Assalamualaikum dan salam hari Jumaat penghulu segala hari..tak tahu nak membebel apa pagi nii..tibe pulak xde idea..jom je lah kita layan menu simple lagi ringkas ini..banyak bahan dah berkurangan dalam peti besi yg sejuk itu..tadi juz bekpes dgn ni and dibawa pula ke lunch ^_^..yana suka sangat pasta kalau digoreng tomyam..rasa pedas and extra masamnya buat makin berselera tapi lepas makan bersiap sedia lah garu mata garu hidung..yana ni sebenarnya alergic dgn cik udang serta kawan2 dia yg dikenali sebagai seafood itu tapi hati meronta2 jugak nak mkn so, sabo je lah..sendiri cari penyakit kan ^_^
PASTA LINGUINE GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN:-
200 gm pasta ( yana guna jenis linguine~ anggaran ajer )
2 ulas bawang putih ( dicincang )
1 labu bawang besar ( dicincang )
1 batang serai dititik
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
6-7 ekor udang sederhana besar
1/2 kiub tomyam maggi
1 biji tomato ( didadu )
2 helai daun limau purut
4 biji cili api ( potong serong ~ nk pedas bleh tambah lagi )
Garam & gula
Limau kasturi - ambil jus
Minyak zaitun utk menumis
CARA NAK BUAT:-
- Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih, bawang merah, tomato serta serai hingga tomato lembut. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
- Masukkan cili padi, kiub tomyam dan daun limau purut. Kacau lagi dan masak hingga kesemua bahan garing.
- Masukkan udang dan tambah sedikit air. Kacau kejap dan bolehlah dimasukkan pasta linguine.Gaul biar semua bahan rata. Perasakan dengan bahan garam dan gula. Gaul lagi.
- Ok siap..boleh tutup api..sebelum makan jgn lupa perah jus limau kasturi jika suka..
Selamat Mencuba :-)
Salam yana..sedapnya!K.atie nak tumpang bekpes kat sini larrrr
ReplyDeleteSilalh copy..ilmu kita kongsikn bersama...
memang sedap pasta goreng mcm ni.kt rumah nani mmg sentiasa ada stok pasta. bila2 masa nak makan, boleh buat je. kalau mee kuning tu takleh nk simpan lama2.
ReplyDeleteyummy~tengok gambar pun dah telan air liur.kalau dapat depan mata, terus ngap ni :))
ReplyDeletenanti nak try lah resepi ni:))
Waduh...waduh..skali dia tayang pasta rasa tomyam lah...sedapnya yana
ReplyDeletesedapnya pasta....
ReplyDeleteada pulak limau...aduh, aduh...
Wah yana sedap tuh..Ct xpernah g wat pasta goreng tomyam,kalo aglio ke goreng pedas2 besa tuh pernah lah,menarik gak wat goreng tomyam kan,nnti2 leh juga try..
ReplyDeleteakk tak pernah try lg pasta grg tomyam cmni...
ReplyDeletekak yana.. sama laa kita... tun pun gatal2 jugak biasanya.. tp kalau sambal udang tuu, mmg tun xtahan tengok, kompom terjah jua. duk bintulu ni, alhamdulillah ok pulak. udang fresh agaknya. tp kalau udang galah n ketam tu mmg xleh makan sikit pun. blh sesak napas jadinya..
ReplyDeletetun dh lama x beli pasta. sejak dua menjak diet nih, kurangkan nasi n mee.. (roti tu rajin pulak buat, xde makna diet kan.. kui kui)
Yana sayangggg...
ReplyDeletetak sabar nak perah jus limau kasturi tu...Allah! Sedapnya kalau tambah kepedasannya... meleleh!
bestnyer kalau ada perisa tomyam ni memang akak suka..sejak dok sini tak jumpa mee kuning memang layan pasta jer la.
ReplyDeleteyummyyy..suka pasta jenis ni tapi tak tau nama..hehehhe..masak tomyam pun boleh ye..bagus2
ReplyDelete