Thursday, October 30, 2014

KARI IKAN ALA MAMAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Hari ni kita layan kari mamak yooo..Dah lama rasanya yana tak buat kari..Kali ni skodeng resepi dari dapur Kak Ratna a.k.a MaDiHaA..Dah lama skodeng baru sekarang dapat menerainya..Betul kata Kak MaDiHaA..memang mebeles resepi kari nii..sedapp..Yana suka sangat kari yang tak menggunakan santan ~ jimat santan 2 hinggit hihii..

Tq pada tuan empunya resepi Ana Elianas FP dan Kak MaDiHaA sudi share resepi yang mabeles nii..Mintak izin yana letak sini pulak yer..Moh lah kita cicah roti dengan kari ini ^__^




KARI IKAN ALA MAMAK
Resepi: Ana Elianas FP
sumber cuci mata : Kak MaDiHaA

BAHAN-BAHAN :-

Kepala ikan merah yg siap dipotong - nak guna ikan lain pun boleh ~ Yana guna 3 keping ikan tenggiri..kepala xde ^__^
3 sudu besar rempah kari ikan - Ana guna Alagappas (MaDiHa & Yana guna 4 sudu besar kari ikan Baba's) 
2 sudu besar cili kisar - nak guna cili serbuk pun boleh 

Bahan2 Kisar 
1 biji bawang besar 
3-4 biji bawang merah 
4 biji bawang putih 
sedikit lada hitam 

Bahan2 Mayang 
1 labu bawang besar dimayang halus 
3 biji bawang putih 

daun kari 2 tangkai (Jangan leraikan) 
sedikit halba campur 
air asam jawa lebihkan sedikit 
garam secukup rasa 

Bahan Rampai 
Terung ataupun boleh guna kacang bendi (MaDiHa guna dua2!) 
Cili hijau 
Buah tomato 

CARA PENYEDIAAN:-

1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan cili kisar, bahan mesin. Kemudian masukkan rempah kari ikan.Masukkan 2 tangkai daun kari...jgn ceraikan daun tu..sbb batang daun tu akan memberi aroma yg sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak kering. 

2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis...masukkan garam.

3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Masukkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. Sedia utk dihidangkan.


Selamat mencuba :-)

5 comments:

  1. Kakak pun semalam masak kari mamak juga Yana (tapi kakak guna ikan ayam - yana tahu tak ikan ayam yg kulit dia keraaas sgt. Biasa org pasar tu tolong siangkan). Tapi kakak kehabisan tomato. Malas nak suruh abang beli masak tanpa tomato...

    ReplyDelete
  2. Sedap kari ikan,kuah pekat camni..kat umah setiap minggu mesti buat kari ikan/kepala ikan..

    ReplyDelete
  3. mengancamnya kari tu..sedap makan dengan kuah yang pekat macam tu..

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnya yana kari tu...kita dh lama xmkn kari..last rasannya hujung lepas

    ReplyDelete
  5. kari ala mamak memang sedap..akak pun suka..kalau buat tu kuahnya mesti nak lebihkan sebab suka cicah dengan prata instant or roti...heheh:)

    ReplyDelete