Tuesday, September 27, 2011

PAU GEBU CMG~ bekpes kami ^__^

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..pagi ni tibe je tekak nak mkn pau..apa lagi, tanpa segan silu lepas solat subuh tadi terus je mulakan projek mengepau..bestnya mkn pau dikala cuaca yg sejuk dingin jee kat Kepala Batas ni..Semalam hujan lebat dari pagi smpai la pagi tadi baru benti..matahari baru keluar dgn sinaran yg cukup indah..hmm..kain baju ku belum disidai lagi nii..byk plak membebelnya..ngeee..

Pau resepi CMG ni yana buat inti sambal bilis lebihan lauk smlm and kaya utk damia..mmg terasa kegebuannya..mkn sebijik cam xckp jee..ari ni kita mkn pau je lah..xyah mkn nasi dh heheee..jom layann :=)

PAU GEBU CMG

tgn bdk tecik x sabar nk mkn..:=)


BAHAN DOH PAU :-

500 gram tepung pau 
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air
6 gram instant yeast


CARA NAK BUAT:-
  1. Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut. Masukkan yeast dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga sebati. Tuang bancuhan air + gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10 - 15 minit hingga mendapat doh yang kenyal. 
  2. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan ON. Selepas 30 minit, boleh keluarkan doh dari breadmaker.
  3. UNTUK PAU GEBU MONTOK TEMBAM :- Keluarkan doh, bagi doh pada beberapa bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat2kan. Ambil ia bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulat2kan. Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama pada baki adunan. Biar naik selama 30 - 40 minit. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.

Selamat Mencuba :=)

10 comments:

  1. Salam, Yana...
    Sukanya pau... Anak2 k nurul pun peminat pau tegar.. tapi selalu beli frozen jer... bilalah k nurul nak try buat sendiri ni... :)

    ReplyDelete
  2. Salam Yana pau yg menarik ank akk pun ska pau2 mcm ni yg ada inti pedas...akk dah cuba buat kerabu maggi mmg sdp lah...betambah mkn..nak pulak rasa pedas, masam2 pehhhtq shering resepi ye

    ReplyDelete
  3. sedapnya..... makan panas2 dengan secawan kopi / teh... mau 2-3 ketul nih!

    ReplyDelete
  4. @Kak Nurul>yana br je blaja bt pau..1st time bt xgebu..bila dh slalu bt rs sronok plak..suka hati je nk letak inti ape hehee..

    ReplyDelete
  5. tgk dari resepinya nampak mudah tp tak tau gebu atau tidak...

    dah follow jom follow back
    qhaifanurin.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. dah lama tak buat pau..teringin pulak nak menguli ni...pau memang sedap dimakan panas2.kalau sebijik tu tak cukup tu

    ReplyDelete
  7. @Kak Sheila> sama la dgn yana..lebih suka klu inti pedas..xsuka sgt klu inti manis hehee..
    Tq kak sudi cuba..harap akk suka :=)

    ReplyDelete
  8. @Kak Amie>haah kak..klu yg panas2 mmg sedar dh mkn 3 biji..makin lembut jee pau tu hehee

    ReplyDelete
  9. @Qaifa Nur> tq sudi singgah and folo..nnt yana ke sana pula..

    Nak bg gebu kna uli lama2..klu ada BM lg senang..lg lembut dan gebu..1st time bt dulu mmg xgebu jgk hehee

    ReplyDelete
  10. @Nani> k.yana pun dh lama x mengepau..mmg xckp 2 biji klu mkn panas2 hehee

    ReplyDelete