Tuesday, August 7, 2012

LONTONG

Assalamualaikum dan salam 18 Ramadhan 1433 Hijrah ^^..
Alhamdulillah bersua lagi kita pada hari yang indah ini..Moga kita semua sentiasa dirahmati dan berada di bawah lindunganNya..

Semalam untuk berbuka puasa yana buat Lontong ajer..males nak masak lauk banyak2..mcm xlarat nak berdiri lama2 kat dapur..kaki pun dah mula bengkak skg ^^..Sahur tadi pun juz goreng nasi pastu goreng ayam 2 3 ketul utk en.hubby..hmm..mood masak dah mula kelaut dalam niii heheee..apa2pun kita layan dulu resepi lontong yang simple jer nii..yana nak merempit ke rumah kawan2 pulak..dah 2 hari xberkesempatan nak skodeng resepi baru kat umah kengkawan..^^



KUAH LODEH

BAHAN-BAHAN:-

3/4 batang carrot ( potong jejari )
1/4 bahagian kubis ( hiris )
2 keping fucuk ( kerat kecil dan rendam hingga lembut )
2 keping tempe ( potong dadu )
2 keping tauhu ( potong dadu )
1 cekak soon ( potong pendek )
1 kiub ikan bilis maggi
2 batang serai ( dititik )
1/2 inci lengkuas ( dititik)
1 biji bawang besar ( hiris halus)
2 biji bawang putih ( hiris halus )
1/4 camca serbuk kunyit
Garam
Gula
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair

CARA NAK BUAT:-

  1. Tuang santan cair kedalam periuk dan masak bersama carrot, serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih dan tempe. 
  2. Masukkan juga serbuk dan kacau rata hingga sedikit mendidih. Kemudian masukkan fucuk, kiub ikan bilis dan kobis. Tambah air jika kuah kurang. 
  3. Masukkan suun dan santan pekat. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih dan boleh tutup api.

* potong nasi impit dan cedok kuah lodeh dengan isi2nya skali. Tambah hidangan lontong bersama telur rebus dan juga sambal  tumis. 


Selamat Mencuba :-)

8 comments:

  1. masakan kegemaran sy ni!!hehe

    salam kenal kak
    saya folo ye

    http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/tudung-raya.html

    ReplyDelete
  2. Ada lontong, siap kuah lodeh dengan sambalnya tu kira dah cukup menyelerakan Yana!

    ReplyDelete
  3. Salam, Yana. Inilah makanan yang paling evergreen dlm hidup akak. Kadang kalau pergi makan sarapan kat kedai tu rasa nak makan benda lain tapi bila nampak jer lontong terus tukar fikiran, hihi. Kita punya teknik masak lodeh tu samalah...

    ReplyDelete
  4. tengok lontong teringat raya pula, sedapnya....

    suka sangat lontong yg dibungkus dgn daun pisang, lainlah rasanya...

    ReplyDelete
  5. Assalam yana,ct xprnh g msk sendri lontong,pernah ler mkn seklai kat umh mak sedara time rya taun lps,punya jakun time mkn tuh,yerla klo kat utara mna lah ada lontong bagai nih kan..
    ct setakat la ok lagi lah msih larat,yerla bru 5bln++ kan,yana dah sarat sgt dah ler tuh dah nak msk 9bln dah kan..

    ReplyDelete
  6. adeehhh..raya ni buat lontong..hahhaha...sedapnya..tapi nak membuat kuah kacang tu yg malas..kita suka makan dgn kuah kacang sotong....slurppp!!!

    ReplyDelete
  7. Lontong aje pun sedap, rasa segar je hirup kuahnya dgn sambal.

    ReplyDelete
  8. salam syg yana,
    dh lama btl akk x mkn lontong..nengok yana buat nie mcm teringin plak nk makan ..sedapp la:)

    ReplyDelete