Wednesday, February 26, 2014

MUFFIN YOGURT..TERBAEEKKK SEDAAPP!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Muffin yogurt ni yana buat utk minum petang beberapa hari yang lalu ^_^..ini antara muffin yg the best dlm senarai yana..dah banyak kali buat anak2 tetap tak puas makan..ibu dan ayah pun sama..lepas satu2 masuk mulut..sedapp sangat..memang terasa kegebuannyaa :-)

Kita semak resepi je la ekk..skg ni takleh nak bebel panjang lebar..mahu sepantas kilat nak update post nii~ bizi memanjang ^__^ ~ takpe laa janji blogku terus hidup.. jom cuci mata :-P







MUFFIN YOGURT
Sumber cuci mata : Izah Muffin Lover

BAHAN-BAHAN

(menghasilkan 10 biji muffin )

120 gm tepung
70 gm gula kastor
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
150 gm plain yogurt @ yogurt berperisa
1 biji telur
50 gm minyak sayuran
1 tsp esen vanila

Filling pilihan masing2:
coklat chip, kismis, oreo, filling coklat, blueberry, strawberry

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan oven ke 180c
  2. Campurkan sebati semua bahan kering dalam mangkuk besar. Ketepikan.
  3. Sebatikan pula semua bahan basah kecuali filling
  4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan-lahan. Masukkan coklat chip atau pilihan masing2. Kacau perlahan sekadar bersatu. Jgn overbeat nanti muffin keras.
  5. Ceduk ke dalam muffin cup 1/2 ke 3/4 penuh. Bakar selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2
NOTA: Jika mahu intikan muffindgn filling kesukaan, cedukkan 1/2 adunan, masukkan filling dan tutup semula dgn adunan muffin 3/4 penuh cup. Muffin jenis ni, masa menggaulkan bahan2 tu pun adunan dah menggebu sebab yogurt ngan soda tu bersatu. Jadi jangan terlebih gaul untuk mengekalkan kelembutan dan kegebuan muffin.


Selamat Mencuba ;-)

No comments:

Post a Comment