Thursday, May 17, 2012

CHICKEN POT PIE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..bersua lagi kita di alam maya..Lambat dapat beronline hari ni..lepas sahur and solat subuh tadi sambung buat kerja rumah tangga..dah setle semua baru terasa badan ni dah penat sangat..terlebih buat keje kot..kononnya nak relax jap atas tilam empuk..tanpa disedari terlena jua diri ini ^_^

Okeylah, citer pasal menu dinner semalam..Chicken Pot Pie..buat nak abiskan pastry puff yg dh lama bertapa dlm esbox..lepas ni kita cari stok baru pulak ^_^..pastry puff ni mmg slalu kena ada dlm esbox..keje senang kot2 ada tetamu nak dtg umah..mcm2 boleh buat dgn pastry ni juz kena godek2 inti jer..En.hubby dgn Damia mmg suka sgt kalau dpt makan yang suam2 gitew..rangup jer bila gigit ^_^..Simple resepi ni yana terskodeng kat umah sifu CMG..suka sangat tgk kreativiti CMG buat dgn pastry puff..mcm2 bentuk ada kat dapur beliau..Kali ni kita layan dulu Chicken Pot Pie..nak tgk cara buat? sila tekan SINI yer..yana xde kerajinan nak snap pic byk2 hihii..


CHICKEN POT PIE

BAHAN-BAHAN:-

150 g daging ayam, cincang halus
1 biji bawang besar ~ didadu
2 ulas bawang putih *
1/3 inci halia * (* tumbuk halus )
1/2 camca teh lada hitam biji ~ tumbuk halus ( yana xletak, abis stok )
2 helai bay leaf ( yana xletak, xde stok )
1/2 cawan susu sejat 
1/4 cawan air
Carrot ( yana tambah )
Mozarella cheese ( yana tambah )
Garam dan gula secukup rasa
Minyak zaitun utk menumis
5 keping pastry puff jenama kawan, bersaiz 4 inci x 4 inci, biar pd suhu bilik
Kuning telur, utk disapu
Bijan utk ditabur


CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar dan bay leaf hingga bawang layu. Tambah bawang putih + halia tumbuk tadi. Masukkan daging ayam, kacau rata. Tuang susu dan air serta lada hitam, kacau dan bila mendidih tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api, tak payah masak hingga kering. Sejukkan.
  2. Ambil sekeping puff pastry, tabur sedikit tepung pad meja kerja. Lenser ramekin tadi dengan sedikit mentega, alas ramekin tadi dengan sekeping puff pastry, tekan2 sedikit dan kemaskan.
  3. Isi dengan no.1 sebanyak 1/5 bahagian, kemudian kemaskan. Sapu kuning telur dan tabur bijan. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190c, selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sebelum dihidang..
Selamat Mencuba :-)

10 comments:

  1. sedap ni yana.. akak suka! tp nak mengerjakan tu ada sikit malas terutama nak sediakan intinya tu... nak kena betul2 bersedia baru menjadi ni.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Wah yana nih kalo mkn time suam2 tuh mmg sedap rangup2 kan..Mmg betoi yana puff nih penyelamat kalo da tetamu mngejut,tapi inti pon kna da juga lagilah cepat kan,hehe..

    ReplyDelete
  3. Nangis kejab..huwaaa yana dh buat pun..akk huhuhu nan ado....dr sehari ke sehari nk buat tp alahai.... Malaslh cite hihihihi...
    Bak mai semangkuk hehehe...

    ReplyDelete
  4. sedih sedih.. kat sini xde puff pastry tuh =(

    ReplyDelete
  5. bestnya yana ,dlm esbok ada puff pastry duk membeku sbb beli hat besaq tak best

    ReplyDelete
  6. Assalam yana, sedapnya, akk tak pernah beli kulit pstry, hehhe ada kulit popia pun dok kejung je huhu, bila nampak umah yana ni terliur juga nak rasa.

    Selamat berpuasa Yana.

    Akk ore Tanah merah, felda kemehe heheh

    ReplyDelete
  7. Wee..sedapna...chicken pot pie...ambo lapar ..

    ReplyDelete
  8. benda yaang paling nani suka kat sini adalah bekas ramekin yang cantik tu! wah! nak jugak! heheh.. dah lama tak buat pie.

    ReplyDelete
  9. nampak sedap ni...akak dok sini susah nk beli pastry puff segera sebab tak halal.

    ReplyDelete
  10. Salam Yana,
    Macam tau tau pulak akak tak sarapan lagi, nak seketul, nampak sedap ni...akak suka sgt apa pun yg dibuat dr pastry....

    ReplyDelete