Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^
Projek buat cupcakes dengan anak2..Dah lama janji nak buat kek bertemakan frozen nii..Ibu je tak berkesempatan nak layan permintaan anak..sory yer kakak..Dah berbulan2 kakak mintak ibu buat kek frozen baru sekarang ibu dapat buat..Pergi bakery semalam takde edible image saiz besar..ada saiz kecik ni je..Maka projek cupcakes je lah..
Vanila cupcakes ni feberet ibu tapi anak2 layan jugak sebab dah jadi kek frozen..Kalau tak jadi kek frozen gaya gini harus tak laku..Anak2 lagi suka kek coklat..yang tu laju je makan..memang kuat demam frozen ni kan..bila nak hilang pun tak tahu laa..Okess layan je la ekk..Cupcakes ni memang sedap sangat bagi yana.. Sudi2lah menerainya ^___^ ~~~peace ~~~
VANILLA CUPCAKES
Resepi : Kak Azie @ Azie Kitchen
BAHAN-BAHAN:-
3/4 cawan butter (6oz )
3 biji telur ~ suhu bilik
2 1/2 cawan all purpose flour ( saya guna tepung gandum )
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster ~ yana guna 1 cawan + 1 sudu besar je )
3 sk vanila ~ boleh lebihkan
1 1/4 cawan susu ~ Kak azie & yana guna buttermilk
2 1/2 sk baking powder
CARA PENYEDIAAN:-
- Panaskan oven pada suhu 170c.
- Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder
- Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.
- Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15 - 18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak
- Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.
CREAM AISING
Resepi : Kak Nina @ Coratcoret Nina
BAHAN-BAHAN:-
1kg krimwell
1/2 kg gula icing
CARA PENYEDIAAN:-
- Pukul krimwell hingga kembang
- Masukkan gula icing yang telah diayak dan pukul hingga rata
- Adun bersama colour ( oil base ) dan dah boleh ubah utk mendeco-deco
Selamat Mencuba :-)
Cantik tu..
ReplyDeleteanak cheq da pun mintak gak tp masa jea xde
Comel sgt nampaknya dgn gambar frozen tu..pasti anak2 suka kan :)
ReplyDeletesalam singgah..
ReplyDeletecomelnya...saya ni dah lama nak buat kek guna gambar frozen tapi asyik habis jer kat bakeri... kata dia orang hot item..huhuhu
Kakak kalau tengok Yana buat apa pun resepi memang menjadi. Yg ni cantik dipandang mata. Macam sayang nak gigit hihi...
ReplyDeleteSemalam kakak dah buat nasi serai macam Yana buat tu tau. Memang sedap. Abang dgn anak-anak pun suka:)
comeinyer
ReplyDeletesavannah cat for sale
ReplyDeletesavannah kitten
f1 savannah cat for sale
savannah cat price
savannah cats for sale
savannah kittens for sale,
serval cat for sale, savannah cat for sale, savannah cats for sale, f1 savannah cat for sale, serval cat
for sale, exotic cats for sale, f1 savannah cat, f4 savannah cat, cats for sale, savannah cats, Serval
kittens for sale, savannah kittens for sale near me, savannah cats for sale near me, bengal kittens for
sale, bengal kittens for sale near me.