Assalamualaikum semua..Dah malam baru dapat bersiaran..Hari ni En.H ada kat umah maka cik lappy dia yg punyer..males nak kacau dia buat keje..kita layan anak je lah..Alhamdulillah..Damia pun dah makin sihat..selsema jer belum hilang 100%..Pe2pun kita layan dulu Chocolate Rice Buns..yana buat untuk bekpes pagi tadi..Tq Kak Ros untuk satu lagi resepi roti yg sedap dan gebus nii and tq jugak utk E-Book Donutmu Donutku Jua..mesti semua dah dapatkan e-book tu kan..InsyaAllah ada kesempatan nnt yana nk buat semua donut dlm e-book tu ^_^..
Xde idea dah nak membebel..kita layan je lah ekkkss..roti dah abis punn hihii..layann :=)
CHOCOLATE RICE BUNS
Resepi : Ros@JintanManis
Bahan untuk doh roti :
- 300gram tepung roti
- sedikit coklat rice@coklat urai
- 2 sudu besar susu tepung@skim milk
- 3 sudu besar gula
- 1/2 biji telur
- 1 1/2 sudu besar butter@marjerin
- 120ml susu suam@air suam
- 2 sudu kecil yis
- 2 sudu besar serbuk koko
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu besar water roux
Untuk gliss dan topping :
- baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu dan sedikit coklat rice
Cara membuatnya :
- Buat doh roti : Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh kecuali coklat rice dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
- Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
- Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
- Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, kemudian masukkan coklat rice dan uli sebati, bahagi doh pada 9 bebola kecil dan bulat-bulatkan, susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan toppingkan dengan sedikit coklat rice, bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.
- Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Salam Yana...cantek je kejadiannya roti nie..suka tengok..gebuss..
ReplyDeletePatutla dok bau harum semerbak roti...rupa2nya dari rumah Yana..lehla bagi kak cek barang seketul dua...boleh minum sambil tgk tv...cecah ngan air kopi...sedapnyta...
ReplyDeleteYana,amboi sejak da bm,makin rajin meroti eks,hihi..Nmpak gebu gebas roti tuh,mesti damia pon suka mkn roti da coklat ni kan..
ReplyDeletebest bun resepi Ros ni...saya pun dah buat..sedap:)
ReplyDelete@Rahel>tq..mmg gebus jer roti nii..kita pun suka :=)
ReplyDelete@Kak Cek> amek lah Kak Cek..jgn malu2..sedap cicah kopi dlm cuaca yg sejuk nii :=)
ReplyDelete@Ct>hihii..kena tnjk rajin skit..krg org beli bm mare plak asyik simpan dlmkotak jer..rugi dia beli mahal2 hihii:=)
ReplyDelete@Kak Nieza>haah kak..mmg sedap..suka sgt bun nii cicah dgn kopi panas :=)
ReplyDelete