Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^
Hari ni kita layan menu sihat berkhasiat..Ayam Bakar Ala Yana ^__^..Dah tak tahu nak masak apa, so terfikir masak ayam bakar je lah paling senang..Kita buat menggunakan bahan yang sedia ada kat dapur..tinggal beberapa hari je lagi nak close dapur untuk sementara waktu..puan tanah mahu balik kampung beraya hehee..sebelum tu kita kasi clear dulu semua stok dalam esbox..Lepas raya nanti kita kasi penuh balik~~

AYAM BAKAR ALA YANA
BAHAN-BAHAN:-
6 ketul ayam ~ potong suka hati
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1 batang serai*
3 - 4 biji cili kering*
1 inci halia*
sedikit serbuk kunyit
Garam
2 sudu besar gula perang
Minyak ~ yana guna minyak zaitun
Minyak ~ yana guna minyak zaitun
CARA PENYEDIAAN:-
- Goreng bahan bertanda * sebentar menggunakan sedikit minyak zaitun. anggaran 1 sudu besar dalam 4 minit. Kemudian masukkan dalam blender dan blend hingga hancur.
- Panaskan sedikit minyak zaitun dan masak sekejap bahan yang diblender tadi atas api sederhana. Masukkan serbuk kunyit. Kacau. Seimbangkan rasa garam dan gula, boleh tutup api.
- Kemudian lumurkan pada ayam dan perap sekurang2nya 1 jam. Lagi lama lagi sedap. Yana perap semalaman letak dalam freezer.
- Bakar dalam pemanggang ajaib 15 - 20 minit atau sehingga masak. Boleh jugak bakar dalam oven.
- Ok..Ayam bakar sudah siap
Selamat Mencuba :-)
Kalau dah siap apa lagi makanlah kan Yana. Apa nak tunggu lagi:)
ReplyDeletesedapnye yana... bhn2 pn mudah aje..
ReplyDeleteAssalam Yana,
ReplyDeleteWah nampak sedap ayam panggang Yana ni..
Tengok bahan2 tu boleh juga dibuat gorengkan..
But dibakar lagi healthy lah kan...;)
Mohon share resipi Ni.. idea boleh guna untuk Resipi berpantang.. (buang cili).
ReplyDeleteTerima kasih.