Sunday, July 31, 2011

PAU PEANUT BUTTER & SALAM RAMADHAN DARI Noorsha ^_^

Assalamualaikum dan slamat petang semua..tuan umah ni asyik bz memanjang..maklum lah esk dh puasa..nk setle keje yg patut setle dulu..lepas ni kita duk umah mula projek raya plak hikhikk.. tengah ari tadi masak simple jee..en.hubby keje so, kami berdua je lah mkn..

Lepas mkn tengah ari tadi sempat terus sambung bt pau..Jumaat lepas dh bt pau nii tapi xsempat tukang masak ni nk merasa..tutup je api kukusan ari tu tibe je tetamu sampai..tetamu plak bkn org lain..adik ipar jee hehee..nak x nak bg je lah dia merasa pau peanut butter yg masih panas tuu..yana bt separuh adunan jee..dpt laa 4 biji..xsmpt nk snap..licin sudah 4 biji tersebut..tukang kukus xrasa pun gebu ke x pau tuu..nsb baik en.hubby ckp dh gebu..mkn 2 biji xrasa pe..maka abis lah 2 bijik en.hubby telan and 2 lg adik iparku telan..hahahaa..kakak ipar yg baik ni juz senyum jee and dlm ati je ckp esk kna mengepau plak la aku hehee

Apa2 pun mmg kita suka klu bt kuih abis..xyah kita tlg abiskan..Jom je lah kita intai pau yg dibuat tanpa guna tepung pau..mmg gebu dan sedap jgk..ari tu jeles tgk Cikgu Nani asyik mengepau jee..xleh jadi nii..nak jugak rasa kegebuan pau tersebut hikhikk..mintak izin tuan empunya resepi share kat sini plak yee..tq Nani sebarkan resepi nii..jom layannn :=)


Resepi : Yani, Myresepi

BAHAN-BAHAN:-
·         300g tepung gandum
·         6g baking powder
·         2g garam
·         162g air suam
·         6g dry yeast
·         30g gula halus
·         18g lemak sayur

inti peanut butter+coklat :=)
CARA NAK BUAT :-

1.    Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. Kacau biar serata.
2.    Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. Kacau biar gula larut.
3.    Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
4.    Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
5.    Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
6.  Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang maknanya doh dah naik.
7.   Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
8.    Ambil sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
9.    Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
10.Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.


Slamat Mencuba:=)




SALAM RAMADHAN dari NOORSHA..TQ ^_^


Dah gantung tinggi2 kad Salam Ramadhan dari Noorsha 1001 Cerita 1001 Rasa..Terima Kasih Sha..Dan Selamat menyambut Bulan Ramadhan juga bt semua teman2 blogger..mohon kemaafan jika ada terkasar bahasa tanpa disengajakan sepanjang perkenalan kita di alam maya ini..Semoga kita semua tabah menjalani ibadat sepanjang bulan yg penuh dgn keberkati inii..:=) 

a

Saturday, July 30, 2011

ASAM PEDAS AYAM ^_^

Assalamualaikum dan slamat petang semua..ari ni skali lg lmbt bern3..baru blk dari shopping again hehee.. ari ni p shopping lauk pauk plak..

Jom je lah kita layan menu ringkas kami semalam..Asam Pedas Ayam ala Johor..resepi dari Abg CMG..best jgk asam pedas ayam nii..slalu mkn asam pedas ikan jee..sesekali tukar selera ok jgk kan..jom layannn :=)

ASAM PEDAS AYAM


BAHAN-BAHANNYA :-
1 ekor ayam, potong 14 atau ikut suka
1 cawan cili kisar
1 genggam daun kesom, cuci dan toskan
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji terung kari
Garam dan gula secukup rasa (@serbuk perasa)

BAHAN KISAR HALUS :-
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
2 biji buah keras
1/2 camca teh lada hitam
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus

CARA MEMBUATNYA :-

  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Terung kari dibuang sedikit kulitnya, belah 4 dan rendam dalam air garam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan ayam dan daun kesom (toskan), gaul rata dan masak hingga ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya, kacau dan masak hingga ayam empuk. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan serbuk perasa (jika guna). Akhir sekali masukkan terung tadi (toskan) dan masak hingga terung lembut. Rasa dan jika ok, matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman
Slamat Mencuba :=)

