Thursday, January 29, 2015

IKAN MASAK PESMOL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Dah lama rasanya tak update blog time malam2 gini..Malam ni anak2 tido awal..incik lalink pulak ot sampai ke esok..boring la pulak..Nak baca novel pun takde mood..Sambil tunggu kek yang sedang bersauna kat dapur tu boleh lah siapkan satu n3..pastu jalan2 umah kengkawan pulak cari idea resepi untuk esok~~~

Ikan Masak Pesmol juadah lunch dan dinner kami sefamily hari ni..Dah banyak kali yana buat..Anak2 suka sangat..Pernah buat guna ikan kembung pastu siakap..kali ni yana buat dengan ikan selar pulak..sedap jugak..Ikan Pesmol ni rasa macam percik pun ada..rendang pun ada..hurmm..tak tau lah nak cakap macam mana..kalau nak tahu kena cuba buat sendiri lah yer heheee..Jom semak resepinya ^_^


IKAN MASAK PESMOL
Resepi asal : Chef Wan
Sumber : Kak Nur

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ikan siakap dibersihkan
garam, lada hitam yg baru dikisar
1 batang serai ~ dititik
2 cm lengkuas ~ dititik
10 tangkai cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam ( MaDiHaA & yana x letak )
2 cawan santan pekat ~ yana guna susu cair
Air perahan daripada 1 biji limau nipis
gula
buah tomato ~ belah 4 ( yana tambah )

BAHAN KISAR

5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2.5 cm halia

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Lumurkan ikan dengan garam dan lada hitam. Goreng ikan dengan minyak yang penuh sehingga garing.
  2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
  3. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut dan daun salam. Kacau rata-rata.
  4. Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula.
  5. Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.
Selamat Mencuba :-)

4 comments:

  1. buat telan air liur menu akak tu..hehe..kak yana memang best la, pandai masak macam2..kalau wana ni x berapa pandai sangat..baking boleh la..huhu..

    ReplyDelete
  2. Yana... ikan pesmol tu nampak cantik, kuahnya pekat memikat!

    ReplyDelete
  3. Owhh kena letak buah keras ..ptt kuahnye sedikit pekat kn.insyaallh nnt akk nk try jgk lh,

    ReplyDelete