2. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam. Masukkan gula dan kacau rata.
    3. Dalam mangkuk lain, satukan santan, minyak, telur, pandan paste, esen dan pewarna
    4. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau dengan menggunkana whisk sehingga sebati
    5. Tuang adunan dalam papercups. Tabur dengan badam
    6. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak

    Selamat Mencuba :-)

    Tuesday, December 9, 2014

    BAKED PASTA

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

    Projek nak habiskan ciss yang sudah hampir expired ^_^..selalu sangat jadi macam tu..kalau g shopping beli tak hingat..nampak je ciss terus amek..balik rumah simpan dalam esbox..mood ke laut..2 3 hari nak expired baru terpaksa merajinkan diri buat sesuatu pada ciss tersebut..udah lah mahei teman membelinya..tersangatlah rugi kalau tidak menggunakannya..pembaziran berlaku..perkara yang paling tidak disukai :(

    Untuk menghabiskan ciss dengan cepat buat aje baked pasta gini..letak ciss banyak2..bertambah sedapplah beliau..mula2 fikir nak buat piza tapi males pulak..mood menguli udah ke lautan pasifik..alahai males sungguh~~~

    Oklah pagi ni kita layan je baked pasta..dah bape kali ulang nii..harap jgn jemu ye.. kali ni yana buat apa je yang ada kat dapur..resepi ni sebagai panduan jee..suka hati kita lah nk letak apa pun..janji sodap dimakan hehee..layan ^_^ 



    BAKED PASTA
    Resepi : Kak Dayang Jack

    BAHAN-BAHAN ( utk 4-5 orang makan )

    2 cawan makaroni
    1 cawan pasta spiral 
    100 g minced chicken ~ yana ganti 2 keping daging bege + isi ayam 
    2 ulas bawang putih ( dicincang )
    1 labu bawang besar ( dihiris dadu kecil )
    1 tin kecil atau 230 g kacang panggang keju - yana xletak xde stok
    sedikit sos cili
    sedikit sos tomato
    sedikit garam
    1/2 botol sos spagetti atau sos bolognese
    1 sudu besar mentega
    3 batang sosej ~ yana tambah
    carrot ~ yana tambah
    saderi ~ yana tambah


    BAHAN SOS PUTIH

    1 1/2 cawan susu segar
    1 sudu besar mentega
    sedikit lada sulah
    2 sudu besar tepung gandum ( dibancuh dengan sedikit air )
    1 slice cheesedale ~ yana letak parutan cheedar cheese
    sedikit garam dan gula
    lain-lain : keju parut dan oregano ~ yana guna keju mozarella + cheedar

    CARA PENYEDIAAN :-
    1. Untuk Pasta : Rebus pasta bersama sedikit garam hingga lembut ala dente. Kemudian angkat dan toskan. Ketepikan
    2. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang2 hingga naik bau. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. Barulah masukkan sos spagetti. Gaulkan sebati.
    3. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula jika perlu. Akhir sekali masukkan pasta tadi dan gaul rata. Tutupkan api.
    4. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan sedikit dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalam dan ratakan. Kemudian ratakan pula dengan kacang panggang di atasnya.
    5. Sementara itu, untuk sos putih : cairkan mentega di dalam sauce pan. Kemudian masukkan cheesedale. kacau hingga cair barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat.
    6. Tutupkan api dan tuang sos di atas pasta dan ratakan. Tabur keju parut dan oregano.
    7. Bakarlah selama 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160c.
    **untuk sukatan dalam cawan, dyg menggunakan cawan metrik. Harap maklum.