Friday, July 29, 2011

LAKSA THAILAND~ laksa lagi ^_^

Assalamualaikum dan slamat petang semua..sorry semua pada yg sudi singgah and jenguk blog nii yee..dh berapa ari duk tgk karipap tu jee..tuan umah bz memanjang..semalam dari pagi smpai petang keluar berfoya2 dgn en.hubby hehee..Semalam en.hubby cuti and kami keluar shopping skit..klu shopping tu mmg xsedar langsung ms berjalan..tgk jam dh hampir pkl 3..lama betul rupanya kami duk dlm JJ Perda tuu..biasalah org pompuan kan..byk yg nak hehee..ekceli semalam bkn shopping brg org tua tp shopping baju raya utk Damia..

 

Byk sgt pilihan baju bdk2 nii..semua lawa and nmpk comel jee..tak tau nak amek yg mana..klu ikutkan hati semua nak amek..phtu sapa nk bayar hikhikk..Dah setle baju Damia juz nk beli baju kurung jee..Kat JJ semalam belum berkenan dihati lagi..padahal dh byk baju kurung kat situ..Raya ni 1st time Damia nk pakai baju kurung..so, kna pilih biar puas hati kan.. 

Waahh..byk plak membebel xtentu pasal nii..jom kita intai resepi yana bt semalam..blk umah terus je bt..dh lama teringin nak mkn..blk klate ari tu dpt mkn skit jee..Laksa Thailand..rasanya seakan2 laksa kuah lemak laksa klate cuma kuahnya lagi pedas berapi..suka kita klu pedas nii..yana bt kuah laksa nii ikut resepi Kak Rosnani MyResepi..rmai yg puji best so, yana try.. hampir sama je dgn resepi yg mama yana ajar..TQ kak Rosnai..mintak izin share kat sini plak yee..Jom kita layann pic je laa..rasanya laksa ni abis..huhuu..Layannn :=)

LAKSA THAILAND

Bahan-bahan ( sajian 8-10 org )

  • 1 paket laksa kering (rebus & toskan)
  • 7-8 ekor ikan sardin/kembung/selar (rebus, asingkan isi)
  • 1 biji kelapa (perah dlm 7-8 cawan santan)
  • 8-10 helai daun limau(mayang halus)
  • 1 1/2 labu bwg besar (potong 8 bhgn=besar2)
  • bahan utk kisar
  • isi ikan yg diasingkan tadi
  • 10-13 btg cili padi merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 2 btg serai
  • 1 inci halia
BAHAN ULAM:-
  • 7-8 ulas bawang putih (potong nipis2, goreng bersama sedkit minyak sampai perang-ini wajib nih utk ulam)
  • kacang panjang=potong nipis2(pilihan)
  • timun diracik(pilihan)
  • kobis =mayang halus(pilihan)
  • taugeh (pilihan)
  • Sawi jeruk - hiris nipis (pilihan)

Cara-cara

  1. korang campur semua bahan blender dgn santan & bwg besar, masak dgn api sederhana. Bila menggelegak, masukkan daun limau purut dimayang tadi. masukkan garam & aji.
  2. lepas tu biarkan kuah dia surut sket(pekat) dlm 1/2 inci. Lepas tu timbang rasa masin maneh, lemak..
  3. resepi asal ade batang pisang yg lembut(pokok pisang ade rebung ker?). batang pisang tu dikupas sampai jumper isi paleng dlm dan putih bersih. potong nipis2 , terus masukkan dlm periuk masak bersama kuah. batang pisang tu akan jadi lembut & rasa dia sedap...manis2 jer..(maner lar nak carik kat KL neyh, btg pisang pon kena bayor..)
  4. NOTE: terluper plak, resepi asal ade serbuk cili. Korang leh buat sindri jerk..basuh cili kering, lap dgn kain bersih. goreng tanpa minyak atas api perlahan sampai nampak agak garing. Jgn sampai hangus, biler dah agak sejuk, korang blend hancur sampai jadi serbuk.(ini utk yang tahan pedas ajer)
Slamat Mencuba :=)

