Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Ikan Pari Bakar menu bulan puasa yang lalu..lamo bebenor baru boleh buat entry..kita layan pic je la ekk..pic tak basi kan hehee..memang sedap resepi ikan bakar ni..Bahan-bahan pun simple je..makan pulak cicah air asam budu yang pergghhh gitu ^__^
Tq pada tuan resepi..menurut kak Azie resepi ni asalnya dari tokey restoren kat Kangar..memang superb lah..InsyaAllah lepas ni boleh buat lagi..Tq jugak pada Kak Azie, Kak Amie dan Kak Malina yang sudi share resepinya~~~
IKAN BAKAR MUDAH DAN SEDAP
Resepi : Kak Azie @ Azie Kitchen
Sumber cuci mata : Kak Amie & Kak Malina Pg
BAHAN-BAHAN:-
1 kg ikan kembung - bersihkan - lumur dengan sedikit garam dan kunyit - ketepikan ~ yana guna ikan pari
Bahan perencah:
1/2 cawan pati santan
2 sudu makan cili kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam / perasa pilihan
2 sudu makan minyak masak
1 sudu teh susu pekat
Cara:
1. Satukan kesemua bahan perencah.
2. Panggang atau bakar ikan. Setelah ikan masak, lumurkan dengan bahan perencah.
3. Baik-balikkan ikan
4. Bila mata ikan menjadi putih atau tersembul ke atas, angkat.
5. Hidangkan bersama sambal belacan, air asam atau ratah begitu saja.
Air asam budu terbaekk punya..sedap cicah dengan ikan bakar atau ayam bakar..tq ct resepinya..mintak izin yana letak sini yer~~
AIR ASAM BUDU
Resepi : Ct Zaliedana
Sumber cuci mata : Kak Malina Pg @ Teratak Mutiara Kasih
BAHAN KISAR/TUMBUK :-
3 biji cili padi ( boleh tambah/kurang ikut selera )
2 biji cili merah
Sedikit belacan bakar
BAHAN LAIN :-
1 labu bawang besar ~ hiris nipis
1 biji tomato ~ didadu @ hiris nipis
1 biji cili merah ~ hiris nipis
2 biji cili padi ~ hiris
Air asam jawa secukupnya
1 biji air perahan limau kasturi
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar budu
Garam dan gula/perasa secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:-
- Campurkan semua bahan kisar kasar , budu,air asam jawa dan sos ikan.
- Perahkan jus limau. Masukkan garam, gula secukup rasa
- Simpan sekejap dalam peti ais supaya mesra semua bahan. Sedia untuk dihidang bersama ikan bakar, kerang rebus dan sebagainya
Selamat Mencuba :-)
OK.. kakak pulak nak mencuba selepas ini.
ReplyDeleteKakak suka ikan-ikan bakar ni Yana.
terliur2 wana tengok ikan bakar tu..apatah lagi cicahan budu tu..memang meleleh air liur..huhu
ReplyDeleteAssalam..
ReplyDeleteTak sangka lak naik nm gak kt sini hihiii..sedapkan gabungan kedua² tu..
Ikn bkr tu ratah camtu pun sodap..tambh lak ada air asam budu lg umphhh..
savannah cat for sale
ReplyDeletesavannah kitten
f1 savannah cat for sale
savannah cat price
savannah cats for sale
savannah kittens for sale,
serval cat for sale, savannah cat for sale, savannah cats for sale, f1 savannah cat for sale, serval cat
for sale, exotic cats for sale, f1 savannah cat, f4 savannah cat, cats for sale, savannah cats, Serval
kittens for sale, savannah kittens for sale near me, savannah cats for sale near me, bengal kittens for
sale, bengal kittens for sale near me.