Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^
Alhamdulillah..dapat jugak hapdate blog hari nii..kebizian melanda beberapa hari yang lalu.. tak sempat nak jenguk blog sendiri dan blog kengkawan..InsyaAllah hari ni mahu merempit ke dapur kengkawan..harus sudah terlepas resepi yang best2 nii ^__^
Okess, pagi ni kita jamu mata dulu dengan kuih lopes..antara kuih kegemaran yana..sekarang ni dah jadi kegemaran anak2 pulak..suka sangat tengok dorang makan sambil cicah air gula..sedapp katanya ~~
KUIH LOPES
Resepi : tulipp77 @ MyResepi
BAHAN-BAHAN:-
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan ( dikisar )
1 sudu kecil air kapur
1/2 sudu kecil garam
beberapa titik pewarna
kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam
**air gula**
3 ketul gula melaka
5 sudu besar gula
3 cawan air
CARA PENYEDIAAN:-
- Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air selama 3 jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20 minit. Lepas tu masukkan santan & air pandan. Kukus lagi selama 30 minit.
- Alas bekas 4 segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
- Semasa kukus pulut, boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk, bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
- **air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar boleh lebihkan kurangkan gula.
Selamat Mencuba :-)
emmm..sedapnya, rasa nak masak lak ptg nie...
ReplyDeletewah, sedap makan ni yana..
ReplyDeletezzzzz2018.8.15
ReplyDeletecoach factory outlet
basket nike
supreme clothing
true religion jeans
ultra boost 3.0
moncler outlet
supreme clothing
moncler outlet
tory burch handbags
pandora