Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^
Pagi2 kita tayang muffin yang tersangatlah yana suka..kalah anak2 hihii..Memang best sangat muffin nii..lepas satu satu masuk dalam mulut ni haaa..tak perasan sudah 3 biji ku telan..ahakss ^__^.
Tq pada Rahel & Kak Izah share resepinya..Resepi asal dari Chef Noraini Zakaria..Kepada peminat cheese disarankan mencuba muffin keju ni tau..pasti uols suka..Masa duk dalam oven lagi sudah tidak tertahan mahu merasainya..bau cheddar cheese yang harum mewangi alahaiii memang menggoda nafsu makan hehee..okess, jom semak resepinya ~~
MUFFIN KEJU
Resepi : Chef Noraini Zakaria
Sumber cuci mata : Rahel & Izah Muffin Lover
BAHAN-BAHAN:-
250 g tepung gandum
150 g minyak masak ~ yana guna minyak canola
150 g susu segar kotak ~ yana guna buttermilk
70 g keju cheddar ~ diparut
50 g keju cheddar ~ diparut utk hiasan
150 g gula kastor
13 g serbuk penaik
1 sk garam
2 biji telur B ~ dipukul
Jika tidak menggunakan buttermilk siap dibeli, boleh dibuat sendiri dengan 1 cawan susu segar berkrim ditambah dengan 1 sudu besar cuka/lemon jus. Biarkan dalam 5 minit supaya menjadi seperti yogurt. Makin berkrim n lemak susu segar tu makin cepat cepat n cantik kejadian buttermilk.
CARA PENYEDIAAN:-
- satukan minyak, susu segar, gula kastor, garam dan telur dalam mangkuk adunan. Kacau hingga sebati
- Ayak tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi, Masukkan 70 g keju cheddar.
- Tuangkan adunan cecair ke dalam tepung tadi. Gaul dengan senduk hingga sebati tetapi masih nampak berketul dan berat. Terlebih gaul ( overmixing ) akan menyebabkan mufin mengeras.
- Panaskan ketuhar pada suhu 200c selama 15 minit. Tuangkan adunan kedalam cawan muffin sehingga 3/4 penuh. Tabur keju cheddar untuk hiasan. Bakar selama 20 minit hingga mufin masak
Selamat Mencuba :-)
Fuh, baru tengok gambar pun susah terliur..sedap ni..sya chez lover..heheh..
ReplyDeletePunyalah gebu muffin Yana ni. Manalah tak habis 3 biji sekali makan:)
ReplyDeletezzzzz2018.8.15golden goose shoes
ReplyDeletesalomom shoes
ugg boots clearance
christian louboutin shoes
fitflops sale clearance
nike shoes
huaraches
nike factory
prada shoes
coach outlet