Friday, April 11, 2014

AYAM PERCIK PASAR MALAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Selamat hari Jumaat penuh keberkatan..Pagi ni nak tayang Ayam Percik Versi Pasar Malam.. Memang betul yer rasanya macam ayam percik yang jual kat pasar malam..manis2 gitu ^_^.. Yana buat 1/2 ekor ayam je..cukup la untuk family kami yang tak makan byk nii ~ahaksss :-P..Untuk kuah yana buat lebih sikit..simpan kat beku, esok buat versi ikan percik pulak..sedap jugakk..Tima kasih pada tuan punye resepi..Mintak izin yana share kat sini pula yer ^__^ 




AYAM PERCIK PASAR MALAM

( ANGGARAN 2 EKOR AYAM )

BAHAN-BAHAN:-

500 gm bawang besar ~ diblender
50 gm halia ~ diblender
50 gm lengkuas ~ diblender
50 gm bawang putih ~ diblender
5 batang serai ~ diblender
2 cawan gula ~ yana kurangkan
3 sudu stok ayam serbuk ~ yana guna kiub ayam
5 senduk cili mesin
5 senduk cili sos
1/2 kg santan

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam dan masak hingga ayam separuh masak
  3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti
  4. Bakar dan siap untuk menjamu selera
Selamat Mencuba :-)

8 comments:

  1. Salam Yana...

    Aduhhh.. nampak sangat menggiurkan ayam percik tu Yana. Rasanya akak ada juga simpan resepi ayam percik pasar malam ni sejak dari bulan puasa tahun lalu... tp sampai skrg belum sempat lg dicuba. hehehe... nampaknya kena salin balik la resepi dr blog Yana ni... senang kot2 rajin nak buat.. yg dulu tu entah kemana peginya.. keke.. TQ dik..

    ReplyDelete
  2. salam yana..

    sedapnya ayam percik tu..lapar perut ni..huhu..

    ReplyDelete
  3. Dah try tadi untuk menu berbuka, nice! Thanks.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. adehhhh... sedapnya yana.. tadi tgk homemade lamb chop kat blog inahar... adehhh kalau boleh suma nak cuba buat...

    ReplyDelete