Friday, March 8, 2013

ROTI CANAI PEDAS

Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat penghulu segala hari ^_^

~Roti Canai Pedas~ Bekpes beberapa hari yang sudah..Pagi ni tak leh nak bebel banyak2..bnyk tugasan sedang menanti huhuuu..Update ni pun sebab ada teman FB nak tengok resepinya..lepas ni boleh lah buat yer wahai temanku..senang banget ^_^..Sebelum nih dah ada yana tayang tapi nak tayang jugak sekali lagi atas desakan teman rapat ku itew..Sekali lagi tima kasih pada Mamafahmi dan Kak Ummi atas perkongsian resepi yang sedap sangat nih..Jom layannnnzzzz ^_^




ROTI CANAI PEDAS
Resepi : MamaFahmi
Sumber cuci mata : Kak Ummi @ Home Sweet Home

BAHAN-BAHAN:-

5 keping roti canai - goreng dan dikoyak/disiat-siat kecil sikit
5 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
3 sudu besar cili kisar ( ikut tahap kepedasan yang disukai )
Sedikit air asam jawa
Sedikit gula
Garam secukup rasa
2 biji telur (* ummi letak 3 biji )
sedikit minyak untuk tumis

CARA NAK BUAT:-
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan cili kisar, tumis hingga wangi.
  2. Masukkan pula bawang merah dan bawang putih yg ditumbuk tadi. Kacau rata hingga cili masak.
  3. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Masukkan telur dan kacau seminit dua.
  4. Masukkan roti canai tadi dan kacau rata hingga bahan bersalut pada roti canai.
  5. Tutup api dan hidangkan..sedap sangat ^__^
Selamat Mencuba :-)

3 comments:

  1. kak yana cayangg~~~
    sedapnyerr.. tun dh lama jugak xjumpa roti canai.. kalau wat sendiri jd keras kejung.. hihi..

    ReplyDelete
  2. Assalam yana
    Menarik tgk,satu kelainan jg ni
    Yg gemar pedas2 mesti suker ni

    ReplyDelete