Wednesday, July 27, 2011

KARIPAP KENTANG~ menu petang :=)

Assalamualaikum dan slamat petang..dah minum petang ke semua..klu belum jom join yana mkn karipap kentang jee..best jgk mkn karipap panas2 sambil tu minum air berais..waaa..sejuk je tekak..males nk bebel panjang2..malam dh hampir menjelma..nk berBW jap..malam krg ada hal nk setle..layann..:=)

KARIPAP KENTANG


BAHAN-BAHAN:-


4 biji kentang
1 labu bawang besar ( dipotong dadu )
2 ulas bawang putih ( tumbuk hancur )
2 sudu besar rempah kari ( bancuh dgn 1 cwn air )
1 tangkai daun kari
Sedikit isi ayam
Secubit garam


Cara Buat Inti:


1. Kentang dikupas dan dipotong dadu. Kemudian rebus kentang hingga hampir empuk. Angkat dan 
    toskan
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan
3. Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik minyak
4. Perasakan dgn garam
5. Masukkan ayam dan biarkan seketika hingga masak
6. Akhir sekali, masukkan kentang yg telah direbus tadi
7. Kacau sebati hingga kuah kering. Angkat dan ketepikan

Bahan untuk kulit karipap:-


4 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter ( panaskan )
1/2 cawan minyak masak ( panaskan )
Secubit garam
1 cawan air suam

Cara Buat Kulit Karipap:


1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk.
2. Campurkan dengan butter dan minyak masak yang telah dipanaskan.
3. Bancuh air suam dan garam dalam mangkuk kecil.
4. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.
5. Uli doh hingga boleh dicanai.
6. Bulatkan doh tadi mengikut size 1 biji karipap.
7. Tutup dengan plastik supaya doh tidak kering.
8. Kemudian bolehlah canai doh tadi. Tapi, jangan terlalu nipis.
9.Masukkan inti karipap dan klim.
10. Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.






SUNQUICK BERSIRAP SPECIAL


Makan karipap yang panas mesti dahaga kan..Jom kita basahkan tekak dgn air yang sejuk nii.. segarnyaa dpt minum segelas hehee..




BAHAN-BAHAN:- ( 1 jug )  
2 sudu besar oren sunquick
1/2 sudu besar sirap ros
5 sudu besar gula
3 cawan air masak
Ais kiub secukupnya
Buah rambutan secukupnya ( buang biji )


CARA NAK BUAT:-

  1. Bancuh dengan sedikit air panas, kacau rata. Kemudian satukan semua bahan di atas kecuali ais dan buah rambutan. Kacau rata dan rasa, jika perlu tambah gula.
  2. Tuang ke dalam jug sesuai dan isi dengan ais kiub  dan buah rambutan secukupnya..Biarkan sejuk kejap dan boleh nikmatinya..Slamat Mencuba :=)

Tuesday, July 26, 2011

BANANA BANANA BREAD

Assalamualaikum..salam hari Selasa yang indah..hujan baru membasahi tanah Kepala Batas..nyamannyaa..kurang seminggu lagi kita semua akn smbut bulan yg mulia..Dah tak sabar rasanya nak sambut Ramadhan minggu depan tapi sedih juga..may b taun ni xdapat lagi nak solat terawih..taun lepas dah cuti terawih coz still dlm pantang and tahun ni kna jaga anak la plak..InsyaAllah kalau ada masa bleh je bt terawih kat umah..cuma rasa lagi seronok klu dapat solat kat masjid or surau..lagi meriahkan..hmmm..xelok lah mengeluh..kita x g terawih bkn sbb nk p enjoy tapi nak jaga anak yg kecik lg nii..

