Sunday, November 13, 2011

FRAGRANT CHICKEN CURRY

Assalamualaikum semua..Jam sudah pukul 12 tengah malam..maknanya skg dah tanggal 13/11/11..cepat masa berlalu kan..dah makin menghampiri Disember..hmm..biarkan masa berlalu..kita kembali pada citer asalnya..hehee..sambil mata duk menjeling tengok citer antu kat astro citra sempat jugak jari jemari ini menari nari atas keyboard cik lappy..amboi yana..ayat tak hingat..huhuuu..

Sebelum tido jom kita jamu mata kejap tengok menu yana ari ni..Fragrant Chicken Curry ni yana masak untuk tengah hari tadi..eheh..bukan tadi tapi semalam sudah hehee..Resepi asalnya Fragrant Fish Curry dari Kak Diana Skyblue tapi telah di olah kembali oleh Akak DJ jadi Fragrant Chicken Curry..Kebetulan juga Yana xde stok ikan fresh..dlm esbox ada ikan kembung jer 3 ekor maka ayam lah jadi pilihan..pe2pun memang sedap resepi ni..bau kari menusuk kalbu..InsyaAllah lepas ni nak try buat dgn ikan pula seperti resepi asalnya..

Banyak pula bebel malam2 buta ni..jom je lah kita semak resepinya..Mintak izinnya yer Kak Diana dan juga Kak DJ..yana panjangkan pula resepinya di sini..:=)

FRAGRANT CHICKEN CURRY

sumber asal : Diana (Fragrant Fish Curry)


Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil-kecil)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit dan tepung jagung
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan B :
  • 4 tangkai daun kari
  • Rempah 4 sekawan (cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 5 biji bawang merah (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 1 biji cili merah (dihiris) - DJ tak letak ( yana letak cili hijau )
  • Cili padi jika nak bubuh (DJ tak letak) ( yana tak letak )

Bahan-bahan C :
  • 2 sudu makan serbuk kari ayam + 1/2 sudu makan serbuk cili (dibancuh bersama sedikit air)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 1/2 sudu makan kicap cair/kicap manis
  • Gula secukup rasa
  • sedikit air asam jawa

Cara-cara :
  1. Lumurkan ayam bersama garam, serbuk kunyit dan saluti dengan tepung jagung dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan hingga terbit bau.
  3. Kemudian masukkan pes kari dan daun kari. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Setelah itu masukkan kesemua baki bahan B dan C. Kacau sebati.
  5. Masukkan ayam goreng dan digaul rata. Setelah masak, angkat dan hidangkan.
  6. Sedap dimakan dengan nasi putih panas.
(resepi ini tidak memerlukan air. harap maklum)

Selamat Mencuba :=)

8 comments:

  1. salam yani....kalau pekena dgn nasi panas2 ni mmg terangkat....hihihi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum yana...
    wah nampak menyelerakan sungguh... akak pun nak cuba juga versi ayam nie.. mmg nampak sedap..

    ReplyDelete
  3. kalau kak yana masak ayam, mesti nani asik terliur aje...dari satu menu ke satu menu duk try sebab tengok kak yana masak. heheh

    ReplyDelete
  4. salam tuan rumah..
    adoiii...banyak menu yang menggiurkan pulak hari ni...telan2 liur je nengok ayam harum tu..

    ReplyDelete
  5. @Liza>haah..mkn nasi bertambah2 laa hehee

    ReplyDelete
  6. @Kak Diana>Wksalam..Yana nak cuba versi ikan mcm akak plak..tq kak share resepi ni :=)

    ReplyDelete
  7. @nani>hahahaa..k.yana asik terliur je yg nani msk..sama je kita ni :=)

    ReplyDelete
  8. @Rahel>haah kan..xterkejar rsnya nk bt menu2 yg kena tayang tu..semua nk try buat :=)

    ReplyDelete