Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Alhamdulillah bersiaran lagi pada hari Jumaat yang indah..moga semua rakan2 di alam maya sihat dan ceria2 ajer..Pagi2 ni jom kita jamu mata kejap dengan resepi yang sungguh menyelerakan Ayam Bistik..resepi ayam ni yana gandingkan bersama dengan Nasi Hue semalam..memang gandingan yang mantop gitew..rasa Ayam Bistik ni ala2 makan ayam beriani jer..
Tq Kak Dayang share resepi Ayam Bistik..Yana mintak izin yer nak panjangkan kat sini pulak..
AYAM BISTIK
Resepi : Kak Dayang Jack@DapurKu Sayang
BAHAN-BAHAN:-
1 ekor ayam sederhana ( dipotong dan digoreng biasa hingga 3/4 masak )
2 batang serai ( dititik )
50 gm rempah beriani + 2 sudu makan serbuk cili ( dibancuh dgn air )
100 gm puri tomato
2 biji tomato ( dibelah 4 )
Sedikit hirisan daun pudina dan daun sup
Rempah 4 sekawan ( kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang )
1 sudu makan kicap pekat
2-3 sudu makan kicap manis
3 sudu makan sos cili
Garam
Kacang peas - jika suka
BAHAN-BAHAN KISAR:-
7 biji bawang merah
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
CARA NAK BUAT :-
- Tumis rempah sekawan, serai dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan bancuhan rempah beriani. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
- Masukkan puri tomato, sos cili dan kicap. Kacau lagi.
- Setelah itu masukkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama daun pudina dan daun sup. Gaulkan sebati sehingga masak. Masukkan tomato dan kacang peas.
- Siap dan hidangkan..
Selamat Mencuba :-)
yana nampak sangat sedap boleh tiru ni ke mai bayaq tol hantaq kat kak
ReplyDeleterempah beriani dah ada...tapi ayam pulak dah habis. kene beli ayam dulu la ni
ReplyDeleteAssalamualaikum Yana,
ReplyDeletetengok bahan ayam bistik ni tak berapa susah nak cari, nampak hasilnya pun cukup menyelerakan! Memang patut dicuba resepi ni...
salam yana, lama betul la akk xsinggah sini, ayam ni mmg peberet family akk tp dah lama xbuat, panjang sgt list...ihhihihii
ReplyDeleteaslmkum yana.. kuah2 pekat cam ni akk suke mkn dgn roti.. sedap
ReplyDelete