Oklah..kita citer resepi yg jadi semalam..yana bt utk mkn petang..Banana Banana Bread..xtau plak kenapa namanya camtu nk kata roti rupa dan rasa mcm kek hehehee..Yana terskodeng resepi ni kat umah Kak Izah..pisang byk kat umah so, test je lah..rasanya not bad..betul kata kak Izah..mkn yg tgh suam2 lg best..terasa lagi garingnya itu..and rasanya kna kurangkan lagi pisang tu..bila mkn rasa pisang jee..byk sgt kot 2 cwn tuu..jom je lah kita layann..:=)




BANANA BANANA BREAD

source: allrecipes

  • BAHAN-BAHAN:-

  • 2 cwn tepung serbaguna * yana guna tepung gandum
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1/4 teaspoon garam
  • 1/2 cwn butter
  • 3/4 cwn gula perang ( yana guna 1/2 cwn gula pasir )
  • 2 telur
  • 2 1/3 cawan pisang lecek masak ranum ( yana guna 2 cwn jee )


CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan oven ke 175 C. * saya guna suhu 170 C.
  2. Dalam mangkuk yag besar, satukan tepung, soda dan garam. 
  3. Dalam mangkuk yang lain pukul butter dengan gula hingga berkrim dan ringan. Kemudian masukkan telur dan pisang lecek dan aduk hingga sebati. 
  4. Masukkan adunan pisang tadi ke dalam mangkuk tepung. Aduk hingga sebati dan sekadar rata. Tuang ke dalam loyang yang disapu butter atau alas dengan kertas minyak.
  5. Bakar dalam  oven hingga 60 ke 65 minit. 

Slamat Mencuba :=)

Monday, July 25, 2011

MUFFIN COKLAT

Assalamualaikum semua..dh mkn tengah hari kee..mst lah dah kan..org nk msk menu petang dh nii..apa la yana ni br tanya hehee..pagi ni xsmpt nak BW umah kengkawan..xleh nk pgg lappy..duk layan my baby jee..tengah hari ni jugak dapur xberasap lagi..masuk je dapur ada laa yg ngikutnya..pagi tadi nasib baik x terpijak my baby Damia..xsedar langsung dia duk belakang..alahaii anakku..klu x jd lempeng laa klu ibu terpijak tadi..apa lah aku nk jwb kat bapak dia krg..ngeee..


Jom je lah layan muffin coklat yana bt petang semalam..dh ramai yg buat muffin nii..yana je baru cuba nak buat..kebetulan adik ipar singgah kat umah semalam..smpt jgk dia mkn panas2 yg baru kuar dr oven..xtau bape biji tgk dia mkn hehee..nasib baik ckp..yana bt separuh adunan jee..klu bt byk2 xabih plak..Jom je lah kita layan muffin yg dh abis niii..layan :=)



Muffin Coklat
Bahan A :
  • 2 cawan tepung *izah gune tepung gandum
  • 1 1/4 cawan serbuk koko *izah letak 1 cawan
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 3 sudu teh nescafe
  • sedikit garam
Bahan B:
  • 2 cawan gula kastor *izah kurangkan sikit
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair (atau susu segar)
  • 3 biji telur
  • 1-2 sb oren sunquick * izah tambah
Bahan C :
3/4 cawan air panas


Cara membuatnya :
  1. Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
  4. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.
Slamat Mencuba :=)

REZEKI DARI KAMPUNG

Assalamualaikum semua..n3 penutup hari ini..dh hampir pagi baru dapat menjenguk blog..bznya hari nii..skg baru dpt nk merelaxkan diri..nk BW umah kengkawan jap..sebelum tuu jom kita layan pic jee ekk.. Alhamdulillah hari ni dapat rezeki dari kampung..kiriman dari mertua..hmm..esk kita tgk je lah apa yg akan jadi pada buah2 tersebut yee..layannn :=)


Satu lagi..Malam ni kononnya xnak makan nasi..dah berapa lama ek yana xmakan malam..sampai lupa dah hehee.. tapi malam nii mmg xleh tahan disebabkan kiriman yg satu ni..nak tau ape...hmm..skali lagi kita layann je pic ni :=)


Yana xtau resepi nii apa namanya..nak kata sambal xde kaler merah..rasa pun lemak2 jee cam ada santan..xkisah lah janji sodap coz ada petai + udang kecik2 smpai lupa dah makan nasi malam nii..nnt blk kg baru tnya mak mertua apa nama resepi nii..

