Monday, May 9, 2011

POPCORN~ tgk wayang kat umah jeee

ASSALAMUALAIKUM..Dah lama niat tertangguh nak try buat popcorn nii..akhirnya jadi gak petang tadi..bleh makan sambil tgk wayang kan..tgk wayang kat umah jee..byk muvie dh download tapi tak sempat nak tgk..mlm nii kita tgk sambil mkn popcorn bt sndiri..Tak sangka bleh buat sndiri kan..mudah plak tuu..terkejut tul masa bt td..letak skit je dlm periuk..lpas duk pop mengepop tibe je penuh satu periuk..untung sgt hehe..slalu asyik beli kat pasar malam jee..dah jmpa resepi ni tak yah beli dah lpas nii..Resepi asal bleh tgk SINI yee.. tq tuan empunya resepi ALUDRA.. Jom layaannn.....:)


POPCORN
SUMBER : ALUDRA ( MY RESEPI )

  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya
  • garam secukup rasa

  • Tambah Karamel [Optional]
  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)

  • Tambah Coklat [Optional]
  • 60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)
penuh satu periuk :)

CARA NAK BUAT:-


  1.  Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
  2.  Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
  4. Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)

Untuk Karamel [Optional]: 
Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan ye.

Untuk Coklat [Optional]:
Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.

SLAMAT MENCUBA :-)

No comments:

Post a Comment