Monday, November 24, 2014

APPLE STRUDEL MUFFINS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Isnin kembali lagi..tak mau ada blues monday hokey..kita ceria2 jee ~~ back to menu hari nii.. dah lama tak bermuffin..si kakak hari2 duk menanya..ibu tak nak buat kek kecik2 ke..tak payah bt yang besar..kakak nak kecik je..alahaii kesian pulak ibu mendengar kata2mu itu anakku ^_^

Minggu lepas tengok kak yatie tayang muffin apple kat FB..nampak cam sedap je..nak buat pun tak susah sangat..gaul je dengan senduk..okess..projek on..kakak dah ready dengan apron dia terus je kami buat muffin..alahaii berbunga2 hati kakak tengok muffinnya jadi..sambil makan duk puji diri sendiri dia buat muffin sedapp ~~



APPLE STRUDEL MUFFINS

Bahan-Bahan- dapat dlm 25 biji muffin
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1/2 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil garam* (saya letak secubit je)bhn bertanda* diayak bersama
  • 1 cawan gula halus ~ Yana letak 3/4 cawan
  • 1/2 cwn butter
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/2 cawan epal yg di dadu kecil (dlm 2 biji)
Bahan Untuk Crumble :-
  • 1/3 cawan gula perang( Dark Brown Sugar)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/8 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar mentega

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jari sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, b. powder, b.soda dan garam yg telah di ayak. Ketepikan.
  3.  Dalam bekas lain, pukul mentega dan gula hingga rata. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati. Masukkan epal dan gaul rata guna senduk kayu/spatula.
  4. Masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
  5. Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. 
**Epal tu buang kulitnya, buang empulur tengah dan potong dadu kecil. Boleh guna epal hijau atau epal merah. Saya guna epal Gala sbb rasanya masam manis.



Selamat Mencuba :-)

6 comments:

  1. Salam perkenalan

    Sedap kan!! saya pun ada buat juga semalam tapi tak sempat nak bergambar..

    ReplyDelete
  2. wahh.. nampak sedap! boleh cuba ni.. time cuti sekolah nibanyak perut nak diisi..😅😅😅

    ReplyDelete
  3. Apple itulah yg buat tambah sedap Yana. Sedikit rajin aje dah jadi tambah sedap kan..

    ReplyDelete
  4. nyummyy!!! tun suka mapin epalll... dh lama x buat.. tp tun guna resepi sendiri. hehe.. apa2 pon, kalau ada epal n cinnamon, mmg bau wangiii satu umah masa bakar.

    ReplyDelete
  5. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:

    ReplyDelete
  6. savannah cat for sale
    savannah kitten
    f1 savannah cat for sale
    savannah cat price
    savannah cats for sale
    savannah kittens for sale,

    serval cat for sale, savannah cat for sale, savannah cats for sale, f1 savannah cat for sale, serval cat

    for sale, exotic cats for sale, f1 savannah cat, f4 savannah cat, cats for sale, savannah cats, Serval

    kittens for sale, savannah kittens for sale near me, savannah cats for sale near me, bengal kittens for

    sale, bengal kittens for sale near me.


    ReplyDelete