*Daa..Gudnite..jumpa esok plak yee..:=)

Sunday, July 24, 2011

SIAKAP DENGAN SOS HARUM PEDAS

Assalamualaikum semua..bersua lagi kita utk tayangan tengah ari ini hehee..Yana msk simple je tapi sungguh menyelerakan..amboi prasan msk sedap la tuu kan hikhikk..Ekceli yana try resepi dari NoorSha..sejak dia tayang ikan siakap ari tu tuu yana duk teringat jee..hmm..xleh jadi nii..kna try bt jgk dan akhirnyaa..siap jgk Siakap Dengan Sos Harum Pedas..

Mmg best walaupun kejadian tidak seperti yg Sha bt hehee..Yana rs terlebih kicap kot..sbb tu nmpk gelap sikit..ngeee..kuahnya pula saje bg byk..yana and hubby suka klu ada kuah skit nk cicah dgn ikan tuu..nak pic yg lebih menggoda sila tekan SINI yee..pasti tergoda huhuu..

Jom kita semak resepinyaa..Yana mintak izin ye Sha c&p  jee ekk..xlarat nk menaip hikhik.. jahat tul kan..layannn:=)


RESEPI SIAKAP DENGAN SOS HARUM PEDAS

Bahan² A
1 ekor ikan siakap
sedikit serbuk kunyit

Bahan² B
1/2 biji bawang besar - dicincang halus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 inci halia - dicincang halus
5 batang cili padi hijau - dicincang halus
5 batang cili padi merah - dicincang halus
1 batang  cili merah - dicincang halus
1 biji tomato - didadu kecil²
1 batang bunga kantan - didadu kecil²
5 helai daun limau purut - dihiris halus
1 helai daun pandan - disimpul

Bahan² C
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
3 - 4 sudu besar sos ikan
1 - 2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air = larutkan

Cara²

1. kerat ikan siakap kepada beberapa bahagian, lumurkan dengan serbuk kunyit. Goreng hingga  garing. boleh juga dikukus, dibakar @ dipanggang. Terpulang pada citarasa ya..Selepas masak, ketepikan sebentar.
2. ketepikan minyak hasil menggoreng ikan tersebut, tinggalkan sedikit untuk menumis. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang dicincang halus kedalam kuali. Tumis hingga wangi dan kekuning²an...
3. Masukkan pula daun pandan yang disimpul, cili padi dan cili merah yang dicincang halus bersama tomato. Kacau menggunakan belakang sudip, biarkan tomato tersebut hancur.
4. Masukkan bunga kantan, dan daun limau purut, kacau rata hingga naik bau.
5. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis dan sos ikan. Masukkan air dan kacau.
6. Rasa terlebih dahulu, jika kurang masin tambahkan sos ikan.
7. Masukkan larutan tepung jagung & air tadi dan kacau laju² sos tersebut hingga likat.
8. Siram kuah diatas ikan dan Sedia dihidang. Selamat Mencuba :)

AYAM GORENG BEREMPAH ~simple jee

Assalamualaikum dan salam pagi ahad..semua dh bf kee..pagi ni yana relax sikit..hubby beli bf kat luar jee..dia nk mkn roti canai so kna p beli laa..bini dia xreti nk mencanai lg hehee..xmo bebel byk coz byk keje menanti..nk tayang resepi semalam jee..Ayam Goreng Berempah mkn dgn Nasi Lemak Hujan Panas..ekceli yana bt ayam ni main campak2 jee..brg dapur byk dh abis..yana bt dgn bahan yg ada jee..lain kali klu nk bt kna tambah serai lg power baunyaa..tapi hubby kata dh ok..bau je rempahnya..suka kita klu dia ckp best kan hehee...Jom je lah kita layann..keje dh memanggil2 tu..layannn :=)

AYAM GORENG BEREMPAH


BAHAN-BAHAN:-

1/2 ekor ayam
3 ulas bawang putih ( tumbuk/kisar )
2 ulas bawang merah ( tumbuk/kisar )
2 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar jintan manis
2 tangkai daun kari

CARA NAK BUAT:-

  1. Perap ayam dengan semua bahan selama 1 jam atau lebih. Lebih lama lagi best ayam tu.
  2. Kemudian panaskan kuali dgn minyak yg banyak. Goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan siap untuk dihidang..simple je kan..Slamat mencuba :=)