Assalamualaikum dan salam hari Jumaat penghulu segala hari..diharapkan semua berada dalam keadaan sihat2 dan ceria2 jer yer ^_^..xtau apa nak membebel hari nii..terasa badan lemah jer..may be sebab puasa semalam kot..tenaga still kurang lagi..rasa nak baring jer..Hmm..xtau lah macam mana puasa Ramadhan nnt..masa tu kandungan dah 7 bulan..moga Allah SWT memberi kekuatan pada diri insan yang lemah inii..
Mee Bandung Simple ni yana buat utk bebuka semalam..dah lama simpan resepi Kak Hana..baru semalam teringat nak mencubanya..En.hubby beli mee suruh buat mee goreng..balik keje dia tgk jadi mee bandung..hahaa..nasib baik dia belasah makan jgk..bini dia gtau xde mood nak goreng mee..tekak nak mkn mee bandung..so, dia terima je lah seadanyaa hihiiii..Tq Kak Hana utk resepi yg simple dan sedap ni..lepas ni xyah beli perencah adami dah..yg ni pun dah sodap ^_^
MEE BANDUNG SIMPLE
Resepi: Kak Hana@Hanamemories
BAHAN-BAHAN:-
1 paket mee kuning
4-6 ekor udang basah
1-2 ekor sotong ( yana xletak )
50 g udang kering ( blend )
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering - bleh tambah jika nak pedas
Suku cawan kacang tanah goreng ( tumbuk/blend ) - klu xnak ltk pun xpe tp lebihkan udang kering utk pekatkan kuah( yana lebihkan udang kering )
Telur ( ikut bilangan berapa org nak mkn )
Sawi ( yana celur kejap )
Tauhu goreng
Hirisan cili merah
Air rebusan daging ( yana guna air biasa jer )
Gula
Garam
Hirisan daging ( yana xletak, xde stok )
Limau kasturi/limau nipis
~lupa nak letak sawi..lepas snap baru prasan :-) |
CARA NAK BUAT:-
- Celur mee kuning.
- Blend bawang besar, bawang putih, cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
- Masukkan udang kering yg telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang dan udang basah, hirisan sotong. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa * rasa mee bandung manis2 pedas.
- Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak ( terpulang )..akhir sekali masukkan sawi.
- Tutup api. Curahkan di atas mee dan hiaskan dgn bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau kasturi.Siap utk dimakan..^^
Selamat Mencuba ;-)
Assalamualaikum Yana,
ReplyDeleteni bukan mee bandung simpel lagi ni... siap dengan susunan udang dan sebagainya lagi...sedapnya!
jaga kesihatan diri ye Yana...
Assallamualaikum Yana..
ReplyDeleteSimple2 pun penuh isinya tu.. Kenyang sangat bila makan ni..
salam kak yana.. tun pun dh try mee bandung simple resepi kak hana.. mmg senang dan sedap =) nmpk byk je isi2 akak letak, sure lg sedap.
ReplyDeleteWah yana mee bandung nih bkn simple yana,mmg dah xsimple dahni..Ct da juga wat mee bandung baru nih gna perencah adami,tapi sekbek tambah cili kisar n sos,kalo hrp perencah tuh jer xsdplah,coz manih sgt..Wat sendri lagi puas hati kan..errga e
ReplyDeletesalam Yana heheh ada me bandung yeee lama juga akk x pekena mee bandung..walaupun simple tp npk terliuq lah....
ReplyDeletesalam yana..wow sedap tu berbuke dengan mee bandung..lama tak pekena mee bandung nie...nk minta mst da abis kan..:)
ReplyDeletesedapnya yana
ReplyDeleteSalam Kak Yana..sedap plak tgk mee bandung ni dahlah kat sini tgh hujan..peruttt asyik lapor jeeee
ReplyDeletetekak nani mcm tak berapa kene sikit dengan mee bandung ni. tak tahulah kalau nani makan yg tak sedap ke..sebab tak pernah buat sendiri, tak pernah makan yg betol2 original org johor buat..tengok kuah kak yana buat tu macam pekat betol! kalau nk jual agak2 berapalah semangkuk ni.
ReplyDelete