Thursday, April 19, 2012

KUIH LAPIS PISANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..Hari ni cuaca redup jer..males rasanya nak membangunkan diri dari tilam empuk ^_^..Pagi ni yana nak tayang kuih yang sudah hampir seminggu pembikinannya tapi xsempat nak post kat sini..Kuih Lapis Pisang yang tersangatlah sedapnya..Akhirnya abis jugak pisang pemberian mak mertua kat kampung ari tu..mcm2 jadi dgn pisang tersebut..Alhamdulillah..xde pembaziran berlaku :-)

Dah boring asyik mkn kek pisang jer, so kali ni try buat kuih lain pulak..singgah kat umah Kak Yatie..haaa mcm2 kuih dari pisang ada..pilih jer nak try yg mana dulu..Yana berkenan pulak nk try kuih lapis dan akhirnya mulalah projek melapis dgn rajinyaa ^_^..rasanya dh ramai kawan2 blogger yg buat kuih ni..resepi asal dari chef yang terkenal tuu Kak Liza..Tq pada akak sudi share resepi kuih lapis yg sedap nii..InsyaAllah lepas ni bleh buat lagi ^_^

KUIH LAPIS PISANG
Resepi asal: Kak Liza

BAHAN A:-
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir ( yana kurangkan 4 sudu besar-pisang dh manis ^_^ )
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastard/tepung jagung( akak & yana guna tpg jagung )
1 sudu teh garam

BAHAN B:-
1 cawan pisang emas/berangan-dilecek
1/4 cawan air
Sedikit pewarna kuning (* k.yatie & yana tambah, klu guna tepung kastard xyah letak rasanya )

BAHAN C:-
1/4 cawan air
Sedikit pewarna merah ( yana guna warna hijau )

CARA NAK BUAT:-

  1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
  3. Satu bahagian lagi dicampurkan dgn bahan C dan kacau rata.
  4. Panaskan kukusan ( sediakan loyang yang digriskan sedikit dgn minyak. Panaskan sebentar ) -* cara ini akak buat sebelum mula melapis.
  5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang ( B ) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
  6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga 8 minit.
  7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pisang ( B ).
  8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dgn kitchen towel dan kukus lebih kurang 10-12 minit.
  9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong .

Selamat Mencuba :-)

17 comments:

  1. salam kak yana... seperti biasa, kagum ngan orang2 yg rajin melapis nih.. tun kalau makan cepat je, nk layer2 tu..adoiii.... aci dok main cuah je sekali gus? agak2 jd belang2 x? hihi.. (mmg pemalas sungguh!)

    ReplyDelete
  2. Salam, Yana.

    Kuih muih berasaskan pisang ni selalunya tak pernah mengecewakan, kan. Nampak comel, mesti sedap tu..

    ReplyDelete
  3. Wah yana kuih lapis ijo kuning,hehe..Sedap tuh..YANA TUH SAPA MKN NMPK BEKAS GIGI TUH YANA,DAMIA KE IBU DAMIA NIH,HEHE..

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Yana..amboiii rajin tul akak melapis dalam bekas comel2 macam tu..tapi senangkan nak hidang...boleh sekali ngap gitewwwww

    ReplyDelete
  5. cantiknyer... hijau kuning.. tabik kat yana rajin melapis dlm acuan comel2 tu....

    ReplyDelete
  6. Yana,cute jer kuih lapis pisang ni,dulu pernah try gak resepi ni..memang sedap betul..my laling pun cakap sedap...tapi time tu blm ada buka belog masakan lg..so tak dpt la nak share hasilnya.

    ReplyDelete
  7. hadoi kak yana...comelnye sebijik2 mcm tu..tak rajin pulak nani nak melapis sampai mcm tu..pernag buat talam roti lapis coklat...itu sekali jela buat...pastu sampai ke sudah tak pernah buat.pemalas sungguh.

    ReplyDelete
  8. Salam kenal Yana.. :)

    Cunnyer kuih lapis pisang tuu..mcm nak capai jer seketul yang tertonggek atas sudu tu haa..dah lama x mkn kuih lapis..

    p/s:lompat dr blog ct(zaliedana), tahniah ye sbb preggy lg..bestnya..hehe

    ReplyDelete
  9. @Tun>k.yana br nak blajar melapis je ni..tgk jadi camtu lg bersemangat nk try bt lg tp xberani lg nk bt dlm loyang..xpass dlm potong memotong hehee

    ReplyDelete
  10. @Kak Sari>haah kak..pisang mmg kegemaran rmai..bt lah apa pun mmg cepat laku..kuih lapis pisang ni mmg sedap sgt..rugi klu xcuba ;-)

    ReplyDelete
  11. @Ct>hahaa..itu ibu damia punya..damia xmkn sgt kuih lembik2 cani..ibu dan ayah je layan..damia kna bg donut br laju :-)

    ReplyDelete
  12. @Sue>saje bt dlm bekas kecik..xyah potong dh..yana xpass lg nk potong kuih yg dikukus cani..xlawa langsung hihii

    ReplyDelete
  13. @Kak Ratna> hari ni jer rajin kak..lepas ni xtau bila pulak nk bt hihii

    ReplyDelete
  14. @Rahel>mmg sedap kan..nnt bt lah lg..mst lg cantik hasil air tgn rahel..xsabar nk tgk :-)

    ReplyDelete
  15. @Nani>bt dgn penuh kesabaran nii tau hihii..k.yana xpandai nk potong klu bt dlm loyang besar..terpaksalah merajinkan diri bt dlm bekas kecik2 nii..nsb baik jd:-)

    ReplyDelete
  16. @Kak Hasue>Tq Kak sudi singgah sini.. senang bt dlm bekas kecik..xyah potong dh..yana fail lg dlm bab potong memotong kuih kukus ni hehee
    p/s: tq kak..bertambah lg warga penang taun ni ct dgn yana..akak pun jom ler join d club hihii

    ReplyDelete
  17. ...saya juga rindu dapur saya...nak cuba la nanti :0

    ReplyDelete