Monday, June 9, 2014

AYAM PANGGANG SARAWAK ( MANOK PANGGANG )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Entry sepantas kilat ^__^ ~~ Ayam panggang Sarawak ni yana buat 2 hari lepas..dah lama tak panggang ayam..Alhamdulillah..sedap sangat walaupun bahan2nya simple jee..Tq pada Kak DJ share resepinya..mintak halal ye kak yana letak kat sini pulak..




AYAM PANGGANG SARAWAK

BAHAN-BAHAN:-
Bahan Perap : 
1 ekor ayam ~ dipotong ikut suka dan dibersihkan
2 sudu makan biji ketumbar ~ disangai dan ditumbuk halus
1/2 inci lengkuas ~ ditumbuk lumat
5 ulas bawang putih ~ ditumbuk lumat
2 inci halia ~ ditumbuk lumat
garam secukupnya
1 ketul gula melaka ~ dihancurkan ~ boleh juga guna gula perang @ gula apong ( sukatan ikut suka ) lebih byk sukatanya lebih bagus

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap semalaman
  2. Sebelum dibakar/panggang, gaul ayam bersama 2 - 3 sudu besar minyak zaitun atau minyak masak. Sekiranya menggunakan oven, bakar/panggang pada suhu 190 - 200c selama 1 jam ( bergantung pada jenis. kena adjust sendiri )
  3. Terbalikkan ayam 1/2 jam sebelum masak
  4. Setelah masak, hidangkan bersama sambal cilinya
Tip : Penggunaan minyak zaitun samada cara sapuan atau digaul terus bersama ayam akan memberi kilatan dan warna yg cantik pd kulitnya semasa dipanggang/dibakar.

Selamat Mencuba :-)

5 comments:

  1. manok panggang ya yana... nampak sedap tu. dok kg ni oven xdop le plk kalau tak blh cuba

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa..memang kalau ayam panggang ni..favourite kami sekelurga..tapi ayam manok ni belum pernah try lagi..heheh

    ReplyDelete
  3. click for source q1r73b2m72 replica louis vuitton bags replica bags canada check out this site a6c09j8b12 louis vuitton replica replica nappy bags replica bags koh samui gucci replica c5b84r6e17 replica bags from china free shipping

    ReplyDelete